Wednesday 4 March 2015

Bab 15







Sudah hampir sebulan semester kedua berlalu, Ainina seperti biasa. Tiada lagi Ilham yang selama ini menjadi sahabatnya. Cuma Muhaimin yang ada kalanya menghubunginya untuk bertanyakan khabar seperti biasa. Seringkali Muhaimin memujuknya untuk kembali kepadanya namun Ainina tahu, hatinya tiada lagi untuk Muhaimin. Ainina sudah terbiasa dengan hidupnya kini tanpa teman. Fazlin juga mempunyai nasib yang sama dengan ditinggalkan oleh kekasihnya Safiqqul yang kini menyambung pelajarannya dia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Skudai. Nasib Ainina dan juga Fazlin sama, sendirian. Kini ke mana Ainina pasti ada Fazlin yang menemaninya dan begitu juga sebaliknya. Namun keadaan itu tidak lama, Fazlin mudah saja menemui pengganti. Kenalannya diperkenalkan oleh rakan satu sebiliknya ketika di asrama semester lepas. Sufian, pelajar Jurusan Elektrik. Fazlin kini jauh telah berubah. Tiada lagi masanya untuk Ainina. Masanya hanya dihabiskan bersama Sufian tidak kira siang ataupun malam. Namun Ainina cukup memahami rakannya. Kesepian semakin menghimpit jiwa Ainina sejak Fazlin telah mempunyai teman baru. Ainina hanya bersama dengan Fazlin hanya ketika di dalam kelas. Kebiasaan Fazlin akan keluar bersama Sufian setelah selesai sahaja waktu pembelajaran dan hanya akan pulang pada lewat malam. Nasib ada Najihan dan Liyana yang merupakan rakan sekelasnya dan juga yang turut menyewa serumah dengan Ainina. Walaupun Fazlin sering mengajak Ainina untuk menumpang kereta Sufian, namun Ainina tidak pernah menerimanya kerana tidak mahu menyusahkan serta mengganggu mereka. Kini hubungan Ainina dengan Fazlin pula yang renggang. Ainina risaukan Fazlin yang berubah sikap. Fazlin sering pulang lewat ke rumah, puas Ainina cuba menasihati Fazlin. Namun Fazlin tidak pernah mengendahkan nasihatnya, malah Fazlin menyatakan  dia cemburu akan hubungannya dengan Sufian. Ainina hanya mampu melihat sahabatnya yang hanyut di bawa arus zaman muda. Jika dinasihatinya bimbang Fazlin pula akan memusuhinya. Liyana dan Najihan sering memujuk Ainina supaya bersabar. Mereka sering menenangkan Ainina setiap kali Ainina berkecil hati dengan sikap Fazlin. Ainina telah kehilangan seorang lagi sahabatnya. Ainina tahu sejak dari dahulu sahabat datang dan pergi dari hidupnya. Teringat Ainina pada suatu ketika dahulu dia pernah bersahabat baik dengan Aiza. Sahabat yang terlalu dia sayang, dia menganggap Aiza seperti adik beradiknya malah keluarga Aiza dianggap sebagai keluarganya. Kadangkala hujung minggu banyak dihabiskan di rumah Aiza dan ada juga mengunjungi kampung Aiza. Namun suatu hari Aiza berubah apabila mereka menginjak ke sekolah menengah. Mereka tidak lagi satu kelas seperti dulu dan Aiza perlahan-lahan meninggalkannya. Sejak dari itu Ainina menanam sikap dia tidak akan mempunyai kawan baik lagi setelah itu. Cukuplah hanya berkawan tidak perlu menganggapnya sebagai kawan baik walau sebaik mana pun orang itu.

            Hari-hari Ainina suram tanpa insan-insan yang dahulu setia menemaninya. Mujur Najihan serta Liyana tidak meminggirkannya. Cuti pertengah semester dua semakin menghampiri. Ainina sudah tidak sabar untuk lari dari semua masalah ini. Berat badannya pula semakin menaik kerana hari-harinya cukup tertekan. Perutnya setiasa lapar mulutnya ada sahaja makanan yang akan dimakan apabila terasa tertekan. Sedang Ainina asyik menyiapkan tugasannya.
‘Salam Ina... tengah buat apa tu?’ Muhaimin bertanya.
‘Ina tengah siapkan tugasan kenapa Mean?’
‘Mean nak mintak tolong sikit dengan Ina boleh?’
‘Apa dia Mean?’
‘Ina cuti lagi dua minggukan?’
‘Yup... kenapa Mean?’
‘Mean dah cari tiket bas untuk ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur tapi semua dah habis, yang ada hanya ke Kuantan je. Boleh tak kalau Ina belikan tiket dari Kuantan ke Kuala Terengganu. Kita balik sama-sama boleh tak Ina? Ina beli 15 hb petang dalam pkul 4 ke? Mean bertolak dari Kuala Lumpur pukul 9 pagi dalam pukul 1 Mean sampai kat Kuantan.’ Muhaimin berdoa agar Ainina akan bersetuju dengan cadangannya, dia juga berharap agar hubungannya dapar pulih seperti dahulu.
‘Okeylah Mean nanti Ina cuba carikan tiket, kalau ada Ina bagitau Mean balik ye?’ Ainina tahu Muhaimin hanya mencari helah untuk berjumpanya. Namun dia tidak mahu untuk menjauhi Muhaimin kerana dari awal dia telah berjanji dengan Muhaimin akan sentiasa membantunya jika dia memerlukan pertolongan.
‘Ok Ina terima kasih banyak-banyak’ dihatinya berdoa semoga tuhan menemukan dia dan Ainina.
‘Okey sama-sama’
‘Bye... hidup baik-baik.’

            Dikejauhan Muhaimin dapat merasakan layanan Ainina kepadanya tidak lagi seperti dahulu. Namun dia tetap berazam untuk memulihkan semula hubungan dia dan Ainina. Dia hanya mampu berserah kepada tuhan yang menentukan jodohnya. Walaupun di seakan mahu menjerit apabila mengenangkan hubungan mereka telah menjadi seperti ini. Semuanya memang salahnya kerana mengabaikan Ainina suatu ketika dahulu. Tiada apa lagi yang mahu disesalkan segalanya telah berlaku. Tiada apa yang harus dikenang selagi Ainina bukan kepunyaan siapa-siapa dia akan terus mengembalikan Ainina dalam hidupnya. Melainkan Ainina telah mempunyai penggantinya dia akan mengundur. Pedih hatinya untuk mengakui hakikat hubungan mereka kini.

            Keesokan harinya kelas Ainina berakhir lebih awal daripada biasa. Ainina mengajak Najihan serta Liyana untuk menemaninya ke Pusat bandar untuk membeli tiket seperti yang dijanjikan kepada Muhaimin bimbang juga dia kalau-kalau tiket bas habis dijual memandangkan cuti umum. Setibanya di Terminal semua tiket pada hari yang diminta oleh Muhaimin telah habis dijual.
“Mean, tiket 15 hari bulan dah habis lah Mean ada 16 hari bulan je pagi pukul 11.30 pagi. Ina beli 16 hb ye? Boleh Mean.” Segera Ainina menghubungi Muhaimin.
“Oklah Ina, nanti Mean carilah hotel murah dekat terminal tu. Asalkan Mean dapat bersama Ina je semuanya okey untuk Mean.” Sayu suara Muhaimin.
Okey Ina beli tiket ni.” Segera Ainina menamatkan panggilan telefonnya.
Sepuluh minit kemudian Muhaimin menghubungi Ainina.
“Ina dah beli tiket?” Muhaimin bertanya.
“Dah Mean kenapa ?
“Nanti 15 hari bulan kita jumpe dulu boleh?” Muhaimin bertanya perlahan.
“Tengokla kalau kelas Ina habis awal.”
“Ina tak ada kelas ke hari ni?” Muhaimin cuba untuk melanjutkan perbualannya dengan Ainina.
“Kelas Ina habis pukul 11 tadi. Habis kelas terus je Ina datang je Terminal ni. Mean Okeylah Ina dah nak naik bas balik rumah ni.”
“Ok take care Sayang” Muhaimin cuba berlagak romantik.
“Ok Assalamualaikum...” Ainina terus menamatkan telefon. ‘Mean, kalaulah Mean berubah disaat Ina masih mengharapkan Mean... pasti kita akan bersama lagi. Tapi sayangnya pintu hati Ina telah tertutup untuk hubungan kita. Maaf Ina.’ Ainina bermonolog di dalam hati.



No comments:

Post a Comment