Wednesday 4 March 2015

Pendahuluan


Cintaku ibarat dedaun yang jatuh keguguran…
Berterbangan ditiup angin bayu…
Menanti dimana akhirnya persinggahannya…

Cintaku terkadang ibarat pasir ditepi pantai…
Berubah mengikut air laut…
Begitu cintaku diumpamakan…

Rinduku bagai air hujan yang membasahi bumi…
Terasa basah selagi mentari tak kunjung tiba…

Rinduku bagaikan angin bayu yang meniup pepohon…
Bergoyang mengikut rentak angin…
Itulah rindu yang menyesakkan dada…

Kasih tiada batasan, sesiapa jua memiliki kasih…
Tapi kasihkah dengan sepenuh hati…

Kasih tidak terpadam selagi tiada dendam dihati…
Kasihku buat semua insan disampingku…
Sayang… terbitnya dari hati tanpa dipaksa…
Sayang… terasa pedih bila insan yang disayangi membenci…
Terasa bagaikan kosong jiwa…
Sayangilah aku dengan seadanya

Aku bagaikan pepasir pantai yang terbaring lesu…
Meniti hari menanti air laut membasahiku…
Aku bagaikan pasir pantai yang mengharapkan ombak…
Membasahi diriku yang kekeringan dibakar dek sang mentari…

Dimanakah dikau dikala aku terdampar kesepian…
Dibaluti rindu, didera luka yang amat dalam…
Kekasih kaulah air ombak yang sangatku dambakan…
Hadirmu bagaikan titisan embun yang menyegarkan kelopak bebunga…

Dikau ku ibaratkan seperti sang embun…
Sang embun itu  adalah cintamu yang sangatku harapkan…
Cinta ini bukan hanya mimpi yang mengkhayalkan…
Cinta ini adalah angin rindu yang meniupkan kebahagian…

Kekasih jika waktu sepi menerjah ruang resahmu…
Ketika jiwa terasing sendirian…
Sebutlah namaku kerana di situ ada cinta…
Ada rindu yang mengharapkan balasan kasihmu..

Andai hari esok nafasku terhenti, ingatlah detik terakhir ini…
Andai hari esok nadiku tidak berdetik lagi…
Maafkan kesalahan diri ini…

Hanya satu yang perlu kau tahu ku bahagia mengenalimu…

No comments:

Post a Comment