Friday 6 March 2015

Bab 25







Diam tak diam hubungan Ainina dan Irsyad sudah mencecah enam bulan. Dalam masa enam bulan ni terlalu banyak suka duka yang dilalui oleh mereka. Sejak kejadian itu, Irsyad tidak lagi membangkitkan isu Ilham. Tiada lagi pergaduhan yang menyakitkan hati Ainina lagi. Ainina sedar inilah hikmahnya dia bersabar dengan sikap Irsyad selama ini. Irsyad menerima dia seadanya, dia juga begitu menerima Irsyad apa adanya lelaki itu. Ainina akui dia cukup menyayangi lelaki itu sepenuh hatinya. Disangka panas hingga ke petang rupanya tiba mendung menjelma mengunjungi hubungan mereka. Suatu malam sedang Ainina sedang rancak berbual dengan rakan serumahnya dia menerima satu mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya.
‘Apa hubungan awak dengan Irsyad?’ Tanpa pamitan salam daripada si pengirim.
‘Awak ni siapa?
‘Saya tanyakan, so jawab sajalah.’
‘Apa hak awak nak tahu? Awak salam pun tak bagi, tiba-tiba terjah tanya soalan tu dekat saya. Awak aspek dengan cara awak macam tu saya akan jawab?
‘Saya orang terdekat dengan dia, so saya ada hak untuk tahu.’
‘Yelah orang terdekat, tapi siapa? Kenapa saya mesti jawab soalan awak? Awak jujur dengan saya, saya jujur dengan awak.’  Ainina cuba untuk bertoleransi.
‘Saya kakak dia.’
‘Ha? Setahu saya dia tak ada kakak.’ Ainina pelik dengan kenyataan si pengirim kerana setahunya Irsyad tidak mempunyai kakak kerana dia hanya memiliki seorang adik perempuan.
‘Saya kakak angkat dia. Saya nak tanya awak ke yang minta untuk couple dengan dia?’
‘Soryylah saya tidak tahu pulak dia ada kakak angkat bagai. Dia tidak pernah bagitahu saya. Mana awak dapat nombor saya?’
‘Kan saya dah cakap, saya orang terdekat dengan dia semua nombor kawan-kawan dia saya ada. Kenapa awak ni banyak tanya sangat jawab sajalah soalan saya.’
‘Awak tanyalah dia sendiri.’ Ainina membuat kata putus.
‘Awak yang terhegeh-hegeh kat dia apahal? Dulu dah buat hal, pastu minta couple balik. Lainkali jaga hati pasangan.’ Ainina pelik dengan apa yang cuba dikatakan oleh orang itu. Setahunya hubungan dia dan Irsyad baik sahaja.
‘Apa awak cakap ni? Sejak bila pula saya buat hal? Kenapa tiba-tiba awak nak marah dekat saya? Awak ni siapa? Awak ni bekas awek dia ke?’ Ainina bagai dapat rasakan bagai ada sesuat yang tidak kena.
‘Sorry ganggu, jaga hubungan baik-baik.... good night’
‘Saya tak ada masalah dengan Irsyad, awak ada masalah ke? Cara awak tak macam kakak dia... saya tak tahu kenapa awak nak marahkan saya,,, sorrylah saya tak berminat untuk bergaduh soal lelaki.’ Ainina mula terfikir pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Irsyad daripada pengetahuannya. Ainina  merenung kembali disepanjang perkenalan mereka ada tak perilakuan Irsyad yang meragui. Ternyata tiada yang diraguikannya. Namun apa yang Ainina perasan cuma satu, apabila Irsyad pulang ke kampung Irsyad seperti sentiasa mencari helah untuk tidak bermesej dengannya. Dia kata dia berkerja part time semasa cuti, dan pelbagai alasan lagi yang diberikan kepada Ainina namun Ainina tidak pernah meraguinya. Dia sentiasa mempercayai Irsyad dia tahu Irsyad tidak akan mempermainkannya.
“Abang tadi ada orang mesej ayang, marah-marah ayang. Dia cakap dia kakak angkat abang.” Ainina segera menghubungi Irsyad.
“Ha? Dia cakap apa dekat ayang?” Tanya Irsyad cemas.
“Dia tanya apa hubungan abang dengan ayang.”
“Habis tu dia ayang jawab apa kat dia?”
“Ayang cakap suruh dia tanya abang sendiri. Siapa dia tu abang?”
“Dia tu kakak angkat abang, masa dekat sekolah dulu dia sukakan abang. Abang tak suka pun dia. Nak pendekkan cerita abang ambil dia jadi kakak angkat abang.” Jawab Irsyad tenang.
“Macam mana dia dapat nombor ayang? Terkejut ayang tau tiba-tiba kena serang?”
“Entahlah ayang, agaknya dia suruh kawan abang ambik nombor ayang dalam telefon abang kot.”
“Oh macam tu cerita dia. Abang ni janganlah letak merata-rata telefon tu.” Tanpa mencurigai sesuatu.
“Ye ayang, ayang okey tak ni?” Irsyad bertanya untuk memastikan keadaan Ainina.
“Nina okey je abang cuma tadi terkejut sikitlah.

‘Salam Nina abang rasa abang nak berterus terang dengan Nina.’ Selang sejam daripada kejadian itu Irsyad menghantar mesej kepada Ainina. Tiba-tiba tangan Ainina menggigil. Panggilan Irsyad kepadanya telah bertukar bukan ‘ayang’ lagi tapi ‘Nina’
‘Apa dia abang jangan buat ayang takut.’
‘Abang rasa, baik kita putuskan saja hubungan kita.’ Ainina bagaikan tidak tahu apa yang sedang berlaku.
‘Tapi kenapa? Apa salah Nina?’ bagaikan mahu pengsan dengan permintaan Irysad.
‘Nina tak salah, tapi abang yang salah. Nina boleh terima ke kalau abang cakap selama ini abang bercinta dengan dua orang perempuan?’ Bagaikan ada belati tajam yang sedang menusuk-nusuk dada Ainina tika itu.

            Ainina hanya mampu terdiam, airmatanya berlumba-lumba membasahi pipinya. Bagaikan satu mimpi ngeri baginya di tipu hidup-hidup oleh lelaki yang diberikan sepenuh hatinya. Ainina tidak menyangka Irsyad memperlakukannya seperti itu, setelah dia memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepadanya. Selama ini tidak sedikit pun dia meragui kejujuran lelaki itu. Jelaslah kini perempuan yang menghubunginya dulu ialah teman wanita Irsyad. Pedih rasa hati Ainina bagi dihiris-hiris dengan kenyataan yang diberikan oleh Irsyad itu. Sungguh dia tidak menyangka Irsyad sanggup memperlakukan perkara itu kepadanya. Walaupun terlalu singkat hubungan mereka namun kesannya terlalu mendalam kerana seluruh hatinya diberikan kepada lelaki itu. Hatinya terasa bagaikan disentap laju. Dia tidak pernah diberi perhatian sepertimana yang dilakukan oleh Irsyad kepadanya. Dia merasakan dunianya gelap gelita. Itulah kekecewaan yang sebenar yang dirasakannya. Mungkin inilah yang dirasakan Muhaimin ketika dia memutuskan hubungan mereka dahulu. Ainina segera mematikan telefonnya. Dia tidak mahu Irsyad menghubunginya lagi. Hatinya betul-betul terluka saat itu. Ainina bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Di sejadah itu di mengadu segala-galanya kepada yang Maha Esa. Setelah dia beroleh sedikit ketenangan Ainina mencapai buku berkulit coklat yang sentiasa menemaninya dikala suka atau pun duka. Lalu dihayunkan pen ditangannya mencoretkan kata-kata yang membayangkan hatinya tika itu.
TUHAN... berikan aku KEKUATAN... aku bagai berada di penghujung... Berikan aku kekuatan SEMANGAT... berikan aku kekuatan FIKIRAN... berikan aku kekuatan IMAN... bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.... semuanya datang bertalu-talu... aku tak berdaya Tuhan... Kalau aku punya kuasa menghilang dan mengembalikan semula nafas ini... mahu saja aku lakukan buat seketika. Selagi nafas ini masih ada aku mesti melihat... mendengar... dan meneruskan kehidupan.... sedangkan kekuatan untuk meneruskannya aku tidak punya... saat ini aku berasa dikhianati... aku merasa hampa yang bukan sedikit... bantulah aku Tuhanku... aku benar-benar lemah dan tidak berdaya disaat begini... kalaulah ada seseorang disisiku saat ini mahu sahaja aku merebahkan kepalaku dibahunya... samada bercakap tentang keadaan aku tika dan saat ini... atau barangkali hanya meminjam bahunya buat aku lepaskan tangisan ini yang lahir dari hatiku yang cukup parah... Tuhan... bimbinglah aku ke jalanmu.... berikanlah aku kekuatan... agar tidak berbuat sesuatu yang bersalahan dari jalanmu... agar aku tidak memilih jalan yang salah... Tuhan... Selangkah ke menyebut namaMu...


No comments:

Post a Comment