Wednesday 4 March 2015

bab 17







Tahun ini tiada kata-kata kasih sayang dari seorang yang istimewa kepada Ainina sempena hari valentine. Jika dulu Ainina pasti akan mengarang kata-kata indah buat Muhaimin tapi tahun ini dia tidak menghantar kepada sesiapa jauh sekali menerima kata-kata tersebut daripada sesiapa. Muhaimin memang selama ini tidak pernah mengingati tarikh hari valentine kerana katanya tarikh itu bukanlah tarikh yang istemawa baginya. Ainina merenungkan kembali perkenalan di antara dia dan Muhaimin, Muhaimin tidak pernah mengarang kata-kata romantik buatnya. Dia tahu Muhaimin menyayanginya, namun lelaki itu tidak pandai meluahkan serta menunjukkan rasa hatinya. Ainina faham apa yang dirasakan Muhaimin, namun caranya yang sebegitu membuatkan kadangkala Ainina seperti tidak dapat mengetahui apa yang tersimpan dihati lelaki itu. Sejak dari dulu Muhaimin tidak pernah mengucapkan secara ikhlas tentang perasaan.
“Mean sayang Ina tak?”
“Sayanglah.”
“Mean cinta Ina tak?”
“Cintalah Ina. Kenapa Ina tanya ni?”
“Yelah Mean tak pernah pun cakap kat Ina macam tu. Kalau Ina tanya baru Mean bagitahu. Mean ni tak romantiklah.”
“Ina, Inakan tahu Mean macam mana. Mean malulah Ina.”
“Mean, kita di dah nak masuk empat tahun dah kita kenal. Mean nak malu apa lagi?”
“Entah Mean malu nak buat macam mana.”
“Yelah Mean.” teringat Ainina peristiwa yang pernah berlaku antara dia dan Muhaimin.
‘Assalamualaikum.... Happy Valentine. Pakwe Nina dah wish ke?’ tiba-tiba Ainina menerima mesej daripada Irsyad.
‘Waalaikummusalam.... Nina tak ada pakwelah. Siapalah nak kan Nina ni?’
‘Iyalah tu. Bukan hari itu Nina ada cakap pakwe awak dekat maktab ke sekarang? Yang orang Terengganu tu?’
‘Oh dengan orang tu, dah tak ada cerita dah.’ Jawab Ainina.
‘Kenapa pulak? Bukan Nina dah lama ke dengan dia?’ Irsyad cuba mengorek rahsia Ainina.
‘Entahlah Irsyad, makin lama Nina dengan dia makin Nina tak ada perasaan dekat dia. Panjang ceritanya. Pendek cerita Nina dah tutup buku dah dengan dia.’
‘Tak apalah Nina kalau ada jodoh tak ke mana. Nina jangan tukar nombor telefon tau sebab Irsyad dah ‘aktif 5’ kan nombor Nina.’
‘Ha? Tak perlulah sampai macam tu. Kan awek Irsyad marah kalau tau Nina ada dalam senarai ‘aktif 5’ Irsyad’ memang pada ketika pakej murah daripada rangkaian maxis untuk senarai nombor telefon yang didaftarkan di bawah ‘aktif 5’ itu.
‘Dah kena tinggal dah Nina. ‘Complicated’ untuk diceritakan. Boleh tak kalau kita kawan ni?’
‘Nina okey je Nina single and available Irsyad tak tahulah karang ada yang tiba-tiba orang datang serang Nina. Nina tak nak bertanggungjawab tau’
‘Ishk tak adalah Irsyad pun single and available... he3.’
‘Okey kalau macam tu Nina nak coklat tau sempena hari valentine ni’. Balas Ainina bergurau.
‘Okey nanti Irsyad bagi tau.’

“Irsyad, mana coklat Nina?” Ainina segera menuntut hadiah yang dituntutnya semalam kepada Irsyad sambil menadah tangannya.
“Ada... nantilah Irsyad bagi tak sabar tau.” Irsyad menjawab sambil tersenyum.
“Janji tau.” Ainina sebenarnya hanya bergurau dengan Irsyad.

Petang itu Irsyad datang ke pangsapuri yang disewa oleh Ainina.
‘Nina rumah Nina Blok apa?’ tiba-tiba Ainina menerima mesej daripada Irsyad.
‘Kenapa Irsyad?’
‘Turun kejap boleh Irsyad dah sampai dekat area rumah Nina. Blok apa?’
‘Hah? Untuk apa?’
‘Turun kejap je. Irsyad nak bagi barang.’
‘Kejap tau.’
‘Ye sayang tapi Blok apa?’
‘Blok B’ Ainina menggigil untuk berjumpa dengan Irsyad. Dia tidak sangka Irsyad akan datang berjumpa dengannya. Irsyad tersenyum lebar apabila Ainina berjalan ke arahnya.
“Nah coklat. Irsyad tak tahu Nina suka yang mana jadi Irsyad beli semua flavour.”
“Banyaknya. Nina gurau jelah hari tu.” Sambil menyambut coklat yang dibungkus cantik di dalam kotak yang dihulur kepadanya.
“Eh yeke? Kalau macam tu bak baliklah coklat tu..”Irsyad berlagak seperti mahu mengambil bungkusan coklat itu.
“Tak baik tau... buruk siku.” Jawab Ainina tergelak dengan kelakuan Irsyad.

Sejak dari itu, hubungan Ainina dan Irsyad semakin rapat. Ainina dapat merasakan hidupnya kembali ceria. Irsyad sangat berbeza dengan Muhaimin dan Ilham. Sikap Irsyad lebih terbuka. Dia seorang yang sangat berterus terang. Sejak dari itu juga mereka seringkali berborak di telefon.
“Irsyad ni kelakarlah”
“Ye ke? Tula Nina semester lepas asyik dengan Ilham je sampai Irsyad tak ada peluang pun nak mencelah. Kenapa dah tak rapat dengan Ilham lagi sekarang?”
“Entahlah Irsyad. Susah saya nak cakap kalau Irsyad nak tahu pergila tanya dia. Nina dengan dia kawan je dulu. Sekarang dah bukan kawan lagi kot.”
“Boleh ke kalau Irsyad tanya dia?”
“Tanyalah, Nina rasa dia ada awek dan awek dia tak bagi dia kawan dengan Nina lagi kot. Jadi Nina pun dah tak kawan lah dengan dia.”
“Oh nasib baiklah.”
“Apa yang nasib baik pulak?”
“Yelah kalau dia masih kawan dengan Nina tak ada chance lah Irsyad.”
“Ada pulak macam tu.”
“Yela Irsyad tak suka potong line orang ni. Kalau nak biarlah secara bermaruah barulah macho.
“Eee... perasannya. Siapa nak kawan dengan Irsyad.”
“Yelah tak apalah kita sedar siapa diri kita.”
“Alah majuklah pulak, tak macholah kalau gitu.”
“Nina, Irsyad ada satu permintaan.”
“Apa dia?”
“Boleh tak kalau Nina panggil Irsyad abang?” pinta Irsyad berani.
“Hah? Ishk tak naklah seganlah.” Muka Ainina sudah menjadi kemerahan.
“Alah bolehlah lagipun Irsyadkan lagi tua dari Nina. Lagipun family abang panggil abang, abang tau”
“Yeke awak lagi tua dari Nina? Tu family Irsyad, Nina bukan family Irsyad”
“Yela kenapa tak percaya ke? Alah bakallah jadi family
“Ye ke Nina tak tahu pun. Perasanlah Irsyad ni”
“Ni abang bagi tahulah ni Nina tahun 1988 kan? Abang 1987 abang tua setahun dari Nina”
“Ishkk seganla nak panggil. Nanti saya fikirkan ye?”
“Alaa... Pleasee...

“Malulah...” Ainina berkata sambil menutup mukanya walaupun Irsyad bukanlah ada di hadapannya pada ketika itu. Ainina dapat rasakan kelainan hubungannya bersama Irsyad. Ainina agak teruja dengan sikap Irsyad yang terlalu  berani. Memang selama ini Ainina mengimpikan seorang lelaki yang ceria, berani dan berterus terang. Sejak dia mengenali Irsyad bibirnya tidak lekang daripada gelak ketawa. Setiap apa yang diungkapkan oleh lelaki itu sering membuatkan Ainina ketawa. Jika selama ini dia yang sering menghiburkan hati orang lain, biarlah kali ini dia pula yang terhibur. Selain daripada itu, Irsyad juga seorang yang romantik. Kadang-kadang ada sahaja kata-kata Irsyad yang kadang kala membuat Ainina menutup matanya bagaikan malu untuk mendengar butir bicara Irsyad walaupun hanya di dalam telefon. Sekurang-kurangnya Ainina tidak perlu meneka apa yang di hati lelaki ini kerana segala telah dikhabarkan kepada Ainina. Sejak awal perkenalan mereka Ainina berpesan kepada Irsyad untuk ketika itu dia mahu hubungan mereka hanya sebagai kawan dulu. Dia tidak mahu terlalu cepat untuk membuat keputusan. Dalam diam Ainina mengakui menyenangi lelaki itu. Sejak di awal perkenalan dia dan Irsyad lelaki itu memang sentiasa menarik perhatian orang lain dengan sikapnya yang peramah. Dia sangat mudah untuk memberi pertolongan jika seseorang memerlukan bantuan. Ainina juga mengakui wajah Irsyad juga sangat sejuk mata memandang dengan keningnya yang tebal, hidungnya yang sedikit mancung serta kulitnya yang cerah membuatkan lelaki itu sangat menarik untuk dipandang. Namun Ainina perlu mengenali lelaki itu terlebih dahulu sebelum dia mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengannya. Dengan sikap Irsyad yang terbuka itu membuatkan Ainina mudah untuk menyesuaikan diri dengan selesa. Irsyad memanggilnya dengan nama yang mesra walaupun Ainina hanya berani membahasa Irsyad ‘abang’ hanya dalam mesej, kalau mereka bersembang di telefon atau berjumpa di kelas Ainina membahasakan dirinya Irsyad dan Nina seperti biasa.  

No comments:

Post a Comment