Wednesday 4 March 2015

Bab 20







‘Hai ayang abang. Selamat pagi.’ Pagi sabtu itu Ainina mendapat mesej daripada Irsyad.
‘Hai abang selamat pagi.’ Jawab Ainina.
‘Ayang abang sihat?’
‘Sihat abang, abang sihat?’
‘Tak sihat, rindukan ayang.’
‘Mengadalah abang ni.’
‘Betul ayang, abang rindu ayang.’
‘Ayang, kita couple nak?’
‘Abang, bukan Nina tak nak. Bagi Nina peluang dulu please. Nina suka kawan ngan abang, abang buat Nina sentiasa happy. Cuma Nina belum bersedia untuk memulakan hubungan yang baru. Bagi Nina masa sikit abang.’
‘Abang tak paksa Nina. Nanti bila Nina dah sedia, Nina cakap ye sayang.’
‘Terima kasih abang sebab faham Nina.’ Ainina masih dalam keadaan keliru pada ketika itu. Dia tidak mahu tergesa-gesa untuk menilai perasaannya kepada Irsyad pada ketika itu. Ainina tahu dia menyenangi akan kehadiran Irsyad dalam hidupnya kini, Ainina juga memerlukan seorang teman untuk menceriakan hari-harinya. Sejak kehadiran Muhaimin empat tahun yang lalu, Ainina tidak bersendirian. Akhirnya hubungan mereka terpisah, dalam masa yang sama muncul pula Ilham untuk menjadi sahabatnya walaupun hanya seketika. Tidak lama selepas itu muncul pula Irsyad. Ainina perlukan seorang teman yang boleh menerima dia seadanya, yang memahami dirinya, yang tahu apa yang dia mahukan dan juga insan yang ikhlas untuk bersama dengannya. Pening Ainina memikirkan sikap Muhaimin yang menjauh darinya. Ainina tidak tahu apa lagi cara yang perlu dilakukannya untuk memujuk Muhaimin supaya tidak membencinya, namun mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kehadiran Irsyad membuatkan sedikit sebanyak Ainina lupa akan masalah yang sedang dihadapi di antara dia dan Muhaimin. Dalam diam Ainina seakan dapat menerima Irsyad.
‘Nina, abang rasa Nina terlalu baik untuk abang. Abang rasa abang mungkin bukan insan yang terbaik untuk Nina.’ Irsyad tiba-tiba menghantar mesej kepada Ainina.
‘Kenapa abang? Nina ada buat salah ke dengan abang?’
‘Maaf kalau abang dah kecewakan Nina.’ Irsyad menyatakan kata maafnya.
‘Kalau itu kata putus abang Nina terima. Kalau dah tertulis abang bukan untuk Nina, Nina redha’. Ainina berasa hairan kenapa tiba-tiba Irsyad berbuat sedemikian. Pastu ada sesuatu yang terjadi tanpa pengetahuannya. Hari-hari berikutnya Irsyad diam tanpa khabar berita. Bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh Irsyad dari pengetahuannya. Namun Ainina pasrah, mungkin ini balasan yang diterima setelah dia menghancurkan hati Muhaimin. Ainina sedar dia terlalu kejam menghukum Muhaimin. Namun apakan dayanya segalanya telah terlambat. Ainina perlu menerima hakikat bahawa tiada lagi Muhaimin, tiada lagi Ilham dan juga lagi Irsyad.



No comments:

Post a Comment