Friday 6 March 2015

Bab 28







Sudah tiga hari Ainina mendiamkan diri. Mesej yang dihantar oleh Irsyad tiada satu pun yang dibalas. Jiwanya masih kusut. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Hatinya mahu kembali kepada Irsyad, namun akalnya masih mahu menilai sejauhmana kejujuran Irsyad. Aininna tahu sekiranya dia kembali kepada Irsyad pasti dia sudah tidak mempercayai lelaki itu lagi. Dia pasti mencurigai kejujuran lelaki itu. Selama ini, Irsyad selalu bersikap melindunginya. Irsyad sentiasa berpesan kepada Ainina supaya menjaga pergaulannya dengan lelaki lain. Irsyad melarang sama sekali jika dia berkawan rapat dengan mana-mana lelaki kerana bagi Irsyad tiada istilah kawan baik jika perempuan berkawan baik dengan lelaki. Sejak kebelakangan ini setiap masa di fikirannya hanya ada bayangan Irsyad. Kenangan mereka bersama suatu ketika dahulu bermain dibenaknya bagaikan rakaman video segalanya diputarkan semula. Segala kenangan suka duka mereka bersama. Ainina yakin pada ketika itu lelaki itu benar-benar menyayangi. Ainina mula berfikir, sudah hampir sebulan perpisahan mereka. Namun sedetik pun dia tidak dapat melupakan lelaki itu. Rasa hiba dihatinya tidak pernah hilang apabila terkenangkan lelaki itu. Ainina tahu dia tidak boleh hidup tanpa lelaki itu. Jiwanya bercelaru. Dia amat memerlukan lelaki itu dalam hidupnya. Sedikit sebanyak dia bagaikan termakan dek rayuan Irsyad untuk kembalikan kepadanya. Ainina tahu hatinya sangat merindui lelaki itu.

“Nina kau nak pergi mana tu?” Liyana bertanya kepada Ainina apabila dia melihat gadis itu sedang bersiap-siap untuk keluar.
“Aku nak pergi dekat taman tu.”
“Kau nak pergi dengan siapa?”
“Seorang sajalah.”
“Kau nak aku temankan?”
“Tak apalah, aku pergi seorang je nak pergi ambik angin.”
“Kau okey tak ni?”
Okey je. Kenapa kau tengok aku macam tak okey ke?”
“Tak adalah. Pergilah hati-hati ada apa-apa bagitau aku.” Liyana tahu Ainina sedang bersedih. Sejak hubungan dia dan Irsyad terpisah Ainina bagaikan hilang semangat. Jarang sekali dia melihat Ainina ketawa paling tidak dia hanya tersenyum apabila mereka cuba berlawak dengannya.

“Assalamualaikum.” Ainina terdengar ada suara lelaki memberi salam kepadanya ketika itu dia sedang mengelamun di atas buaian. Suaranya seperti pernah didengar. 'Suara ini lagi, kenapa suara ini yang harus aku dengar? Dalam mimpi aku, dalam khayalan aku.’ Ainina tidak berpaling ke arah suara itu sebaliknya dia makin jauh mengelamun jauh mengenangkan pemilik suara yang didengarnya. Terdengar-dengar suara ketawa milik suara itu. Tiba-tiba ada sentuhan lembut di bahunya.
“Jauh Ayang termenung?” Irsyad bergerak ke hadapan Ainina di tenungnya mata gadis itu dalam-dalam. Air matanya gugur satu persatu. Betapa dia merindui gadis di hadapannya. Mujurlah Liyana dan Najihan sudi membantunya memberi maklumat tentang pergerakan Ainina. Ainina hanya memandang kaku ke arah wajah itu. Wajah yang amat dirinduinya. Hatinya seakan menjerit memarahi lelaki di hadapannya itu kerana meninggalkannya namun suaranya bagai tersekat. ‘Inilah wajah yang amat aku rindui, inilah suara yang sentiasa bermain ditelinganya. Abang, kenapa abang sanggup tinggalkan ayang? Kenapa abang biarkan ayang sendirian? Abang ayang rindukan abang. Rindu sangat-sangat.’ Kata-kata itu hanya mampu bermain dihatinya. Dia tidak mampu untuk meluahkannya. Hanya mata mereka yang berbicara saat itu. Ainina mula mengalirkan airmata. Irsyad menjadi bertambah pilu. Satu perkataanpun tidak dituturkan oleh mereka.
“Ayang, maafkan abang. Abang tahu abang salah. Abang tak sanggup kehilangan Ayang. Abang rindukan Ayang.” Ainina hanya mampu memandang lesu ke arah lelaki itu. Di tenung wajah lelaki yang semakin cengkung di hadapannya. Di mata lelaki dapat dilihat betapa lelaki itu juga menderita.
“Abang tahu Ayang derita, abang pun turut derita kehilangan Ayang. Ayang, marilah kita tamatkan penderitaan kita. Abang dah tak sanggup hidup macam ni Ayang. Abang janji abang tak akan lukai hati Ayang lagi. Abang tahu semua ni salah abang. Kalaulah dari mula abang bagitahu sayang semua ni tak akan berlaku. Tolong beri abang satu lagi peluang.” Ainina hanya diam seribu bahasa.
“Ayang abang mahu jaga Ayang sepanjang hidup abang, abang cintakan ayang. Abang tak boleh hidup tanpa ayang. Tolonglah ayang cakaplah sesuatu ayang. Hukumlah abang. Abang sanggup terima apa saja hukuman dari ayang.” Ainina masih kaku di situ. Tiada satu perkataan pun yang lahir daripada bibir mungil gadis itu. Air mata Ainina terus-terusan mengalir malah semakin kuat.
“Sshhhh... jangan menangis lagi sayang abang janji abang tak akan biarkan airmata ayang mengalir lagi. Abang janji.” Hampir 15 minit Ainina masih membisu, Irsyad buntu.
“Ayang tak suka abang datang ye? Abang akan pergi selepas ayang buat keputusan, tapi sebelum tu abang nak ayang tahu bahawa di hati abang hanya ada ayang. Abang teramat rindukan ayang. Setiap saat dalam fikiran abang hanya ada ayang.” Lama Irsyad menunggu Ainina menuturkan kata-katanya namun gadis itu hanya membisu. Irsyad bangun dari tempatnya, diletakkan coklat cadbury kegemaran Ainina di buaian kosong sebelah buaian yang diduduk oleh Ainina. Mungkin Ainina mahukan ketenangan. Mungkin kehadirannya semakin membuat fikiran Ainina menjadi celaru.Irsyad mula mengorak langkah. Ainina menarik tangan Irsyad.
“Abang...” Akhirnya Ainina bersuara. Dia merindui lelaki itu. Dia sememangnya mahu melupakan segala keperitan yang dialaminya.
“Kenapa abang buat Nina macam ni?” diluahkan juga pertanyaan yang telah lama menghuni dibenaknya.
“Sayang, abang tak bermaksud untuk melukakan hati ayang. Cuma pada masa tu, abang buntu. Abang tak tahu nak buat apa pada masa tu. Ayang kita mulakan yang baru ye ayang. Abang janji abang tak akan lukakan hati ayang lagi.”
“Nina tak nak janji apa-apa. Nina takut dilukai lagi. Abang Nina takut jika kita terus bersama, Nina akan sentiasa dibayangi kisah ni. Nina akan sentia curiga pada abang. Abang tahu banyak kesannya pada hati Nina abang.” Satu-satu diluahkan Ainina.
“Ayang abang janji abang akan buktikan cinta abang untuk sayang. Abang tak akan ulangi kesalahan abang sayang abang janji.”
“Abang apa sebenarnya yang terjadi?”
“Abang akan cerita daripada awal, abang kenal dia melalui ‘laman maya’. nama dia Soffiya. Dia suka bersosial dengan kawan-kawan dia. Dulu sebelum hubungan kami mula bermasalah, abang pernah bagitahu dia untuk tidak terlalu bersosial. Ayang tahu abangkan, abang tak suka perempuan yang terlalu suka bersosial. Abang mula sakit hati bila dia cakap kat abang dia nak ikut kumpulan motor besar pergi ke Cherating. Abang dah cakap jangan pergi, dia pergi jugak. Abang memang sakit hati masa tu. Lepas tu abang mendiamkan diri, dalam masa yang sama abang jumpa Nina. Dia masa tu pun diam. Sampailah selepas dia dapat tahu abang dah ada ayang melalui kawan abang yang juga menjadi kawan dia. Dia hubungi abang semula dia cakap dia masih sayangkan abang. Tapi abang cakap abang sudah tak sayangkan dia. Dia cakap abang curang dengan dia sebab hubungan mereka tidak pernah putus sebab abang atau pun dia tidak pernah memberikan kata putus untuk hubungan kami. Sampailah dia mesej sayang. Lepas tu abang putuskan hubungan kami.”
“Habis tu kenapa abang putuskan juga hubungan abang dengan Nina?”
“Dia bengang sebab abang putuskan hubungan dia. Dia ugut abang kalau abang tak putuskan hubungan dengan ayang dia akan sebarkan cerita yang bukan-bukan dekat orang lain.”
“Abang buntu pada masa tu, abang tak berfikir panjang masa tu. Abang putuskan kedua-duanya tanpa abang fikirkan kesannya. Lepas abang putuskan hubungan dengan ayang abang rasa sangat kesal sebab ayang tak bersalah dalam hal ni. Abang tengok ayang makin berubah membuatkan abang makin kesal.” Dia memang tidak sanggup melihat apabila Ainina kembali intim dengan Ilham. Dia tidak dapat membayangkan keadaannya jika Ainina kembali bersama dengan Ilham. Dia akui hatinya milik Ainina. Irsyad semakin menyesal dengan tindakan apabila dia melihat Ainina menjadi berubah sepenuhnya dia ada mendengar bahawa Ainina pergi keluar untuk berkaraoke dan menonton wayang dengan Khairil yang juga merupakan rakan sekelasnya. Irsyad tidak mahu Ainina berubah menjadi yang lebih teruk kerana dirinya. Ainina terlalu baik untuk disakitinya. Dia akui sangat menyayangi wanita itu. Siang malam dia asyik memikir keadaan Ainina. Dia tahu wanita itu benar-benar menyayanginya. Dia tidak sanggup lagi melihat wanita yang di sayangi terus-terusan terluka cukuplah hanya sekali. Ainina penuh dengan kesabaran, kesabaran yang ada padanyalah yang membuatkan dia senang dengan gadis itu. Irsyad tidak mahu melepaskan gadis sebaik Ainina. Dia yakin hubungannya dengan Ainina boleh dipulihkan semula. Cuma dia perlu bersabar untuk memujuk gadis itu kembali kepangkuannya.

            Ainina melihat ada kesungguhan Isyad untuk memujuknya kembali. Hatinya yang beku seperti salju bagikan cair apabila melihat mata lelaki yang amat dirinduinya.
“Abang, janji dengan Nina tak akan lukakan hati Nina lagi.”

“Ayang abang janji abang tak akan lukakan hati sayang lagi. Abang tahu hati ayang cukup terlukakan? Maafkan abang.” Ucap Irsyad bersungguh-sungguh. Selang beberapa hari Ainina menerima panggilan telefon daripada ibu Irsyad. Irsyad telah memperkenalkan Ainina kepadanya. Ibu Irsyad dapat menerima dengan Irsyad dengan baik kehadiran Ainina. Ibunya memang menyokong tindakan Irsyad meninggalkan Soffiya kerana ibunya memang dari mula tidak berkenan dengan Soffiya. Walaupun Ainina hanya bercakap melalui panggilan telefon namun Ainina tahu ibu Irsyad seorang yang sangat baik, dia sangat perihatin terhadap anaknya. Ibu Irsyad hanya mengenali Ainina melalui gambar yang ditunjukkan kepada ibunya. Melihat layanan baik ibu Irsyad kepadanya, Ainina kembali yakin dengan Irsyad. Ainina sentiasa resah jika Irsyad pulang ke Kuala Lumpur. Dia bimbang jika Irsyad akan pergi berjumpa dengan Soffiya tanpa pengetahuannya. Bukan dia tidak mempercayai Irsyad namun pengalaman banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Kini Ainina sedar walau sebanyak mana pun dia menyayangi Irsyad, dia perlu untuk menyimpan sedikit rasa sayang untuk dirinya sendiri supaya dia lebih bersedia kelak. Dia akui kepercayaannya terhadap Irsyad sedikit goyah, Irsyad sedar mungkin ini hukuman yang perlu diterima atas tindakannya dahulu.

No comments:

Post a Comment