Wednesday 4 March 2015

Bab 10







Setelah seminggu hubungan Ainina dan Muhaimin bertukar menjadi kawan, kerap pula Muhaimin Muhaimin menghubunginya. Walaupun Muhaimin seringkali memujuk Ainina untuk kembali kepadanya namun hati Ainina masih tidak boleh menerimanya kembali. Ainina hanya menyerah segala kepada takdir yang menentukan segalanya. Ainina menceritakan segala kepada Ilham tentang hubungannya dengan Muhaimin telah berakhir. Ilham juga menyatakan Ainina bertindak mengikut kata hatinya. Tapi dia memahami kerana dia tahu keadaan Ainina sewaktu Muhaimin hanya membiarkan dia sepi menanggung rindu. Ainina seakan tenang selepas dia membuat keputusan untuk berkawan dengan Muhaimin. Ilham pula nampak lebih prihatin terhadap Ainina. Mungkin dia tidak mahu melihat Ainina bersedih selepas apa yang terjadi dia antara Ainina dan Muhaimin.
“Ai, Ai ok tak ni?” tanya Ilham apabila dia melihat Ainina seolah-olah termenung jauh.
“Ai ok jelah jangan bimbanglah. Ai dah biasa dengan keadaan macam ni. Dulu masa sekolah Ai selalu macam ni bila minta putus dengan dia. Tapi dulu hati Ai akan berubah balik selepas Ai tak sanggup tengok muka dia. Sekarang Ai okey sebab Ai dah tak perlu tengok muka dia hati Ai tak adalah nak rasa simpati kat dia lagi.” Jelas
Ainina.
“Jadi selama ni Ai cuma simpati dekat dia bukan sebab Ai sayang atau cintakan dia?” tanya Ilham ragu.
“Entahlah Am Ai pada mulanya memang hanya nak berkawan dengan dia, tapi bila dah lama Ai kenal dia dan Ai rasa dia baik Ai rasa Ai patut bagi peluang untuk dia walaupun banyak yang Ai rasa kekurangan hubungan kami. Namun macam yang selalu orang kata tak semua yang kita nak kita akan dapatkan?” Ainina mengimbau kembali saat dia mula bercinta dengan Muhaimin ketika di zaman sekolah dahulu.
“Ai, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Mungkin jodoh Ai bukan dengan dia atau mungkin juga jodoh Ai dengan dia juga cuma mungkin bukan masanya lagi. Ai akan jumpa ramai orang lagi Ai. Kita tak tahu apa yang akan jadi untuk masa akan datang. Manalah tahukan kot-kot jodoh Ai dengan Am?” Ilham cuba bergurau dengan Ainina apabila dilihatnya sahabatnya semakin beremosi.
“Ishk, Am ni ada pulak macam tu” Ainina mengawal perasaan terkejutnya dengan kata-kata Ilham tadi. Walaupun dia tahu Ilham hanya bergurau namun ada sedikit terkesan dihatinya di atas kata-kata Ilham tadi.
“Am gurau sajalah. Ai dari tadi asyik sedih saja tak syok lah Am tengok.” Ilham menutup kekalutan. Ainina dilihat seolah-olah terkejut dengan kata-katanya sebentar tadi niat sebenarnya bukan bergurau cuma memancing reaksi Ainina.
Hari demi hari tanpa mereka sedari hubungan mereka semakin akrab. Mereka selesa bersama ke mana ada Ilham di situ ada Ainina sehingga ada yang beranggapan yang bukan-bukan malah ada juga yang mencemuh dengan keakraban mereka. Ainina hanya diam apabila ada suara-suara sumbang yang memerlinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa mereka seolah-olah tidak suka dia dan Ilham berkawan rapat. Padahal antara mereka hanya bersahabat. Selama dia berkawan dengan Ilham tidak pernah llham menyuarakan apa-apa mengenai perasaannya.
Suatu hari Arif menghampiri Ainina ketika dia sedang bersendirian di bawah pokok di hadapan makmal kejuruteraan menanti Ilham.
“Ainina seorang je? Mana Ilham?” Tanya Arif.
“Ada dalam makmal dia pergi serahkan alat. Engkau dah habis dah ukur?”
“Belum ada dalam tiga tanda sempadan belum siap lagi.”
“Oh dah tak banyak tu.”
“Ainina kalau aku nak cakap sikit kau jangan marah tau.”
“Apa dia cakaplah kalau apa yang kau nak cakap ni tak sensitif aku tak marahlah.”
“Aku rasakan Ilham tu sukakan kaulah.”Kata Arif terus terang.
“Apa yang kau cakap ni kitaorang cuma kawan sajalah.” Ainina cuba menolak dakwaan Arif tu.
“Betul Ainina, dia kalau cakap tak ada benda lain yang dia akan cakap semua pasal kau. Kalau dia cakap sikit memang wajib lah ada nama kau. Apa-apa mesti akan cakap Ainina tu manjalah, Ainina sensitiflah, itulah inilah. Tengok dia bahasakan diri dia dengan kau pun lainkan Am... kau pun dia panggil Ai  gitu... kan lain dari yang lain. “Arif buat gaya ala-ala pondan.
“Memanglah dia asyik cerita pasal aku, sebab dia memang selalu dengan akukan?” Tangkis Ainina.
“Betul Ainina kalau kau tengok cara dia bercerita kau mesti percaya cakap aku nie.” Arif masih lagi mencuba untuk memancing reaksi Ainina.
“Arif kau jangan salah faham aku dengan dia cuma kawan baik sajalah. Dahlah Arif malas aku nak layan kau ni. Itupun Ilham dah keluar kau janganlah fikir yang bukan-bukan pasal kami ye?” perbualan di antara Ainina dan Arif berhenti sebaik sahaja Ilham tiba.
“Jom Ai, Am dah laparlah kita singgah cafe dekat perpustakaan dululah ye sebelum kita balik.
“Ok Am jom. Jom Arif join sekali”
“Tak apalah aku tak nak kacau daun.” Arif berkata sambil tersenyum terhadap Ainina. Ainina mengerti dengan pandangan Arif itu. Walaupun dia cuba untuk menangkis kata-kata Arif namun jauh di sudut hatinya turut merasa layanan yang dilakukan oleh Ilham terhadapnya tidak seperti mereka hanya berkawan. Setiap pergerakannya dia akan memberitahu Ainina walaupun Ainina tidak meminta untuk dia berbuat demikian. Walaupun Ainina akui sedikit sebanyak menyenangi Ilham ketika dia berada dengannya. Ainina cuba untuk tidak menyimpan sebarang prasangka yang bukan-bukan terhadap Ilham. Padanya jika benar Ilham menyukainya Ainina tidak kisah kerana di pihaknya tiada halangan. Setiap apa yang Ilham lakukan tiada satu pun yang membuatkannya rasa terpinggir. Ainina akui Ilham banyak mengubati sedihnya. Ilham yang dia kenal cukup mengambil berat akan dirinya. Sejak dia mengenali Ilham sebaik dia buka mata sahaja pasti Ilham akan menghantar sms selamat pagi dan jika dia mahu melelapkan mata pasti akan ada dia menghantar sms kata-kata ucapan selamat malam. Hidupnya kini dari pagi sehingga ke malam hanya Ilham. Walaupun sejak dari dulu mereka hanya mengiktiraf hubungan mereka hanyalah sekadar teman baik sahaja. Tapi layanan Ilham cukup berbeza malah Ainina dapat merasakan hubungan mereka lebih daripada sahabat. Ainina cuba pendamkan apa yang dia rasa tapi kata-kata Arif kini berlegar-legar bermain dibenaknya. Bagi dirinya biarlah Ilham yang mulakan dulu jika benarlah apa yang dia rasakan ini betul. Ainina tidak mahu tergesa-gesa mencari pengganti Muhaimin. Ainina juga bimbang apa pula yang Muhaimin akan kata jika mengetahui dia sudah mempunyai pengganti seolah-olah dia memutuskan hubungan mereka kerana dia sudah orang lain. Jika benar Ilham ikhlas mahu dia menjadikan temannya, Ainina sedia menerimanya dia tahu Ilham akan menjaganya dengan baik. Cuma Ainina bimbang jika benar Ilham mempunyai perasaan terhadapnya dan menyatakan perasaannya itu, hubungan mereka tidak lagi seperti sebelumnya. Ainina bimbang jika Ilham juga sama seperti Muhaimin beriya-iya hanya pada mulanya sahaja bila sudah memiliki hatinya dirinya hanya dibiarkan sepi.





No comments:

Post a Comment