Wednesday 4 March 2015

bab 11







Ilham dan Arif menunggu Ainina dan Fazlin setelah selesai sahaja kelas Kejuruteraan Kadastral untuk pulang ke asrama seperti selalu. Seperti biasa sebelum mereka pulang ke asrama perkara yang selalu mereka lakukan adalah singgah ke kafeteria yang berhampiran dengan perpustakaan untuk makan. Setelah selesai makan barulah mereka akan bergerak pulang ke asrama. Untuk ke asrama mereka perlu melalui jalan yang agak tinggi yang memerlukan mereka berjalan seolah-olah mendaki.  Sesampai sahaja di jalan yang paling tinggi Ilham memberi cadangan untuk berehat sebentar kerana kakinya sudah lenguh dek kerana mendaki bukit tadi. Jika mereka dari cafe, mereka akan melalui jalan pintas yang terdapat dibelakang pustaka. Jalan itu cuma laluan kecil  yang mempunyai ketinggian lebih kurang 10 meter. Jadi mereka perlu memanjat bukit yang agak curam itu. Mereka singgah di salah sebuah bangku yang diperbuat daripada batu yang telah disediakan disepanjang jalan untuk menuju ke asrama. Sambil mereka berbual-bual Fazlin mencadangkan supaya mereka bergambar. Pelbagai gaya yang digayakan mereka, ada yang melucukan, ada yang tertib dan ada pula gaya yang bersahaja. Ilham meminta Arif supaya menangkap gambarnya bersama Ainina. Arif mengenyit matanya ke arah Ainina. Ainina faham benar akan isyarat Arif itu. Setelah hampir satu jam mereka berada akhirnya mereka bergerak pulang ke asrama masing-masing.
“Am aku nak tanya kau sikit boleh tak?” Arif bertanya ketika dia dan Ilham berjalan berdua menuju ke bilik asrama mereka.
“Ni apahal pulak nak tanya aku minta izin dulu kalau tak kau main redah je.”
“Kau dengan Ainina tu ada apa-apa ke?”
“Kau sibuk kenapa?” Ilham tahu Arif mahu mengorek rahsia hatinya.
“Aku tengok kau rapat dengan Ainina semacam je.”
“Kenapa aku tak boleh rapat dengan dia ke?”
“Bukan kalau kau ada apapun apa salahnya kau berdua pun aku tengok sepadan je. Aku tengok dari cara kau layan dia dan dia layan kau aku dapat rasakan yang korang berdua ni suka sama suka. Alah lagipun kau dengan dia sama-sama single.” Arif cuba memancing reaksi Ilham.
“Arif kalau aku ada hati dengan dia sekalipun aku tak akan bagitahu kaulah.” Ilham tidak selesa untuk berbicara soal hatinya kepada sesiapa.
“Kenapalah kau orang ni tak mahu berterus terang saja pelik lah aku. Bila aku tanya Ainina pun dia pun macam kau jugak. Padahal korang ni suka sama suka apalah yang kau nak tunggu lagi nanti Ainina dikebas orang baru kau putih mata.”
“Kau cakap apa tadi? Kau tanya Ainina? Kau tanya dia apa Arif? Kenapa kau pandai-pandai tanya dia tanpa kau tanya aku dulu?”
“Aku tak ada cakap apa, aku tanya dia macam aku tanya kaulah.”
“Kau cakap apa lagi dekat dia? Mesti kau cakap aku sukakan diakan?”
“Aku tak cakap apa-apa, lagipun kau tak ada cakap apa perasaan kau dekat dia dengan akupun kan? Cuma aku cakap yang aku rasa kau sukakan dia saja. Ilham kau jangan bimbanglah aku yakin kau tak bertepuk sebelah tangan.”
“Apa kau cakap ni? Kenapa kau pandai-pandai buat keputusan hah? Kau tak faham hubungan kami macammana. Aku tak mahu Ainina anggap aku ambil kesempatan sebab dia dah putus dengan bekas teman lelaki dia. Aku tak suka juga kalau dia cuma nak jadikan aku sebagai tempat sandaran dia. Aku nak bagi masa untuk dia menilai aku, dan aku juga nak nilai diri dia. Aku tak nak kalau aku bercinta dengan dia, hubungan aku dah tak macam aku berkawan dengan dia. Kalau aku berkawan dengan dia aku boleh berkongsi apa saja. Arif, aku tahu diri aku macam mana. Aku tak perlukan kau untuk mengatur hidup aku. Aku tak mahu buat keputusan terburu-buru. Kenapa kau buat macam ni hah?” Suara Ilham sedikit meninggi dia tidak suka bila ada orang yang cuba untuk mengatur hidupnya.
“Aku bukan nak mengatur hidup kau. Aku cuma nak korang bersatu kalau korang betul-betul suka sama suka. Kau tak boleh buat andaian macam tu sebelum kau cuba dulu Ilham.”
“Tak perlu. Aku tak perlukan bantuan kau Arif  terima kasih sajalah.” Ilham pergi meninggalkan Arif tanpa pamitan.

            Setelah kejadian itu, Ilham menjauhkan diri daripada Arif, Ainina dan Fazlin. Perubahan Ilham menghairankan Ainina.  Ainina hanya mendiamkan diri, dia beranggapan Ilham mempunyai masalah dan mahu bersendirian. Ainina memberikan Ilham waktu namun Ainina dapat rasakan sesuatu telah berlaku apabila Ainina memandang Ilham dan cuba untuk senyum kepada Ilham, Ilham mengalihkan pandangan ke arah lain. Sudah hampir tiga hari Ilham bersifat begitu. Puas Ainina berfikir apa punca Ilham tiba-tiba bersifat sebegitu. Ainina bimbang jika dia adalah punca Ilham menjadi seperti itu. Berpuluh sms dihantar kepada untuk meminta penjelasan namun tiada satu pun yang dibalas. Jika Ainina menelefon Ilham, Ilham akan segera mematikan telefonnya. Kini hilang terus bayangan Ilham. Jika dulu ke mana sahaja mereka pasti berempat. Sekarang cuma mereka bertiga. Tiada lagi Ilham yang akan sentiasa menanti Ainina untuk pulang ke asrama, tiada lagi kata-kata selamat pagi daripada jejaka itu tiada juga kata-kata selamat malam.
“Arif aku nak tanya kau sikit boleh?” Ainina akhirnya bertanya juga kepada Arif. Jika diikutkan hatinya dia hanya mahu memendamkan saja. Tetapi semakin dia memendamkan perasaannya semakin sakit terasa di hatinya.
“Kau mesti nak tanya pasal Ilhamkan? Aku ingat kau pun macam dia dah tak nak cakap dengan aku?”
“Yelah pelik jugak aku kenapa dia tiba-tiba sahaja diam macam tu. Aku rasa aku tak ada buat salah apa-apapun dengan dia. Kalau dia ada masalah sekalipun cubalah cerita, kalau dia senyap macam tu mana lah orang nak tahu.” Ainina seolah beremosi.
“Sebenarnya dia  sakit hati dengan aku sebab dia tahu aku tanya kau hari tu pasal kau dan dia.
“Kalau dia bengang sekalipun kenapa dia buat aku macam ni? Aku tak fahamlah.”
“Alah kalau korang tak bagitahu orang pun, orang akan boleh rasalah kau orang memang suka sama suka. Yelah kalau dia tak suka sekalipun tak payahlah nak protes sampai macam ni.” Fazlin sedikit emosi.
“Betul tu Lin. Aku tak tahu pulak kenapa dia bengang dengan aku sampai jadi macam ni. Kenapalah korang nak merumitkan keadaan kalau korang berterus terang dari awalkan bagus. Tak adalah jadi macam ni. Maaf Ainina aku harap yang lain, lain pulak jadinya.
“Arif dia cakap apa masa kau cakap dengan dia hari tu?” Ainina cuba mengawal emosinya.
“Dia cakap dekat aku, dia takut kalau dia bercinta dengan kau keadaan korang akan berubah tak macam korang berkawan.”
“Habis tu dia buat macam ni keadaan tak berubah ke?” Fazlin menyuarakan rasa tidak puashatinya.
“Itulah yang aku tak faham sekarang ni Lin.” Arif menyambung. Ainina hanya mendiamkan diri. Otaknya ligat memikirkan masalah yang melanda mereka.


No comments:

Post a Comment