Friday 6 March 2015

Bab 23







“Ayang ada mesej Arif tak dalam masa dua tiga hari ni?” Tanya Irsyad apabila dia menelefon Ainina pada suatu petang.
“Ada, dua hari lepas kalau tak silap ayang. Kenapa abang?” jawab Ainina jujur.
“Ayang mesej apa kat dia?”
“Ayang mesej pasal bekas awek dia Syamira.”
“Bukan pasal Ilham?” Curiga Irsyad. Sejak mereka bersama, pasti nama Ilham akan dijadikan bahan oleh Irsyad untuk dicurigai. Puas Ainina menyatakan bahawa Ainina dan Ilham tidak pernah ada apa-apa hubungan.
“Bukanlah pasal bekas awek dia, abang ni jangan nak curiga ya? Ni mesti ada apa-apa ni cuba cerita.”
“Tadi Filzam nak pinjam telefon Arif, lepas tu Arif tak bagi sebab dia cakap dalam tu ada mesej ayang sambil tengok abang pastu sengih-sengih. Sakit hati abang.”
“Abang tak tanya Arif ke dia mesej apa dengan ayang?”
“Tak pun malaslah, nanti makin menjadi-jadi pulak si Arif tu. Apa kena-mengena ayang dengan bekas awek dia pulak?”
“Bekas awek dia tu, sekelas dengan Nad. Hari tu bekas awek dia  minta dekat Nad nombor telefon ayang, pastu Nad bagilah. Masa hari ayang mesej Si Arif tu, bekas awek dia mesej ayang suruh ayang sampaikan pesanan dekat Si Arif tu. Sebab tulah ayang mesej si Arif tu.” Jelas Ainina.
“Ayang boleh tak lainkali jangan masuk campur hal orang lain?”
“Abang ni bukan ayang masuk campur, dia yang mesej ayang suruh ayang sampaikan pesanan dekat si Arif tu. Ayang cuma sampaikan amanat orang je.

            Begitulah sikap Irsyad kadangkala ada sahaja perlakuan Ainina yang tidak kena di matanya. Ainina hanya mengeluh, jika dahulu Muhaimin tidak pernah mengambil tahu perihal dirinya. Apa sahaja yang dibuat oleh Ainina tidak pernah dihalangnya. Kadangkala Ainina sendiri rasakan seperti Muhaimin tidak punya perasaan terhadap. Pernah Ainina berceritakan kepada Muhaimin perihal dia berkawan baik dengan Ilham, Muhaimin cuma berpesan supaya Ainina membataskan hubungan Ainina dengan Ilham hanya setakat kawan tidak lebih dari itu. Ainina memberitahu Muhaimin supaya dia rasa tergugat atau dia mahu membuatkan Muhaimin cemburu, tetapi lain pula penerimaan Muhaimin. Dia tidak kisah Ainina berkawan dengan sesiapa asalkan Ainina tahu menjaga batas-batas kerana dia percaya Ainina tidak akan menduakannya. Jauh sekali berbeza dengan Irsyad, Irsyad cukup menjaga pergaulan Ainina dengan kawan-kawan lelakinya. Ainina tidak tahu kenapa kini ada sahaja perlakuannya yang akan menimbulkan rasa tidak puas hati Irsyad, namun Ainina sentiasa bersabar kerana hubungan mereka masih terlalu singkat. Irsyad masih belum mengenali dirinya sepenuhnya.

            Irsyad seringkalai merajuk, adakalanya sehingga dua hari dia merajuk. Ainina tahu dia memang tidak pandai untuk memujuk. Kadangkala jika pujukan Ainina tidak dilayan oleh Irsyad, pasti Ainina pula yang akan merajuk akhirnya kerana dia terkadang tidak sabar untuk memujuk Irsyad. Irsyad seringkali meragui kejujuran Ainina terhadapnya. Ainina semakin tertekan dengan sikap Irsyad, dia hampir-hampir berputus asa dengan sikap Irsyad yang terlalu cemburu. Sepanjang dia mengenali Muhaimin tidak pernah lelaki itu merajuk tapi sebaliknya dia yang mudah merajuk. Tetapi rajuknya tidak ke lama kerana Muhaimin tidak pernah memujuknya, kadangkala dia sendiri yang akan mengalah apabila Muhaimin hanya membiarkan.

‘Ayang ada dekat mana tu? Dah pukul berapa ni? Ustaz dah nak sampai ni.’ Irsyad menghantar mesej kepada Ainina apabila kelas Agama Islam hampir bermula, tetapi Ainina masih belum tiba. Dia bimbang kekasih hatinya akan dimarahi Ustaz Zaharuddin tersebut kerana ustaz tersebut cukup tidak suka pelajarnya lewat ke kelasnya.
‘Ayang dekat rumah lagi ni, tak ada vanlah datang abang. Macam mana ni?’ Ainina bergurau dengan Irsyad sedangkan pada masa itu dia sudah berada di pintu kelasnya. Dia tahu Irsyad pasti akan menggelabah jika mengetahui Ainina masih tidak sampai ke kelas.
‘Elok sangatlah tu tipu abang macam tu?’
‘Gurau sajalah cayang.’
‘Abang tak suka lah.’ Jawab Irsyad.
Begitulah sikap Irsyad yang kadangkala terlalu sensitif. Dia memang tidak suka jika Ainina membohonginya. Ainina sendiri tidak faham dengan sikap Irsyad adakala gurauannya disalah ertikan walaupun niatnya hanya mahu bergurau. Walaupun sikapnya begitu Ainina tahu apa yang  dilakukan  oleh Irsyad hanyalah mahu yang terbaik untuk Ainina.

  

No comments:

Post a Comment