Wednesday 4 March 2015

Bab 14







Cuti semester selama hampir dua bulan itu telah hampir tamat. Berat hati Ainina meninggalkan kampung halaman yang tercintanya itu.
“Cepatnyalah masa kan mama? Achik belum puas lagi rasanya duduk kat kampung. Malasnya nak pergi Kuantan mama.” Ainina mengadu kepada mamanya.
“Kain baju semua da kemas ke Achik?” Puan Amnah mengingati anak gadisnya itu.
“Mama kemaskan untuk Achik boleh? Malaslah Achik nak kemas.” Ainina cuba memancing reaksi mamanya.
“Dah jangan nak mengada-ngada mama cubit baru tau.”
“Alah mama ni nak manja-manja sikit pun tak boleh tau.” Seraya dengan itu Ainina bangkit dari baringannya lalu dikeluarkan pakaiannya yang tersusun kemas di dalam almari. Walaupun semangatnya untuk pergi ke Kuantan tiada namun dipaksakan juga. Di fikirannya kini bermain-main wajah Ilham.
‘Apalah mamat tu tengah buat sekarang. Am, sampai hati Am buat Ai macam nikan? Apa salah Ai sampai Am hukum Ai macam ni. Tak apalah Am Ai tak akan ganggu Am lagi. Nekad Ainina dalam diam. Dia sudah bosan untuk mengingati mana-mana lelaki lagi tidak Muhaimin tidak juga Ilham, Ainina berazam mahu mempertingkatkan lagi pencapaiannya.

“Ni nak pindah ke apa?” Abang Ainina mengangkat barang-barang Ainina sambil mengomel.
“Abang, ni nasib baik rumah ni tak boleh di cabut kalau tak dengan rumah-rumah ni dia angkut.” Papanya mencelah.
“Apalah papa ni, Achik kan pindah duduk rumah sewa. Jadi, banyaklah barang-barang yang Achik kena bawa. Lagipun alang-alang papa nak hantarkan Achik angkutlah semua.”
“Achik dah siap semuanya? Sudah-sudahlah papa pun. Biarlah dia nak bawak apa tak habis-habis menyakat anak tu.
“Dah mama. Jomlah kita.” Ainina bersalam dengan ahli keluarganya yang lain. Papa dan Mamanya pulang semula ke Terengganu setelah menghantarnya ke rumah sewa.

            Ainina dan rakan-rakannya berjalan untuk ke dewan Kamsis A untuk membuat pendaftaran pengajian yang bagi semester baru. Sekilas pandangan Ainina terlihat Ilham dan rakan-rakannya yang lain di hadapan pintu masuk dewan itu. Ilham tersenyum memandang Ainina. Entah kenapa senyuman Ilham dibalas dengan satu senyuman yang jelas kelihatan tidak ikhlas dan seraya dengan itu satu jelingan tajam Ainina hadiahkan kepada Ilham. Ainina berkecil hati dengan sikap Ilham sebenarnya. Tekadnya telah bulat dia sudah tidak mahu berbaik-baik dengan lelaki itu lagi. Selesai sahaja mendaftar, Ainina dan segera bergegas ke cafe kerana perut mereka telah bergendang minta diisi. Di cafe Ainina sekali lagi terserempak dengan kelibat Ilham dan Arif. Setelah Arif melihat Ainina dan Fazlin lantas dia terus menghampiri kawan-kawannya itu. Menyedari langkah Arif menghampiri ke arah Ainina, Ilham bergegas membelok ke arah kanan seraya berteriak kepada Arif.
“Aku pergi ke koperasi kejap tau Arif.” Seolah-olah melarikan diri. Ainina memandang kosong ke arah Ilham. ‘Sampai hati kau Am’. Lama Ilham berada di koperasi, entah apa yang dibelinya. Namun selesai sahaja dia membeli di koperasi Ilham keluar dan tidak terus pergi ke arah mereka sebalik dia berhenti dan duduk di pondok kecil berhampiran dengan koperasi tersebut. Ainina memandang Ilham dari jauh.
“Tak habis-habis lagi ke korang ni? Bilalah korang nak baik macam dulu-dulu.” Arif mula bersuara.
“Entahlah Arif aku ngan dia memang tak kawan lagi kot. Kau nampak sendirikan dia buat macam mana kat aku? Apalah salah aku kat dia agaknya aku tak fahamlah.”Ainina mula beremosi.
“Cuba kau tegur dia dulu Ainina. Tengok apa reaksi dia.” Fazlin memberi cadangan.
“Aku? Hentikanlah niat kau tu Lin. Tak ada maknanya aku nak tersua-sua dekat lelaki tu. Aku sebenarnya dah malas nak fikir pasal lelaki ni. Kalau dia masih nak kawan dengan aku silakan, aku tak akan menghalang. Tapi kalau tak nak aku pun tak kisah cuma jangan susahkan hidup aku je  nak kena fikir pasal dia. Banyak lagi benda yang aku kena fikir.” Ainina sebenarnya menahan sebak dengan sikap Ilham yang begitu dingin terhadapnya. Dia sendiri tidak tahu macam mana caranya mahu selamatkan persahabatan mereka. Nampaknya persahabatan mereka telah sampai ke titik nokhtah. Ainina tidak mengharapkan apa-apa lagi daripada persahabatannya dengan Ilham.
“Lin, jomlah kita balik. Aku rasa ada orang benci tengok muka aku.” Ainina segera menarik tangan Fazlin setelah dirasakan jarak antara dia dan Ilham semakin hampir.
“Wei Nina kau janganlah macam ni.” Arif cuba pula memujuk Ainina.
Ainina berpatah balik lantas dicepatkan langkahnya. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya membasahi juga pipinya yang gebu. Fazlin hanya mengekori langkah Ainina. Dia tidak berani untuk berkata apa-apa setelah dilihatnya Ainina mengalirkan air mata. Dia memahami jiwa sahabatnya. Tapi apakan daya dia tidak punyai kuasa untuk menghuraikan kemelut di antara dua hati ini.
Ilham yang sedari tadi berpaling membelakangi mereka akhir menoleh ke belakang. Dilihatnya Ainina berpaling menjauhinya dan dapat dilihat seolah-olah Ainina mengesat air matanya. Dia pasti gadis itu menangis kerananya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tegar melukai hati gadis itu. Hanya kerana dia malu apabila gadis itu mengetahui rahsia hatinya yang membuatkan dia tidak boleh berdepan dengan gadis itu. ‘Maafkan Am, Ai. Am tak berani untuk berdepan dengan Ai lagi. Am tidak punya kekuatan untuk mengakui rasa hati yang kian menyeksakan ini’. Ilham turut sebak, dia pasti Ainina makin membencinya kini. Dia sendiri tidak tahu bagaimana harus dia berdepan dengan Ainina lagi. Dia akui kesalahan yang dilakukannya kepada Ainina. Tidak mungkin Ainina akan kembali kepadanya lagi.

“Woi Ilham kau tengok apa yang kau dah buat kat Nina tu?” Arif menghampiri Ilham.
“Apa aku dah buat?” Ilham seolah-olah tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Ilham.
“Dia menangis sebab tengok kau tau? Tak boleh ke kau buat macam biasa je? Kalau kau masih sayangkan persahabatan kita aku mintak sangat dengan kau, kau pujuklah Ainina balik.” Arif cuba memujuk Ilham supaya memulihkan semula keadaan. Ilham bergegas mendapatkan Ainina. Dia pasti jika dia melepaskan peluang ini. Hubungannya dengan Ainina tak akan pulih seperti dahulu. Baru sahaja dia mengorak langkah untuk mengejar Ainina, Ainina telah menahan van dan terus berlalu pergi. Seraya dengan itu Ainina terlihat kelibat Ilham yang melihatnya sayu. Makin laju air matanya mengalir apabila dipandangnya wajah sayu Ilham. Sedih hatinya tidak terungkap. Dia sendiri bingung dengan perasaannya. Ainina tidak mahu bermain api. Dia juga tidak mahu menjadi seperti hubungannya dengan Muhaimin jika hanya dia mengharapkan sesuatu yang tak pasti.
“Kau tak dapat kejar dia Ilham? Padanlah dengan muka kau. Aku tak faham kenapa kau hukum dia? Dia tak ada kena mengena dengan persoalan aku dulu. Kau marahkan dia sebab dia tahu kau sukakan dia? Aku tak pernah jumpa orang macam kau ni. Orang lain kecewa bila cinta ditolak. Kau kecewa bila orang yang kau suka tu tau kau sukakan dia dan dia juga sukakan kau. Aku tak faham dengan kau Ilham. Dahlah malas aku nak fikir pasal korang. Kau nak balik kau nak ikut aku balik tak ni?” Omel Arif. Ilham mengangguk. Dibenaknya sarat dengan persoalan macam mana caranya dia mahu memujuk Ainina semula. Dia tahu dia bukan lelaki yang pandai bermain dengan kata-kata. Satu keluhan dikeluarkan. Dia bingun sendiri.

Setibanya Ainina dan Fazlin di kawasan rumah sewanya Ainina berjalan lemah.
“Lin, jom kita pergi beli makanan aku laparlah.” Ainina akui jika dia tertekan dia akan menjadi lapar.
“Aku pun lapar. Kau nak makan apa?” Fazlin cuba untuk tidak bercakap sesuatu yang sensitif agar tidak menambahkan tekanan kawannya itu.
“Tak tahu lagi. Kita pergi kedai kak Jue nak?” Ainina sememang mudah beremosi tetapi satu sikapnya dia tidak akan beremosi dengan orang lain yang tiada kaitan dengan masalahnya. Fazlin hanya menggeleng melihat rakannya itu.
“Lin yang kau duk geleng-geleng tu kenapa?” Ainina tersenyum melihat Fazlin dia tahu rakannya hanya mendiamkan diri dari tadi bimbang dia akan menjadi lebih tertekan. Namun bagi Ainina, Fazlin tiada kena mengena antara masalah dia dan Ilham jadi emosinya terkawal jika dengan Fazlin.
“Pelik aku dengan kau ni beriaya-iya menangis tadi sekarang kau boleh tersenyum, siap ajak aku makan lagi. Kau okey tak  ni?” teruja dengan sahabatnya itu.
“Aku dah okey aku menangis sekejap je. Bila aku dah luahkan semua aku dan bila aku dah penat keadaan akan menjadi seperti biasa. Kau jangan risau okey, aku  memang macam ni kalau kau tak biasa dengan aku kau akan cakap aku gila.”
“Yelah aku nampaklah jugak kegilaan kau tu.” Fazlin cuba berseloroh.

            Keesokan harinya sewaktu di kelas sengaja Ainina masuk ke kelas sedikit lambat agar dia tiada masa untuk melihat je arah Ilham. Selesai sahaja waktu kelas Ainina segera menarik tangan Fazlin agar segera meninggalkan kelasnya supaya tidak terserempak dengan Ilham. Pembukaan semester baharu kebanyakan daripada rakan-rakannya tinggal di rumah sewa di luar kawasan Politeknik. Ilham juga menyewa di luar bersama-sama Arif.

‘Lin tolong cakap kat Ai aku mintak maaf’ Ilham menghantar mesej kepada Fazlin.
“Ai cuba kau baca ni.” Fazlin menunjukkan mesej yang diberikan oleh Ilham.
“Kenapa dia tak cakap sendiri kat aku? Kau balas kau cakap macam ni tiada maaf bagimu.”
‘Nina cakap tiada maaf bagimu...’
“Kesian dia Nina. Dia tak berani nak bagitau kau tu.
“Ada aku kisah? Lin aku pernah kecewa dulu bila kekasih aku dulu biarkan aku sendirian dekat poli ni. Sedikit pun dia tak hiraukan aku. Bila aku merajuk baru dia terhegeh-hegeh nak cari aku. Sampai satu tahap aku dah bosan dengan dia. Bila banyak sangat aku pendam rasa, rasa rindu aku dekat dia dah bertukar jadi sakit hati. Akhirnya aku buat keputusan untuk berpisah. Ilham datang dalam hidup aku sebagai sahabat. Memang aku anggap dia macam kawan baik aku. Aku luahkan segala suka duka aku pada dia. Aku tahu pada masa itu, dia menganggap aku lebih daripada sahabat. Tiba-tiba dia menjauhkan diri dia daripada aku. Aku tak nak perkara yang sama berlaku. Kalau aku berbaik dengan dia lagi, tak mungkin dia akan lupakan aku jugak nanti. Dia nampak macam lembut tapi dia ada ego dia sendiri. Jadi aku tak mahu dengan lelaki ego. Kau fahamkan maksud aku? Jadi aku tak akan bagi peluang lagi. Memang aku nekad aku tak akan berbaik dengan dia lagi. Kalau aku okey dengan dia lagi mungkin sebagai kawan, bukan kawan baik tapi kawan sekelas.” Ainina telah membuat keputusan untuk terus menjauhkan diri daripada Ilham. Jika Ilham membuat keputusan dulu untuk menjauhkan diri daripadanya, dia juga akan turut melakukan perihal yang sama. Dia tidak mahu bersua-sua dari dia terus sakit hati lebih baik dia mngambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.



No comments:

Post a Comment