Wednesday 4 March 2015

Bab 5






Sebulan sudah Ainina menjalani pengajiannya. Selama itu juga dia masih tak mengenali keseluruhan rakan-rakannya dalam kelas terutama pelajar lelaki. Dia hanya mengenali rakan-rakan perempuan dan juga segelintir pelajar lelaki. Mungkin kerana budak lelaki kelasnya terlalu ramai membuatkan Ainina malu untuk bertegur sapa dengan rakan-rakan lelaki kelasnya bimbang juga dia jika dia dilabel sebagai ‘gatal’ pula. Jadi biarlah mereka yang menegurnya terlebih dahulu. Ada juga yang menegurnya, kebanyakkannya yang berasal satu negeri dengannya. Ada juga yang mengenalinya secara tak langsung kerana mereka diletakkan di dalam satu kumpulan terutama melibatkan subjek amali.
“Awak, cantik baju”, Ainina hanya tersenyum mendengar pujian daripada Irsyad. Ketika itu dia baru sahaja masuk ke dalam makmal untuk subjek Sains Juruteknik. Irsyad memang begitu mudah untuk bertegur sapa dengan rakan-rakannya tak kira lelaki ataupun perempuan. Irsyad juga merupakan ketua kumpulannya untuk subjek Ukur Kadaster.
“Hai awak, nama awak siapa?” Seorang daripada pelajar lelaki menghampiri dan menegur Ainina dengan kelakuan yang agak nakal.
“Saya? Ai...” Timbul idea untuk tidak berterus terang akan namanya. Ainina teringat pada zaman kecilnya dia dipanggil Ain sebelum dia mempunyai adik. Setelah mamanya melahirkan adik, namanya ditukarkan kepada Achik. Ketika di sekolah rendah rakan-rakannya memanggilnya dengan gelaran Ainina dan setelah dia bersekolah menengah, kebanyakkan rakan-rakannya memanggilnya dengan gelaran Achik.  Ainina memang bersifat sebegitu dia gemar menukar-nukar gelarannya itu bertujuan untuk dia membezakan yang mana satu rakan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang ni di polisas pula.
“Awak pula?” tanya Ainina kembali.
“Am, Ilham. Cantik baju.” Ainina hanya tersenyum mendengar pujian daripada Ilham.
‘hmmm... cantik sangat ke baju aku ni?’ Ainina bermonolog sendirian.

Selepas kejadian itu, Ilham menjadi rapat dengan Ainina. Mungkin disebabkan sifat Ilham yang peramah membuatkan Ainina selesa berkawan dengan Ilham. Selesai sahaja sesi pembelajaran Ilham segera mendapatkan Ainina yang pada ketika itu sudah keluar pada kelas dan tergesa-gesa mahu ke perpustakaan. Memandangkan itu merupakan minggu terakhir kuliahnya kerana cuti pertengahan semester akan bermula. Banyak tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah untuk para pelajar selesaikan. Ainina mahu menyiapkan tugasannya sebelum bercuti kerana dia takut tugasannya tidak dapat disiapkan semasa bercuti. Bukannya Ainina tidak tahu akan sikapnya yang malas untuk membuat tugasan sekiranya sedang bercuti kerana masanya lebih banyak dihabiskan dengan keluar dengan rakan-rakannya di kampung.
“Ai awak nak ke mana tu?” Ainina hanya berlalu tanpa bertoleh ke arah Ilham. Dia lupa sebenarnya nama panggilannya yang sudah bertukar.
“Ai...!” Ilham menguatkan suaranya apabila pertanyaannya tidak disambut oleh Ainina.
“Oh awak bercakap dengan saya ke?” Ainina menoleh kebelakang apabila dia seolah-olah terasa ada orang sedang memanggilnya.
“Yelah, saya tanya awak nak ke mana tu nampak kelam kabut je.”
“Oh saya nak ke perpustakaan.”
“Awak nak cari bahan untuk tugasan ke?”
“Ha,ah saya nak buat cepat-cepat tugasan tu.”
“Hai cepatnya awak buat cuti pun belum lagi.”
“Saya tak nak buat balik kerja-kerja tu sebab saya takut nanti kalau dah bercuti seronok sangat jumpa kawan-kawan tugasan entah ke mana. Saya ni malas sikit kalau dah dekat kampung tu banyak benda sangat nak buat maklumlah balik kampung bukan selalu.”
“Boleh saya ikut awak?”
“Boleh ke Lin?” Ainina bertanya kepada Fazlin yang sememangnya telah merancang untuk ke sana sejak pagi tadi lagi.
“Boleh je. Nama awak siapa ya?” tanya Fazlin yang masih belum mengenali nama pelajar lelaki itu.
“Oh lupa nak berkenalan, nama saya Ilham.”
“Yelah siapalah saya, tak siapa pun nak berkenalan dengan saya.” Fazlin cuba berseloroh.
“Nama awak Linkan?
“Eh mana awak tahu?” Fazlin bertanya hairan.
“Tadi saya dengar Ainina panggil awak.” Jawab Ilham bergurau sambil melihat Fazlin terkebil-kebil melihat ke arahnya.
“Oh ni Lin ye?” Sampuk Arif yang kebetulan tiba di tempat mereke berkumpul.
Yes betul... Awak pula?” Fazlin pula berkenalan dengan Arif.
“Arif, Muhd Arif Bahri.” Mereka berjalan beriringan ke perpustakaan.
“Awak berasal daripada mana Ai?” Tanya Ilham.
“Saya? Terenggganu.” Jawab Ainina ringkas.
“Biar betul awak Ai, awak orang Terengganu?”
“Kenapa pulak? Tak percaya ke?”
“Tak dengar pun loghat Terengganu awak.”
“Eh saya selalu apa cakap loghat Terengganu dengan Lin. Kan Lin?”
“Kalau kitorang cakap sesama sendiri kitorang cakaplah loghat Terengganu, kalau cakap dengan korang mesti tak faham punya.” Balas Fazlin.
“Awak pula orang mana?” Tanya Ainina kepada Ilham.
“Saya Banting. Tahu tak Banting kat mana?”
“Kalau tak silap Selangorkan?”
“Yup. Tepat sekali.”
“Hai aku korang tak nak tanya ke?” Tiba-tiba Arif menyampuk apabila disedari dia seolah tidak diendahkan.
“Ha... kau pulak orang mana? Lupa pulak ada orang lain. Ingat kita bertiga saja tadi.” Fazlin berseloroh ingin mengusik Arif.
“Aku orang nogori... hu3...”
“Oh patutpun...” Jawab Fazlin
“Patutpun?” Arif bertanya pelik.
“Patutpun muka kau macam orang nogori” Fazlin tersengih kerana dapat mempermainkan Arif.
“Tengok diaorang tu baru je kenal dah macam lama kawankan Ai?” Ilham cuba memancing reaksi Arif dan Fazlin.
“Ha,ahlahkan...” Ainina menoleh ke belakang apabila terasa dia hanya berjalan dengan Ilham. Rupa-rupanya Fazlin dan Arif berhenti di wakaf untuk menyakat dia dan Ilham. Ainina menunding jari ke arah Fazlin dan Arif. Seraya dengan itu Fazlin dan Arif berlari ke arah mereka.
“Ai awak balik kampung bila?” Ilham bertanya kepada Ainina.
“Saya balik hari jumaat ni, lepas kuliah terus saya balik. Bas saya pukul 3.”
Ainina tersenyum membayangkan cuti yang akan berlangsung tidak lama lagi. Rindunya terhadap kampung halamannya sudah tidak terkira, lebih-lebih lagi mamanya. Tak sabar rasanya dia mahu mendakap mamanya.
“Ai, amboi mengelamun nampak... dah sampai ke kampung ke tu?” Ainina malu sendiri kerana ditangkap sedang mengelamun.

Akhirnya mereka sampai ke perpustakaan. Mereka bergerak dari satu rak ke satu rak untuk mencari bahan rujukan untuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.
“Ai, awak dah jumpa dah bahan-bahan?”
“Sudah ada dua lagi satu tugasan, yang Ukur Kejuruteraan saja Ai belum jumpa Am?”.
“Dah jumpa dah. Fotostat yang ni jelah. Sama saja kan?”
“Tak apa ke?” Ainina meminta kepastian takut jawapan mereka sama. Bimbang juga jika pensyarahnya menyatakan mereka meniru pula.
No hal lah. Jom kita pergi fotostat.
“Diorang mane?” Ainina bertanya kepada Ilham apabila kelibat Arif dan Fazlin tidak kelihatan.
“Entah tadi Si Arif tu ada dengan saya tiba-tiba dah hilang. Ada dengan Fazlin lah tu.”
“Hai diorang macam dah serasi nampak.” Ainina mengangkat kening ke arah Ilham.
“Tak apalah jomlah kita pergi fotostat yang ni dulu.” Mereka berbual-bual sambil menuju ke arah kaunter fotostat.
“Nanti dah sampai kat kampung apa aktiviti?”
“Hmm... Aktiviti wajib Ai, pergi pantai makan ikan celup tepung. Orang Terenganu panggil ICT... Mmmm...yummy...!” Ainina membayang ikan celup tepung yang segar-segar yang sememangnye menjadi makanan kegemaran sejak dari kecil.
“Rumah Ai dekat dengan pantai ke?”
“Yup..”
“Samalah dengan Am. Tapi kawasan rumah Am banyak ikan bakar. Ikan bakar ada tak dekat rumah Ai?”
“Ikan bakar tak ada sangat, kalau ada pun jauh sikitlah... Yang banyaknya, ikan celup tepung, Sotong celup tepung, udang celup tepung semua yang celup-celuplah...” Ainina berseloroh.
“Nanti bawak Am pergi sana ye?”
“Bila lah tu... Insyaallah...”
“Oh dekat sini dah korang, tak guna punya kawan. Tak tunggu aku pun ye...? mentang-mentang dah ada awek sekarang member kau lupa ye?” tiba-tiba suara Arif kedengaran. Terkejut Ainina dan Ilham dengan terjahan Arif.
“Woi diam sikit boleh tak? Kita ni dekat perpustakaan bukan dekat padang bola. Terkejut aku, nasib tak luruh jantung aku. Nasib baik aku tak ada penyakit jantung kalau tak dah arwah aku tau tak?” marah Ilham yang terkejut disergah oleh Arif.
“Padan muka kau. Merata aku dengan Fazlin cari korang rupa-rupanya korang dah dekat sini?
“Dah tu kau yang tiba-tiba lesap. Aku dah cari kau, tak jumpa aku datang sini teruslah. Buat apa aku tunggu kau buang masa je.”
“Banyaklah kau menghilangkan diri. Kan aku dah cakap aku ngan Fazlin pergi bilik komputer kejap cari bahan dalam internet.”
“Oh ye ke? Aku lupalah... Sorry friend
“Banyaklah kau punya lupa padahal kau nak dating ngan Aininakan?” Arif cuba menyakat lagi
“Kau jangan nak merepek boleh tak?”
“Sudah-sudah korang nak tahu tak semua orang dah tengok-tengok dekat sini kau orang bising sangatlah. Ni kau nak fotostat tak Arif?” Tanya Fazlin.
“Naklah penat aku cari tau, kau nak tak Ilham?”
“Apa tu?”
“Yang ukur kadaster punya.”
“Nak... kita tukar-tukarlah nota tu. Fotostatlah yang aku dah cari tu sekali. Akak, buat empat copy semua tu.” Ilham berkata kepada petugas yang sedang membuat salinan nota-nota yang diberikan olehnya sebentar tadi.





No comments:

Post a Comment