Friday 6 March 2015

Bab 21





BAB 21

Hanya tinggal dua hari lagi cuti pertengahan semester bagi semester dua akan berakhir. Setiap kali pulang ke kampung pasti berat hati Ainina untuk ke Kuantan kembali bag meneruskan kuliahnya. Tiada lagi semangat dia untuk meneruskan pelajaran. Bukan kerana dia tidak dapat menerima apa yang diajar oleh pensyarahnya, tapi dia sudah tidak seronok dengan orang-orang yang disekeliling. Dengan Fazlin yang menganggap dirinya seolah-olah musuh, dengan Ilham yang sering memerhatikannya dan sekarang dia perlu berhadapan dengan Irsyad pula. Ainina mengeluh sendiri mengenang insan-insan yang datang dan pergi dari hidupnya.

            Waktu pembelajaran berlangsung seperti biasa, Irsyad menegur Ainina seolah-olah tiada apa yang terjadi antara mereka. Ainina juga berlagak seperti biasa. Dia sebolehnya tidak mahu menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan antara dia dengan Irsyad.
“Sudah nak balik ke Nina?” Irsyad menegur Ainina setelah kelas tamat.
“Ha,ah. Saya balik dulu ye?” Ainina meminta diri untuk pulang ke rumah.
Okey. Jaga diri baik-baik.” Pesan Irsyad.
‘Nina jom kita keluar nak?’ ketika Ainina berada di dalam van untuk pulang ke rumah dia menerima mesej daripada Irsyad.
‘Bila?’ Ainina bertanya.
‘Malam ni boleh?’
‘Kenapa tak sekarang?’
‘Sekarang tak boleh nak abang pergi main bola jap’  Ainina pelik kenapa Irsyad masih membahasakan dirinya abang.
‘Tapi ada apa ya abang nak jumpa Nina?’
‘Ada benda sikit nak bincang.’
‘Pukul berapa? Kalau boleh jangan lewat sangat tau’
‘Okey lepas isyak abang datang ambik Nina.’
‘Okey. Kita nak pergi mana?’
‘Area bandar je, jangan risau Abang tak culik Nina.’ Ainina berfikir sejenak kenapa Irsyad masih mahu keluar dengannya perkara apa yang penting sangat yang mahu dibincangkannya.
‘Nina dah siap?’ Selesai Solat Isyak Irsyad menghantar mesej kepada Ainina.
‘Alamak Nina terlupa. Abang dah sampai ke?’
‘Belum abang baru je nak gerak. Siaplah dulu nanti abang tunggu.’ Tiba-tiba Ainina berasa berdebar apabila Irsyad akan datang menjemputnya.
“Wei Nina kau nak pergi mana ni?” Tanya Najihan apabila melihat Ainina sedang bersiap-siap untuk keluar.
“Aku nak keluar sekejap tau.”
“Kau nak keluar dengan siapa?” tiba-tiba Liyana masuk ke dalam bilik Ainina.
“Adalah tak boleh bagitau korang nanti korang bising.”
“Alah nanti kitorang tau jugak baik kau cakap.” Sambung Najihan
“Seganlah aku nak bagitau korang tengok sendirilah.”
“Siapa Ilham? Ke Irsyad?” Najihan cuba meneka
“Ilham? Kau ingat aku akan keluar dengan dia kalau dia nak keluar dengan aku?”
“Irsyadlah tu ye.?” Liyana pula yang meneka.
“Korang diam-diam tau jangan bagitau sesiapa kalau aku tau orang tau siap korang.”
“Apa pulak kalau kau jumpa dengan orang lain yang kenal kau macammana? bukan salah kitaorang tau.”
‘Abang dah sampai’ Irsyad menghantar mesej.
“Alamak dia dah sampai.” Seraya Liyana dan Najihan berlari ke arah tingkap untuk melihat siapa yang datang menjemput Ainina.
‘Lima minit.’ Ainina membalas mesej Irsyad.
‘Okey take your time.’
“Kan betul aku cakap Irsyad.”
“Aku pergi dulu tau.”
“Okey jangan lama-lama sangat tau. Jaga diri baik-baik.” Pesan Liyana.
Okey Yana.”

Irsyad tersenyum bila ternampak Ainina yang berjalan perlahan ke arahnya. Dengan hanya memakai baju Tshird lengan panjang berwarna hijau serta seluar jeans membuatkan Ainina kelihatan begitu bersahaja. Dengan tudung yang dililit kemas menutupi rambutnya menambahkan keayuan wajah Ainina. Ainina membalas senyuman Irsyad yang sedari tadi tersenyum kepadanya.

”Irsyad, jangan bawak Ainina jauh-jauh sangat cepat hantar dia balik kalau tak kitaorang kurung dia kat luar !” Laung Liyana daripada tingkat empat pangsapuri itu.
“Aku nak bawak dia lari ke Thailand.” Gurau Irshad. Ainina meletakkan jari di mulutnya ke arah Liyana dan Najihan menyuruh mereka diam.
“Takpa ke Nina? Abang hanya ada motor. Kereta tak mampu lagi motor ini pun mak ayah belikan.” Irsyad meminta kepastian daripada Ainina.
“Nina ingat abang datang naik kapal terbang tadi, Nina mana main naik-naik motor ni.” Sakat Ainina.
“Oh tak apalah kalau macam tu abang balik ambik kapal terbang dululah kejap.” Irsyad membalas gurauan Ainina.
“Tak apa ke ni?” Irsyad sekali lagi bertanya meminta kepastian Ainina.
“Ye... Tak apa. Kalau abang naik basikal sekalipun Nina naik.”
“Kalau macam tu Nina tunggu sini kejap abang balik tukar basikal.”
“Abang ni, macam-macamlah.” Ainina tergelak dengan lawak Irsyad.
“Jom abang nak bawak Nina ke suatu tempat.” Lantas Irsyad menyarungkan helmet ke kepala Ainina. Merona merah muka Ainina apabila diperlakukan begitu oleh Irsyad.
“Malulah tu ye?” Liyana dan Najihan tersenyum dari tingkap melihat aksi pasangan itu.

Irsyad membawa Ainina pergi ke tepi sungai yang dipanggil ‘Benteng’ oleh orang-orang Kuantan. Seperti kebiasaan warga Kuantan akan membanjiri kawasan itu untuk menikmati suasana tenang di benteng itu.
“Kenapa abang ajak Nina datang sini? Abang nak cakap apa?” Ainina bertanya sesampai mereka di Benteng.
”Abang nak cakap face to face dengan Nina. Abang tak nak mesej sebab abang takut apa yang abang nak cakap ni, tak sampai dan lari maksud.”
“Maksudnya?”
“Yelah kalau mesej, andai kata abang kata ‘tak boleh’ tapi abang tulis ‘boleh’ kan tu dah lari maksud dia.”
“Ada-ada je abang ni tau. Cepatlah cakap abang nak cakap apa?”
“Nina abang minta maaf sebab sebelum ni abang buat keputusan terburu-buru. Mesti Nina ingat abang nak mainkan perasaan Nina. Abang sebenarnya memang ikhlas nakkan Nina tapi bila abang teringatkan Ilham, abang rasa macam abang dah potong line dia pulak.”
“Abang ingat Nina ni wayar telefon ke potong-potong line? Abang Nina dengan Ilham tu tak ade kena mengena pun ye. Kami hanya berkawan baik dulu. Dulu ye, bukan sekarang so sekarang Nina dengan dia tak ada kene mengena.”
“Boleh abang tanya sesuatu? Jawab ikhlas tau.”
“Abang nak tanya apa?”
“Macam mana Nina boleh tak sebaik dulu dengan Ilham ye?”
“Nina pun tak tahu abang, tiba-tiba dia menjauhkan diri dia dan lama-lama kami dah tak berkawan langsung. So kalau Nina nak berkawan dengan siapa-siapa pun, tak ada kena-mengena dengan dia ye.” Ainina sedikit beremosi apabila terkenangkan lelaki itu.
“Amboi beremosi nampak? Sabar, dengar dulu apa abang nak kata ni. Dulu dia pernah bagitahu abang pasal hubungan Nina dengan dia terpisah. Dia sebenarnya sangat sedih dan tak tahu macam mana nak selamatkan hubungan Nina dengan dia.” Irsyad menceritakan segalanya kepada Ainina.
“Abang rapat ke dengan Ilham? Nina tak pernah tahu pun.”
“Bolehlah masa sem satu dulu dia selalu lepak bilik abang.”
“Oh, patutlah.”
“Nina sukakan Ilham lagi?”
“Abang, Nina sebenarnya tak suka lelaki macam Ilham tu. Dia penakut, tak berani nak menghadapi risiko. Nina tak nak perkara yang sama berlaku kepada Nina dengan ex Nina dulu. Jadi sekarang Nina memang dah buang dia jauh-jauh dari hidup Nina. Bukan Nina nak membenci dia tapi sebolehnya Nina nak mengelak untuk berhubung dengan lelaki macam tu.”
“Dia ada pesan dengan abang, agaknya dia perasan abang semakin rapat dengan Nina. Dia pesan jangan terlalu rapat dengan Nina.”
“Dia cakap macam tu? Kenapa dia nak cakap macam tu pulak? Nina berhak nak berkawan dengan sesiapapun. Siapa dia nak halang Nina? Dia yang jauhkan diri daripada Nina dan sekarang dia pesan dekat orang lain jangan rapat dengan Nina? Biar betul abang?”
“Sebab tu hari tu abang tarik balik lamaran abang. Abang fikirkan si Ilham tu sebenarnya abang tak nak dia kata abang khianati Nina. Abang memang nak tanya hari tu pasal ni. Abang dengar sebelah pihak kalau boleh abang nak dengar dari mulut Nina sendiri.”
“Abang boleh tak kalu kita tak bercerita pasal dia lagi? Hilang mood Nina.” Ainina sudah tidak mahu membincangkan soal Ilham. Baginya persahabatan dia dan Ilham memang tidak boleh diselamatkan lagi. Bukan salah dia semuanya berlaku. Ilham yang tidak tahu menghargai persahabatan yang terjalin antara mereka.
“Okey sekarang kita cerita pasal kita ye? So sekarang macam mana?”
“Macam mana? Macam mana apa?”
“Nina nak couple dengan abang tak?” Irsyad bertanya perlahan kepada Ainina. Tersentap Ainina apabila Irsyad bertanya soalan itu. Dia seperti tidak menyangka Irsyad seberani itu.
“Nina, Abang tak nak paksa Nina. Memang dah lama abang sukakan Nina sejak kali pertama abang tengok Nina abang dah terpikat. Tapi masa tu, abang tak berkesempatan. Sekarang, biarlah orang cakap abang apa pun abang tak nak lepaskan peluang yang ada ni. Abang tak nak menyesal di kemudian hari.” Bersungguh-sungguh Irsyad menyatakan hasratnya.
“Betul ke apa yang abang cakap ni?”
“Betul Nina, abang tak main-main soal hati abang. Nina boleh tak kita bersama?” Sayu mata Irsyad memandang ke mata Ainina meminta jawapan. Terasa panas muka Ainina apabila ditenung begitu oleh Irsyad.
“Nina ada masa tiga minit lagi untuk beri keputusan.”
“Jawapan Nina sama macam masa cuti hari tu.”
“Yang mana abang lupalah. Cuba cakap abang nak dengar.” Nina tersenyum sambil menganggukkan kepalanya tanda setuju.
“Cakaplah Nina abang nak dengar dari mulut Nina.”
“Ye abang, Nina setuju.”
“Alhamdulillah. Okey sekarang dah tepat pukul 12 tengah malam. Nurul Ainina Mohammad Dani sudikah dikau menjadi kekasih hati Mohamad Irsyad Azlan?” kali ini Ainina hanya mengangguk sambil menutup muka dengan tangannya malu dengan tindakan Irsyad itu.
“Sekarang berapa hari bulan ye?” Tanya Ainina.
“2 Mac eh dah masuk 3 Mac dah. Cantiklah tarikh anniversary kita 030307” Ainina tersenyum apabila Ilham terlebih dahulu berfikirkan perihal berikut. Sepanjang malam itu mereka bercerita tentang sejarah hidup mereka.
“Abang Nina nak tanya sikit ni.”
“Apa dia Ayang. Abang nak panggil Ayang boleh?”
“Ishk tak naklah seganlah.”
“Ala Ayang ni dengan abang pun nak segan, Abangkan dah jadi pakwe Ayang”
“Abang Nina malu, tak boleh nak sebut perkataan tu tak biasa.”
“Ayang nak tanya abang apa tadi?”
“Nina nak tanya Nina ni orang yang keberapa ye dalam hidup abang?” Irsyad membilang menggunakan jari tangannya disambung pula dengan jari kakinya.
“Tak ingatlah ayang ke 14 ke 15 macam tula. Tapi abang harap ni yang terakhir tau” Jawab Irsyad bergurau sambil mencuit hidung Ainina.
“Amboi nakal ye.” Ainina berkata sambil menarik telinga Irsyad.
“Adoi... abang gurau jelah... entahlah dulu zaman belajar kecik-kecik ramai lah biasalah budak hensem.”
“Perasan betul. So Nina ada banyak pesaing ni?”
“Tak adalah tu semua cinta monyet bukan betul sangat pun.” Tambah Irsyad lagi.
“Ramai sangat ke monyet bercinta dengan abang? Nina tak nak masuk dalam list tu tau?”
“Sampai hati ayang cakap abang bercinta dengan monyet.” Irsyad memuncungkan  bibirnya seolah-olah merajuk.
“Bukan Nina yang cakap, abang yang cakap tadikan?”
“Ayang, kenapa ayang terima abang? Apa keistimewaan abang di mata ayang?”
 “Abang dulu masa Nina dengan ex Nina, Nina rasa ni yang banyak berkorban untuk hubungan tu. Dia langsung tak mainkan peranan dia. Sejak dia belajar, dia seolah-olah lupakan Nina. Nina rasa hubungan kami terlalu hambar. Lama-lama Nina dah give up dan perasaan Nina dekat dia semakin menghilang dan akhirnya Nina nekad  putuskan hubungan kami. Sebab Nina dah tak nak buang lebih banyak masa. Abang sepanjang Nina kenal abang hampir dua bulan ni, Nina dapat rasa abang ada ciri-ciri yang Nina mahukan. Kiranya memenuhi kriteria Nina. Nina nak seorang yang menghiburkan hati Nina, Nina nak seorang yang sentiasa mengambil berat pasal Nina semuanya ada pada abang. Nina harap abang macam ni bukan sampai sini je tapi untuk esok, lusa minggu depan, bulan depan dan selama-lamanya.”
“Abang janji ayang, abang akan bersama ayang sampai bila-bila”

             






No comments:

Post a Comment