Wednesday 4 March 2015

Bab 19







Hari ini Ainina pulang ke Terengganu bersama Muhaimin seperti yang dijanjikan dua minggu lalu.
‘Salam abang, Nina nak bagitau sesuatu kat abang.’
‘Ayang abang nak bagitau apa ayang?’
‘Hari ni nak balik Terengganu abang tau kan?’
‘Tau sayangku. Kenapa?’
‘Nina balik dengan bekas pakwe Nina tau.’
‘Hah? Tapi kenapa? Nina dah putuskan dengan dia?’
‘Ya, betul, Nina dah putus dengan dia. Tapi, dua minggu lepas dia ada mesej Nina minta tolong Nina beli tiket sebab tiket bas dari KL ke Terengganu habis. Sebab tiket KL ke Kuantan je ada so, dia suruh Nina beli tiket dari Kuantan ke Terengganu. Nina kalau boleh tak nak bermusuh dengan dia. Kalau Nina nak putus dengan dia pun biarlah dengan cara baik. Dulu kami mulakan perhubungan dengan cara baik, biarlah berpisahpun dengan cara yang baikkan?’
‘Nina beli tiket duk sebelah dia?’
‘Ha,ah abang.’
‘Abang tak sedap hati ni.’
‘Kenapa abang?’
‘Abang jeles.’
‘Tak perlulah nak jeles. Nina bagitau abang ni pun bukan nak buat abang jeles. Nina tak nak nanti abang tahu daripada orang lain. Nina takut nanti abang kata Nina tipu abang sebab hari tukan Nina dah cakap Nina dah putus, tiba-tiba Nina balik dengan dia pulak. Memang sebolehnya Nina tak nak berjumpa dengan dia lagi sebab Nina takut Nina simpati dengan dia lagi.’
‘Ayang jaga diri baik-baik tau... kalau ada apa-apa jangan lupa bagitau abang tau.’
‘Okey abang, kalau boleh abang jangan mesej Nina tau sebab Nina tak nak dia salah anggap. Nina takut dia anggap Nina putus dengan dia sebab Nina dah ada pengganti dia sedangkan Nina minta putus sebab dah tak boleh dah nak bersama dengan dia.’
‘Geramlah abang ayang dah putus buat apa jumpa-jumpa lagi.’
‘Okeylah abang Nina dah naik bas ni.’
‘Okey ayang jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa abang tau ayang’
‘Baiklah, abang jaga diri.’
“Ina, jomlah bas pun dah sampai tu. Ina mesej dengan siapa tu?” Muhaimin yang sedari tadi memerhati Ainina berbalas mesej dengan seseorang dengan raut wajah yang kelihatan gelisah. Sejak dari tadi Ainina hanya diam. Dia sendiri tidak tahu sama ada dia boleh bertahan atau tidak sehingga empat jam duduk di sebelah Muhaimin dalam keadaan serba salah.
“Jomlah.” Ainina mengajak Muhaimin tanpa menjawab soalan terakhir Muhaimin.
“Kenapa Mean nampak Ina macam gelisah je?” Muhaimin bertanya apabila Ainina seperti tidak selesa ditempat duduknya.
“Tak ada apalah.” Ainina cuba untuk menutup kegusarannya.
“Tadi Nina mesej dengan siapa?”
“Dengan budak kelas Ina.” Ainina sebolehnya tidak mahu Muhaimin kewujudan Irsyad pada ketika ini. Memang dia tidak pernah membuat kenyataan kepada Irsyad bahawa dia menerima Irsyad untuk mengisi ruang hatinya. Ainina akui dia menyenangi dengan kehadiran Irsyad, cuma dia sedang mengambil masa untuk mengenali dengan lebih dalam tentang lelaki yang baru sahaja muncul dalam hidupnya itu. Walaupun Irsyad memanggilnya dengan panggilan manja. Ainina hanya biarkan walaupun terasa janggal tapi Ainina suka apabila Irsyad melayannya seperti itu.
“Kalau Nina mengantuk tidurlah Nina.” Ainina hanya mengangguk dan menyandar kepalanya di tepi tingkap bas. Telah hampir setengah jam Ainina cuba untuk melelapkan matanya namun matanya tidak mahu terlena. Walaupun matanya terpejam tapi otaknya ligat memikirkan Muhaimin. Perlahan-lahan Muhaimin mengambil tangan Ainina dan diusapnya perlahan-lahan. Ainina hanya membiarkan reaksi Muhaimin, di dalam hatinya bagai mahu menyentap tangannya namun dia bimbang Muhaimin berkecil hati dengan tindakannya. Setelah dia rasakan Muhaimin telah terlena, perlahan-lahan Ainina membukakan matanya. Dilihat Muhaimin memejamkan mata sambil memegang tangannya, lalu di tarik tangannya daripada pegangan Muhaimin dengan perlahan dan menyilangkan tangannya.

            Setelah hampir dua jam bas tersebut bergerak, bas yang dinaiki mereka berhenti sebentar di hentian rehat untuk memberi laluan kepada penumpang bas untuk mengisi perut dan menunaikan sembahyang zohor bagi penumpang yang beragama Islam.
“Ina nak turun?”
“Nak, Ina nak pergi toilet.”
“Jomlah kita turun.”
“Tapi Ina malaslah nak bawak beg ni turun, beg ni ada laptop kat dalam.”
“Kalau macam tu Ina pergila toilet dulu Mean jaga beg Ina.”
“Mean tak nak turun?”
“Ina nak makan tak?”
“Tak nak lah kenyang lagi rasa. Ina nak pergi beli roti je.”
Okeylah kalau  macam tu, Ina turun dulu nanti Mean pulak turun.”
Okey Mean.” Ainina turun daripada bas dan terus meluru ke arah tandas wanita yang terletak tidak jauh dari tempat bas tersebut berhenti. Sebaik sahaja dia selesai urusannya di tandas Ainina terus ke gerai menjual makanan dia membelikan roti serta beberapa jenis makanan ringan untuk dia dan Muhaimin. Ainina sengaja lambat-lambatkan waktu agar masa dia dan Muhaimin menjadi singkat. Tiba-tiba Ainina menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefon untuk menghantar mesej kepada Irsyad, namun malangnya telefon bimbitnya tiada padanya. Ainina segera naik ke atas bas untuk mencari telefonnya, bimbang Muhaimin telah membuka telefon bimbitnya. Setibanya Ainina di dalam bas Ainina memandang ke arah Muhaimin, Muhaimin memandangnya dengan pandangan yang berbeza. Ainina bagaikan merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Muhaimin bangun dan terus turun dari bas tanpa bersuara. Dia terus ke tandas lelaki. Ainina menyelak baju sejuk di atas tempat duduknya. Dia melihat telefon bimbitnya masih menyalah. ‘Sah, Mean dah bukak telefon aku.’ Ainina membuka ruangan Inbox dia membaca mesej terakhir daripada Irsyad. Ternyata Muhaimin membaca mesej daripada Irsyad kerana dia masih belum membaca mesej tersebut, tapi mesej tersebut menunjukkan mesej tersebut telah dibaca.
‘Ayang, macam mana? Okey tak? Dia ada kacau ayang abang ni tak? Abang risaulah, tak senang duduk abang. Jangan duduk rapat-rapat tau dengan dia.’ Masa yang diberikan oleh pemandu bas telah pun tamat penumpang-penumpang mula memenuhi tempat duduk masing-masing. Muhaimin masih tidak kelihatan. Pemandu bas mula memeriksa penumpang-penumpang bagi memastikan penumpangnya telah naik semuanya. Muhaimin akhirnya naik ke dalam bas. Ainina melihat ke arah Muhaimin. Mata lelaki itu dilihat berkaca. Ainina tahu Muhaimin telah mengetahui kewujudan Irsyad. Mungkin tuhan memberi Muhaimin petunjuk tentang apa yang dilakukan Ainina. Ainina buntu, dia hendak menerangkan segalanya kepada Muhaimin. Dia mahu menerangkan bukan Irsyad penyebab dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka, namun Ainina tidak tahu bagaimana dia mahu harus memulakannya. Muhaimin hanya diam seribu bahasa.
“Mean nak roti?” Ainina berlagak tenang. Muhaimin hanya menggeleng. Muhaimin menyandarkan badannya. Satu keluhan kedengaran di bibir Muhaimin. Ainina tahu Muhaimin sedang bercelaru pada ketika itu. Mereka masing-masing hanya membatukan diri. Ainina sangat berasa serba salah, dia pasti Muhaimin terluka apabila ada lelaki lain di dalam kehidupan Ainina. Peluangnya untuk memiliki Ainina terlalu nipis. Mungkin tiada langsung peluang untuknya. Setelah hampir empat jam setengah perjalanan bas itu, akhirnya bas itu selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.
“Mean balik dengan Ina ye?” Ainina memecah kebisuan di antara mereka.
“Tak payahlah, Mean dah mitak tolong Adib untuk datang ambik Mean.”
“Tak payahlah susahkan dia, baliklah dengan Ina papa pun dah sampai tu. Jomlah Mean, kitakan satu arah saja.”
“Tak apalah susahkan Ina saja.”
“Mean, mehlah papa hantarkan.” Laung Encik Mohammad Dani sebaik sahaja terlihat Muhaimin. Muhaimin hanya menurut apabila papa Ainina mempelawanya.
“Mean balik lama ke?” papa Ainina bertanya tanpa menyedari kemelut yang sedang dialami oleh anaknya dan Muhaimin.
“Lama jugak papa dalam seminggu.”
“Mean nanti jemputlah datang rumah kalau ada masa.” Mama Ainina pula mencelah. Pada mulanya dia gembira apabila mengetahui Ainina akan pulang bersama dengan Muhaimin harapannya hubungan anaknya dengan Muhaimin akan pulih seperti dahulu. Namun naluri hatinya berkata ada sesuatu telah berlaku daripada melihat raut wajah kedua mereka. Sepanjang perjalanan hanya Muhaimin yang bersembang dengan mama dan papa Ainina. Ainina hanya diam membisu. Ainina sedang memikir apa reaksi Muhaimin selepas ini. Semakin hampir jarak daripada rumah Muhaimin, semakin Ainina gelisah. Dia seperti dapat merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
“Terima kasih banyak mama, papa.” Ucap Muhaimin sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh papa Ainina sampai dihadapan rumahnya tanpa memandang Ainina. Ainina memandang Muhaimin, Muhaimin juga memandang Ainina. Ainina melambaikan tangannya kepada Muhaimin, Muhaimin hanya membiarkan lambaian Ainina sepi tanpa balasan daripadanya. Ainina tahu sejak dari tadi Muhaimin hanya memendam perasaan, disebabkan oleh itu Ainina tidak mahu berterus terang akan kehadiran Irsyad. Dia sudah menjangkakan sesuatu yang buruk akan terjadi jika Muhaimin tahu akan kehadiran Irsyad, Ainina tak mahu Muhaimin berjauh hati dengannya meninggalkan Muhaimin adalah satu seksaan kepada Muhaimin apatah lagi jika mengetahui bahawa ada insan lain yang sedang mendekati Ainina kini. Ainina tahu dia telah menghampakan  perasaan Muhaimin kini, namun dia sangat berharap agar Muhaimin memahami perasaannya kini. Dia pasti Muhaimin menganggap Irsyadlah punya mereka berpisah, Ainina perlu menjelaskan segala-galanya kepada Muhaimin.
‘sampai hati Ina buat Mean macam ni....! Mana pergi janji-janji Ina selama ini hah?’ belum pun Ainina sampai di rumahnya Muhaimin telah menghantar mesej kepada Ainina.
‘Mean dengar dulu apa yang Ina nak jelaskan ni.’
‘Kenapa kau buat aku macam ni? Besar sangat ke salah aku sampai kau sanggup buat aku macam ni?
‘Mean, memang Ina tengah berkawan dengan seseorang tapi dia bukan punca kita berpisah Mean.’
‘Kenapa kau buat aku macam ni? Aku sayang kau, aku cinta kau, ini balasan kau pada aku?’
‘Mean Ina bukan menduakan Mean, Ina kenal dia lepas kita dah putus. Ina tak buat keputusan untuk terima dia lagi, tapi dia dah anggap Ina lain. Ina belum cakap pun Ina terima dia.’ Ainina cuba menerangkan keadaan yang sebenar.
‘Aku tak nak tahu apa-apa lagi, aku dah tak nak jumpa kau. Aku benci perempuan macam kau. Kau jangan cari aku lagi.’ Setibanya Ainina di rumahnya, Ainina terus meluru masuk ke dalam biliknya untuk menghubungi Muhaimin namun telefon lelaki itu telah ditutup. Ainina terus-terusan menelefon Muhaimin, namun telefonnya tidak aktif. Sudah tiga hari Ainina cuba untuk menelefon Muhaimin namun masih gagal, sekarang Ainina Muhaimin memang betul-betul berpisah. Muhaimin tidak mahu Ainina menghubunginya, apatah lagi berjumpa dengannya. Ainina tahu Muhaimin betul-betul terluka kini. Ainina telah berputus asa, Muhaimin tidak memberinya peluang untuk menjelaskan segalanya. Dia tidak kesalkan hubungan mereka yang terpisah, namun yang Ainina kesalkan ialah mereka terus terpisah bukan dengan cara yang baik. Dia tidak mahu Muhaimin fikir dia hanya memainkan perasaan Muhaimin selama ini. Ainina ikhlas selama ini dengan Muhaimin, namun Muhaimin yang tidak pernah menghargai rasa rindu serta sayangnya dulu kepadanya dulu. Ainina pasrah dengan ketentuan Illahi, jika sudah tersurat inilah penghujung hubungannya dengan Muhaimin dia redha. Sehabis boleh  Ainina tidak mahu bermusuhan dengan Muhaimin atau sesiapa sahaja. Ainina yakin jika jodohnya dengan Muhaimin walau terpisah beribu batu sekalipuan mereka pasti akan bersatu juga. Ainina memang mahukan perpisahan mereka tidak meninggalkan kesan yang buruk kepada mereka, namun apakan dayanya. Dia hanya mahu mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri, jika dia sudah tidak bahagia untuk apa dia terus bertahan.




No comments:

Post a Comment