Wednesday 4 March 2015

Bab 13







Cuti semester bagi semester pertama telah pun bermula, Ainina hanya menghabiskan masa dengan berehat di rumah. Adakalanya seringkali juga Ainina bersama adik perempuannya pergi ke pantai yang berhampiran dengan rumahnya untuk menikmati keropok lekor, pisang goreng, ikan celup tepung dan banyak lagi yang sememangnya menjadi makanan kegemaran Ainina. Ainina sengaja mengambil tempat mengadap ke arah pantai. Tenang terasa jiwanya apabila melihat pantai ciptaan tuhan yang sangat mendamaikan itu.
‘Nanti dah sampai kata kampung apa aktiviti?’
‘Hmm... Aktiviti wajib Ai, pergi pantai makan ikan celup tepung. Orang Terenganu panggil ICT... Mmmm...yummy...!’
‘Rumah Ai dekat dengan pantai ke?’
‘Yup..’
‘Samalah dengan Am. Tapi kawasan rumah Am banyak ikan bakar. Ikan bakar ada tak dekat rumah Ai.’
‘Ikan bakar tak ada sangat, kalau ada pun jauh sikitlah... Yang banyaknya, ikan celup tepung, Sotong celup tepung, udang celup tepung semua yang celup-celuplah...’
‘Nanti bawak Am pergi sana ye?
‘Bila lah tu... Insyaallah...’
Tiba-tiba Ainina teringatkan perbualan dia dan Ilham di awal perkenalan mereka dahulu. Ainina terasa sunyi sejak hubungan mereka renggang secara tiba-tiba. Walaupun Muhaimin ada juga bertanyakan khabar itu pun bukanlah pada setiap hari. Sangkaan Ainina tepat walaupun dia setelah memutuskan hubungan dengan Muhaimin dan kini mereka hanya bersahabat kini, perangai Muhaimin sama sahaja seperti dulu tidak ada yang berubah. Ternyata tiada beza jika mereka berhubungan ataupun bersahabat. Memang benar kata orang kita tidak boleh mengubah orang kita suka menjadi apa yang kita melainkan orang itu sendiri yang berubah. Jadi Ainina tidak boleh memaksa Muhaimin untuk menjadi apa yang dia inginkan melainkan dia sendiri yang mahu berubah. Jiwa Ainina terasa kosong. Hatinya terasa sepi. Ainina mengeluh mengenangkan nasibnya.
“Hai Achik jauh termenung, terkenangkan yang jauh ke?” Tanya Azra adiknya yang dipanggil ‘kakak’ oleh Ainina dan keluarganya.
“Tak adalah kakak, saja je layan perasaan.” Jawab Ainina tersenyum.
“Teringatkan abang Mean lah tu.” Teka Azra.
“Ishhh kakak ni kacau je orang tengah nak berangan ni.” Ainina menjeling ke arah adiknya itu.
“Apalah berangan kat kedai makan ni kahwin dengan orang tua baru tahu.” Azra bercanda.
“Banyaklah kakak ni. Tu kalau menyanyi dekat dapurlah kahwin dengan orang tua.” Ainina tergelak apabila adiknya menjulingkan mata ke arahnya.
“Kakak dengar Achik dah putus ye dengan Abang Mean?” Azra mengorek rahsia kakaknya.
“Achik sekarang ni berkawan saja dengan dia kakak. Malaslah nak bercinta cintun ni sakit kepala fikir.”
“Achik dah ada pengganti Abang Mean ke?”
“Mana ade kakak, kan Achik dah cakap malas nak bercinta cintun ni.”
“Oh saham tengah turunlah ni.
“Diamlah!!!.” Ainina sedikit menjerit apabila aidiknya itu seolah-olah memerlinya. Ainina menundukkan wajahnya apabila menyedari orang ramai yang berada disekeliling melihat ke arah mereka.
“Tula Achik kan orang dah pandang kat sini. Malulah sikit.” Azra sempat masih tidak puas menyakat kakaknya.
“ Ni semua kakaklah punya pasal siapa suruh cakap macam tu kat Achik. Sudah cepat makan. Achik nak sambung berangan kat pantai tu.”
“Alah Achik relaks sudah petang masih muda.”
“Banyaklah masih muda. Nanti kalau kita balik lambat bising pulak mama ngan papa.”
“Manisla air ni Achik.”
“Minum jelah banyak komen pulak kakak ni.”


No comments:

Post a Comment