Wednesday 4 March 2015

Bab 6







Cuti pertengahan semester hampir tiba. Ainina tidak sabar untuk pulang ke kampungnya. Kelas terakhirnya pada hari jumaat itu berakhir pada pukul 11 pagi. Ainina segera mengatur langkah untuk pulang ke asrama untuk mengemas barang-barang kerana dia telah berjanji dengan Hafida teman sekampungnya.
“Ai awak balik hari nikan?” tanya Ilham yang tiba-tiba muncul dihadapan Ainina sebaik sahaja Ainina keluar daripada dewan kuliah.
“Yup pukul tiga. Kan Ai dah bagitahu Am hari tu.” Ainina mengingatkan Ilham.
“Ye ke? Am lupalah”
“Am ni cepat betul lupa. Am pulak balik bila? Seingatnya Ilham belum memberitahunya bila dia akan pulang ke kampung.
“Samalah dengan Ai. Cuma bas Am lambat setangah jam Am balik pukul 3.30 petang ni. Ni dia tiketnya.” Jawab Ilham sambil mengeluarkan tiket bas daripada dompetnya.
Ainina menyambut tiket yang hulurkan oleh Ilham seraya dia mengeluarkan tiket basnya yang diletakkan di sisi beg sandangnya lantas disuakan kepada Ilham. Mereka bertukar-tukar tiket bas sambil berjalan pulang ke asrama.
“Am minta tiket bas Ai balik.” Ainina menghulurkan tiket bas Ilham.
“Eh siapa nak bagi, Am nak balik Terengganulah. Ai ambillah tiket Am tu. Cuti ni Am balik Terengganu, Ai balik Selangor. Boleh?” Jawab Ilham memancing reaksi Ainina.
“Ish siapa nak balik Selangor. Am, nah ambik balik tiket awak ni.” Ainina mengerutkan dahinya.
“Alah gurau sikit pun dah menggelabah.” Ilham tersenyum melihat gelagat Ainina itu.
“Oklah nanti kita jumpa dekat terminal ye?” Ilham berkata kepada Ainina sebaik sahaja mereka tiba di pintu pagar asrama perempuan.
“Oklah tengoklah nanti kalau sempat. Am datang awallah sikit ke terminal.” Balas Ainina. Ilham meneruskan langkahnya menuju ke asrama lelaki yang terletak kira-kira 50 meter bersebelahan asrama perempuan.

Sedang Ainina mengemas barang-barangnya, telefon bimbitnya berbunyi menandakan isyarat dia menerima mesej. Ainina mengagak Muhaimin menghantar mesej ataupun Hafida yang mahu tahu samada dia sudah bersiap ataupun belum. Setakat ini dia hanya memberikan nombor telefonnya kepada pelajar perempuan kelasnya. Pelajar lelaki masih belum mengetahui nombornya. Seingatnya Ilham pun belum tahu nombornya walaupun sejak kebelakangan ini mereka agak rapat. Sebaik sahaja dia membuka telefonnya, Ainina mendapati nombor yang tidak dikenali menghantarkan mesej kepadanya.
‘Hai boleh kita kenal?’ Ainina berfikir sejenak siapakah orang yang menghantar mesej tersebut. Mungkin juga Muhaimin mahu bergurau dengannya.
‘Awak ni siapa?’ Ainina bertanya untuk mendapatkan kepastian.
‘ Adalah nanti kita jumpa dekat terminal ye?’ Ainina cuba mengingati dengan siapa dia ada berjanji untuk berjumpa dengannya selain daripada Ilham. Tapi kalau Ilham, dari mana dia mendapatkan nombor telefonnya. Seingatnya dia memang tidak memberikan nombor telefonnya kepada Ilham. Ainina terkaku sebentar memikirkan gerangan orang yang menghantar mesj kepadanya. Setahunya tadi cuma Ilham
yang mahu berjumpanya di terminal.
‘Ah biarlah malas aku nak fikir’ Ainina bermonolog sendirian.

Ainina telah sampai ke terminal dengan menaiki van yang telah disediakan oleh pihak Politeknik kepada para pelajar bagi kemudahan pelajar untuk ke pusat bandaraya. Setibanya di terminal dia melihat orang-orang di sekeliling untuk memastikan kalau-kalau ada orang yang dikenali untuk mendapatkan petunjuk berkenaan dengan orang yang telah ber’sms´ dengannya sejak dari tadi. Namun hampir setengah jam dia melihat sekeliling tiada seorang kelibat orang yang dikenalinya. Namun jauh disudut hatinya dia mengharapkan Ilham akan hadir bagi menghabiskan masa yang tinggal sebelum cuti semester bermula.

            Akhirnya bas yang ditunggu oleh Ainina telah sampai Ainina terus menaiki bas dengan berat hati kerana orang yang ber’sms’  dengan tidak juga kelihatan. Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya ke kerusi, isyarat mesej dari telefon kedengaran. Lantas Ainina membacanya.
‘Awak dah naik bas ye?’ Si Pengirim tersebut bertanya seolah-olah mengetahui pergerakan Ainina.
‘Yup... Awak ni siapa sebenarnya?’ Ainina terus bertanya.
‘Amlah’ seperti yang dijangkakan oleh Ainina.
‘Saya dah agak dah ni mesti awak. Awak intip saya ye?’ Ainina tersenyum lega apabila mengetahui akan keselamatannya berada dalam keadaan selamat. Walaupun dia hatinya berkata orang tersebut adalah Ilham namun dia juga risau takut orang tersebut mempunyai niat yang tak baik terhadapnya.
‘Ai takut ye? Mana Ai tahu ni Am?’ Ilham dapat melihat senyum manis Ainina di tempat duduknya. Sejak dari tadi dia bersembunyi disebalik tiang besar sambil memerhati pergerakan gadis itu. Ilham mula merindui gadis tersebut.
‘Yela mana tak takutnya saya tak tahu dengan siapa saya sms kot-kotlah ada orang nak culik saya. Suspen je tau Am ni. Memangla Ai dah agak sebab tadi masa habis kelas Am cakap nanti jumpa dekat terminal tu yang Ai dah agak nombor mesti am.’ Ainina cuba berjenaka bagi menenangkan hatinya yang agak gelisah sejak dari tadi. Dia tahu Ilham memerhatinya sejak dari tadi. Cuma dia tidak tahu di mana jejaka tersebut berada.
‘Sorry Ai, Am nak pergi dekat Ai tadi tapi seganlah pulak dekat kawan-kawan Ai.’ Ilham berterus terang.
‘Laa... datang jela... diorang ok jelah. Mana Am dapat nombor Ai ni?’
‘Maaf sebab Am ambik nombor Ai dari Haiza, Am seganlah nak mintak terus daripada Ai. Am nikan pemalu... hehehehe’ Ilham berterus terang.
‘Apalah Am ni itu pun nak segan.’
‘Okla Ai bas Am pun dah sampai, nanti kita sambung lagi ye?’
‘Ok Am, selamat bercuti’

‘Ok Ai,  selamat bercuti.. Jaga diri baik-baik’ Balas Ilham mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment