Friday 6 March 2015

Bab 24







Ainina masih lagi seperti dahulu gemar menulis, segala kisah hidupnya dicatit di dalam diari miliknya yang selama ini menjadi saksi jatuh bangunnya Ainina. Segala rahsia miliknya diceritakan di dalam diari itu tiada satu pun yang tertinggal.
‘Assalamualaikum ayang abang tengah buat apa tu?’ Sedang asyik Ainina menulis tiba-tiba Irsyad menghantar mesej kepadanya.
‘Waalaikummussalam, ayang tengah tulis diari abang.’
‘Abang nak baca boleh tak?’
‘Mana boleh, ni semua rahsia ayanglah.’
‘Ayang tulis apa je dalam tu?’
‘Macam-macamlah cerita-cerita suka duka ayang.’
‘Abang teringinlah nak baca boleh tak ayang.’
‘Tak boleh.’
‘Alah bekas awek abang bagi je abang baca diari dia.’
‘Tu dia, kalau abang nak baca diari abang pergila couple dengan dia balik’. Ainina memang tidak menyukai jika ada orang mencerobohi haknya untuk membaca diari miliknya. Pernah sekali dengan bergaduh dengan Najihan kerana dia curi-curi membaca diarinya.
‘Mesti ada sesuatu yang ayang cuba untuk sembunyikan dari abangkan?’
‘Tak ada, cuma ayang tak suka boleh tak faham?’
‘Kalau tak ada abang nak baca juga tak kira,’ Irsyad masih berdegil.
‘Abang kalau abang masih tak percayakan ayang, sampai sini sahaja hubungan kita. Ayang tak mahu abang sentiasa meragui kejujuran ayang. Tak ada apa yang ayang sembunyikan cuma ayang tak suka privacy ayang orang ceroboh.’
‘Senangnya ayang cakap, macam tu je ayang dah nak mintak putus dah? Nampak sangat ayang sembunyikan sesuatu dari abang. Ayang sembunyikan perasaan ayang dekat Ilham daripada abangkan?’ Irsyad semakin meargui Ainina.
‘Kenapa itu saja yang ada dalam kepala abang, berapa kali ayang nak bagitahu yang ayang tak ada perasaan untuk Ilham?’ Ainina cuba untuk bersabar.
‘Itu kata ayang, kata dia?’ Ainina makin tertekan dengan sikap Irsyad yang sering berprasangka buruk terhadapnya dan Ilham. Sedangkan sejak dia berhubungan dengan Irsyad tidak pernah sekalipun dia bercakap, dengan Ilham. Ilham pun tidak mengetahui nombornya telefonnya. Ainina akhirnya mendiamkan diri dia tidak mahu bertengkar dengan Irsyad, setiapkali Irsyad membangkitkan perihal Ilham pasti keadaan akan menjadi semakin hangat.

Buat pertama kalinya selepas menjalinkan hubungan dengan Irsyad Ainina mengalirkan airmata. Ainina tidak tahu kenapa Irsyad seperti itu, sentiasa meragui dirinya. Sedangkan sepenuh hatinya diserahkan kepada lelaki tiada sedikit ruang pun yang tinggal untuknya mengisi insan lain di hatinya. Baru sahaja sekejap dia menikmati kebahagiaan dengan Irsyad, segala direntap oleh keraguan Irsyad kepada hatinya. Ainina sendiri tidak faham dengan sikap Irsyad adakala dia boleh menjadi insan yang paling penyayang di dunia ini dan ada kalanya dia akan menjadi insan yang paling cemburu. Sikap cemburu Irsyad adakalanya tidak berasas yang membuatkan Ainina rimas dengan Irsyad.
            Keesokkan harinya Irsyad menghantar mesej kepada Ainina untuk memohon maaf atas sikap curiganya kepada Ainina. Dia cukup takut jika hati Ainina berubah, dia takut kerana dia menyayangi Ainina di saat Ainina menyayangi Ilham. Dia sentiasa dibayangi oleh bayang-bayang Ilham mungkin kerana dia tahu dia telah merebut kasih Ainina daripada Ilham.

‘Abang percayalah, hati ayang hanya milik abang. Ayang sayangkan abang sepenuh hati ayang. Tolonglah, ayang merayu dekat abang jangan meragui kasih sayang ayang. Buat apa ayang menyeksa hati ayang untuk menyayangi abang kalau hati ayang bukan untuk abang. Kalau hati ayang bukan untuk abang, dah lama ayang pergi abang. Ayang ada di sini, di sisi abang sebab ayang sayang sangat kat abang. Buanglah bayangan Ilham daripada fikiran abang. Kalau tak bayangan itu yang akan menghancurkan hubungan kita abang.’ Ainina cuba untuk meyakinkan Irsyad. 

No comments:

Post a Comment