Friday 6 March 2015

Bab 33







Berdebar Ainina dikala menanti kehadiran keluarga Irsyad. Tergopah-gapah dia dan mamanya menyaipkan nasi ayam untuk dihidangkan kepada Irsyad sekeluarga. Dalam dia terkejar-kejar di dapur, dia terkena percikan minyak panas ketika dia memasukkan ayam ke dalam kuali untuk digoreng.
“Aduh mama, sakitnya! Tangan achik kena minyak panas tu mama.” Jerit Ainina apabila tangannya terkena percikan minyak tersebut.
“Itulah kan mama dah pesan tadi, hati-hati jangan tergopoh-gapah sangat kan dah kena minyak. Pelan-pelan sikit masukkan ayam tu. Dah pergi basuh tangan tu. Lepas tu letak ubat gigi dekat tempat yang kena minyak tu.
“Baiklah mama.” Selesai sahaja membasuh tangannya dia meletakkan ubat gigi seperti yang diarahkan oleh mamanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa perlu diletakkan ubat gigi itu. Setelah selesai dia meletakkan ubat gigi itu Ainina menyambung kerja-kerjanya untuk menghidangkan makanan yang telah disiap dimasaknnya.
‘Abang dah nak sampai ni, abang dah dekat simpang Masjid Padang Nenas ni.’ Tiba-tiba Ainina menerima mesej daripada Irsyad.
“Mama, Irsyad dah nak sampai tu mama. Dia dah dekat masjid mama.”beritahu Ainina kepada mamanya.
“Semuanya dah siapkan? Bolehlah ketuk air batu tu achik.”
“Okey mama. Tapi achik tak masukkan lagi ye? Takut nanti cair pulak air batunya. Jadi tawar pulak airnya.”
“Yelah nanti bila dia dah sampai baru achik masukkan air batu tu dalam jug tu.’
“Papa mana mama?”
“Katanya tadi pergi kedai belikan buah tembikai.”
“Oh...”
“Assalamualaikum.” Terdengar ketukan kecil di pintu rumahnya.
“Mama, dah sampai agaknya.” Ainina menjadi semakin berdebar.
“Pergilah achik buka pintu.”
“Malulah achik mamalah pergi buka.”
“Yelah.” Puan Amnah mengerti perasaan anak perempuannya itu.
“Waalaikummussalam. Jemputlah masuk.” Pelawa Puan Amnah untuk tetamunya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan keluarga Irsyad. Ainina yang mengekori mamanya turut melakukan perkara yang sama dengan mamanya.
“Sejuknya tangan kak Ainina.” tegur Rina Adik Irsyad.
“Akak ketuk air batu tadi.” Ainina menjawab.
“Ingatkan berdebar sampai sejuk tangan-tangan” Encik Azlan pula menyakat apabila Ainina selesai bersalam dengannya.
“Akak, nah ada sikit buah tangan daripada kami.” Ibu Irsyad menghulurkan dua bakul yang dihias cantik berisi buah-buahan dan kek yang dihias cantik.
“Buat apa susah-susah Imah.” Puan Amnah yang sememangnya mengetahui nama Ibu Irsyad berkata perlahan.
“Tak ada apa-apalah akak, kami datang pun bukan selalu.” Jawab Puan Rahimah mesra.
“Jemputlah duduk kita makan dulu.” Pelawa Puan Amnah.
“Abang mana kak?” Tanya Encik Azlan.
“Tadi katanya nak pergi kedai, tapi tak sampai-sampai lagi ni. Jemputlah makan, tak tahu nak masak apa. Nasi ayam je, Ainina kata Irsyad teringin sangat nak makan nasi ayam. Entah apa rasanya anak dara tu yang buat.” Jelas Puan Amnah.
“Cukuplah kak, kami ni semua kami makan kak.”
“Achik airnya mana?”
“Oh lupa.” Ainina bergegas ke dapur untuk meletakkan air batu yang telah diketuk halus tadi dan membawanya ke meja makan yang terletak di ruang tamu rumahnya.
“Nina, untuk ayah Nina bawakkan air masak boleh?”
“Boleh ayah kejap ye Nina ambilkan.” Ainina datang membawa satu lagi jug air yang berisi air suam. Memang dia sedia maklum ayah Irsyad mengidap kencing manis dan dia sememangnya mengawal pengambilan gula.
“Jemputlah makan ye jangan malu-malu tambahlah nasi tu ye.” Pesan Puan Amnah.
“Assalamualaikum, tetamu jauh dah sampai?” Encik Muhammad Dani pulang membawa sebiji buah tembikai dan dihulurkan kepada Ainina. Ainina menyambut dan segera membawa buah tersebut untuk dipotong dan dihidangkan kepada tetamunya. Encik Muhammad Dani bersalaman dengan Encik Azlan dan Irsyad.
“Duduk makan sekali abang.”
“Baiklah.” Puan Amnah menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.
“Mama buat nasi ayam hari ni?”
“Taklah anak dara tu yang buatkan”
“Aik sejak bila suka memasak ni?” Sakat Encik Muhammad Dani.
“Papa ni.” Ainina memuncungkan mulutnya tanda protes kepada papanya.
“Papa dia ni memang macam pun Imah kalau tak mengusik anak tak sah, nak jugak dengar suara anak tu.”
“Samalah dengan ayah Irsyad ni akak. Kalau dengan anak dara itu ada saja yang nak disakatnya.” Tambah Puan Rahimah.
 Selesai sahaja menjamu selera, keluarga Ainina dan keluarga Irsyad di ruang tamu rumah Ainina. Ainina bergegas ke ruang dapur untuk membasuh pinggan mangkuk sambil dibantu oleh adik Irsyad. Setelah selesai membasuh pinggan Ainina memotong buah epal yang dipotong rapi untuk dihidangkan kepada tetamunya sebagai pencuci mulut.
“Akak, abang, alang-alang kita dah jumpa ni saya nak bincanglah sikit pasal anak-anak kita ni akak abang.
“Apa dia Imah?” tanya Puan Amnah sedikit hairan.
“Yelah akak, abang kita pun dah tahu budak-budak ni dah berkawan lamakan? Harap-harap adalah jodoh mereka akak, abang. Saya terus terang jelah ye akak,  Irsyad ada bagitahu saya yang dia nak sambung belajar buat ijazah lepas ni akak. Jadi kalau paling awal pun enam bulan atau pun setahun dari sekarang kalau ada rezeki. Pengajiannya mungkin dalam dua tahun setengah atau tiga tahun jadi dalam masa empat tahun lagilah Irsyad habis buat ijazah kalau ada rezekilah kan? Jadi, lepas belajar barulah dia bekerja. Jadi saya nak mintak Ainina tunggulah Irsyad dalam empat ke lima tahun lagi macam tulah akak.”
“Tak apalah Imah, lagipun diaorang pun muda lagi. Lagi empat ke lima tahun lagi tu sedang eloklah tu untuk diorang fikir soal khawin Imah.” Ainina hanya tersenyum mendengar perbincangan di antara ibu bapanya bersama ibu bapa Irsyad. Di dalam hatinya berdoa dia dipertemukan jodoh dengan Irsyad.
“Akak, abang nampaknya sudah lama kami dekat sini. Kami bergerak balik homestay dululah akak. Terima kasih banyak-banyak akak, abang.” Ibu Irsyad meminta izin untuk ke homestay setelah terasa penat kerana perjalanan sejak daripada pagi.
“Yelah, nanti sebelum balik KL singgah rumah akak dulu tau kita makan dekat sini dulu.” Mama Ainina berpesan kepada ibu Irsyad.
“Akak, tak payah susah-susahlah akak. Menyusahkan akak saja.”
“Tak adalah susahnya Imah. Bukannya selalu datang sini.”
“Insyaallah akak. Ainina, nak ikut ibu terus ke?” Puan Rahimah bertanya kepada Ainina.
“Tak lagi kot, nanti malamlah abang datang ambik. Sebab Nina tak kemas barang-barang Nina lagi.” Jelas Ainina.
“Tak apalah ibu, nanti abang datang ambik. Bukan jauhpun homestay tu dengan sini.” Irsyad sememangnya sedia maklum Ainina masih belum mengemas pakaiannya kerana sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut keluarganya datang ke rumah Ainina.
Okeylah boleh Ainina kemas barang-barang dia dulu sementara abang datang ambik malam ni. Kalau macam tu ibu gerak dulula ye?” kata Puan Rahimah sambil bersalaman dengan Puan Amnah dan Ainina.
“Kami gerak dulu ye akak, abang.” Ayah Irsyad pula meminta izin untuk berangkat ke homestay setelah bersalaman dengan Encik Muhammad Dani.
“Ni duduk dekat homestay mana?”
Homestay Dara Inn dekat pantai Teluk Ketapang tu papa.” Jelas Irsyad.
‘Kita jumpa malam ni ye sayang?’ Ainina menerima mesej daripada Irsyad walaupun Irsyad hanya berada di hadapannya sahaja.
‘Ye abang kita jumpa malam ni.’ Balas Ainina.

“Ni ada orang datang merisik ke mama?” tanya abang Ainina yang baru sahaja pulang daripada berjumpa kawannya apabila dia terpandang bakul buah dan kek yang dihias cantik di atas meja ruang dapur rumah mereka.
“Ye, keluarga Irsyad ada datang tadi.”
“Lor kenapa tak cakap kat abang. Kalau tahu abang balik awal sikit tadi.” Abang Ainina kelihatan kalut.
“Entah kitaorang pun tak tahu dia datang nak merisik.”
“Bila nak bertunang pulak.”
“Katanya tadi lepas Irsyad dapat kerja.” Puan Amnah mahu melihat reaksi anak terunanya itu tentang perkhabaran tentang adiknya itu.
“Hai nampaknya adik dululah kan ma? Abang dengan kakak pun tak tahu nak khawin bila lagi.”
“Tak ada maknanya. Bukan nak bertunang ke nak khawinlah. Ibu dia mintak achik tunggu Irsyad habis belajar, Irsyad nak sambung buat ijazah dulu.”
“Oh ingat nak bertunang dah tadi. Habis tu bakul-bakul tu?” abang Irsyad masih belum berpuas hati dengan jawapan Ainina.
“Itu keluarga dia bawak buah tangan saja lah abang. Bimbang sangat takut achik langkah bendul.”
“Achik, sebenarnya ibu dan ayah Irsyad datang merisik. Sebab tu  dia suruh achik tunggu Irsyad tadi.”
“Itu merisik ke ma?”
“Yelah achik.”
“Keluarga Irsyad sudah balik ke KL ke?” tanya Irsyad.
“Belum lagi esok nak pergi ke Pulau Redang. Achik pun pergi.”

Seperti yang dijanjikan oleh Irsyad, pukul 8.30 malam dia telah tiba di hadapan rumah Ainina untuk menjemput Ainina ke homestay kerana esok sebelum pukul 7 pagi mereka perlu berada  di jeti Kuala Terengganu untuk menaiki feri menuju ke Pulau Redang. Bukan Irsyad tidak mahu mengambil Ainina esok pagi cuma dia bimbang tidak sempat sekiranya dia berpatah balik. Tambahan dia mahu masanya bersama dengan Ainina menjadi semakin lama.
“Mama, papa kami pergi dulu ye?” Irsyad meminta izin kepada Puan Amnah dan Encik Muhammad Dani untuk membawa Ainina.
“Baiklah, hati-hati pandu kereta tu Irsyad.” Pesan Puan Amnah.
Okey mama.” Balas Irsyad, sambil bersalaman dengan papa dan mama Irsyad dan seterusnya mengangkat beg pakaian Ainina dan memasukkan ke dalam kereta.
“Kita nak pergi mana ni sayang?” Tanya Irsayd.
“Entah, abang nak bawa sayang ke mana?”
“Kita pergi lepak kat tepi pantai nak?”
“Boleh je abang.”
“Sayang sudah makan?”
“Sudah abang. Abang?”
“Sudah. Tadi kitaorang makan dekat kedai depan homestay tu sayang.”
Bestlah kawasan rumah sayang ni dekat dengan pantai.”
“Bolehlah tapi kami adik beradik tak pernah mandi pantai pun. Sebab papa ngan mama memang tak bagi kami mandi pantai bahaya katanya.”
“Memanglah, kalau abang pun tak bagi jugak. Dekat rumahkan sudah ada air, mandi dekat rumah sudah. Tak payahlah mandi dekat pantai.” Kata Irsyad yang lari setelah dilihat Ainina seperti mahu mencubitnya.
“Abang ni macam-macam lah.” Ainina berkata sambil satu cubitan singgah di peha Irsyad.
“Aduh! Sakitnya. Tangan sayang ni macam ketamlah.”
“Padan muka suka sangat main-main.”
“Abang gurau saja lah sayang.” Irsyad berkata sambil tangan mencuit manja dagu Ainina.
Setelah hampir satu jam mereka bersembang-sembang di tepi pantai sambil menikmati keindahan angin segar daripada pantai itu. Akhirnya mereka bergerak pulang ke homestay Dara Inn yang terletak tidak kurang 1 kilo meter daripada tempat mereka.
“Ni pergi mana sekarang baru balik?” Puan Rahimah yang menyedari anak terunanya dan Ainina baru pulang ke homestay.
‘Kitaorang ‘lepak’ dekat situ je ibu. Dekat orang ramai tu.” Kata Irsyad sambil menunjuk ke arah sekumpulan orang ramai yang berada di tepi pantai.
“Nina sudah nak tidur? Kalau Nina nak tidur pergilah dekat bilik Rina tu, Rina dah ada dekat bilik dia. Abang tidur dekat bilik ni.” Puan Rahimah menunjukkan ke arah bilik yang diduduki oleh Rina yang berada bersebelahan dengan bilik mereka.
“Kalau macam tu Nina pergi dulu lah ibu, selamat malam.”
Okey selamat malam.”
Okey ibu abang pergi dulu tau.” Irsyad berlagak mengekori Ainina.
“Jangan nak mengada-ngada, masuk bilik cepat.” Bulat mata Puan Rahimah dengan gelagat Ainina. Lantas ibunya membuat gaya mahu menarik telinga Irsyad. Isyad segera mengelak sebelum tangan ibunya sampai ke telinganya. Ainina hanya tergelak melihat gelagat dua beranak itu.
“Abang pergi hantar Nina dekat bilik sebelah sekejap je. Nanti abang baliklah ibu.” Irsyad lantas berjalan mengekori Ainina menuju ke bilik adiknya yang berada di sebelah bilik ibu dan ayahnya sambil menjinjing beg pakaian Ainina.
“Assalamualaikum Rina.” Ainina memberi salam perlahan sambil mengetuk pintu bilik Rina.
“Waalaikummussalam. Masuklah kak Nina.”
“Masuklah Nurul jangan segan-segan tau, adik abang ni okey je. Rina layan akak baik-baik tau, nama pun dah nak dekat sorang Nina, sorang Rina pandai tak abang cari makwe?” Irsyad berkata sambil mengenyitkan matanya kepada adiknya.
“Suka sangat kenyit mata nanti jadi tabiat, mata terkenyit-kenyit tak nak berhenti  baru tau.” Kata Ainina.
“Entah abang ni, macam-macam lah abang ni.” Kata Rina sambil tergelak melihat gelagat abangnya.
Okeylah abang balik bilik dulu tau. Nanti kalau ada apa-apa mesej abang tau. Esok bangun awal-awal tau kita kena gerak awal sikit tau.”
Okey abang. Good Night.”
“Good Night.” Irsyad berpaling sambil menoleh ke arah bilik ibunya. Ibunya masih berada di hadapan biliknya. Terlintas di hatinya mahu mengusik ibunya. Dia berpatah balik ke bilik Ainina sambil menutup pintu bilik itu. Lantas dia mendengar laungan daripada ibunya memanggil namanya.
“Ibu ni orang gurau sajalah itu pun nak menjerit. Cepat sangat menggelabah ibu ni.” Lantas dia keluar daripada bilik itu sambil ketawa terbahak-bahak kerana dapat mengenakan ibunya. Setelah dia sampai di hadapan ibunya lantas satu tamparan hinggap di bahunya. Asrina mengangkat ibu jarinya ke arah abangnya.
“Padan muka. Abang tu memang macam tu Kak Nina suka sangat dia mengusik ibu. Suka sangat dia dengar ibu bising-bising.”
“Kak Nina tahu sangat pasal perangai abang Rina. Akak pun, pantang ada peluang asyik menyakat saja kerjanya.” Ainina berkata sambil menutup pintu bilik mereka.
“Jomlah akak kita tidur. Rina penat sangat dari pagi tak berhenti rehat lagi.
“Lina tidurlah dulu, akak nak cuci muka dulu lepas tu akak nak solat Isyak. Nanti akak tidur ye.”
Okey akak. Selamat malam.” Asrina berkata ramah.

Okey selamat malam.”

No comments:

Post a Comment