Wednesday 4 March 2015

Bab 12








Ainina berasa sebak dengan perubahan di antara dia dan Ilham. Dia kehilangan tempat untuk mengadu. Walaupun Muhaimin masih mengharapkannya, tetapi hatinya bagaikan telah tertutup untuk berhubungan dengan mana-mana lelaki. Ainina semakin sakit hati setelah dia memutuskan hubungan dengan Muhaimin, Ilham pula menjauhkan dirinya daripada Ainina. Mungkin Ilham menyangka dia memutuskan hubungan dengan Muhaimin kerana dia mahu bersama dengan Ilham pula. Bagi Ainina, masalah di antara dia dan Muhaimin tidak ada kena mengena dengan Ilham. Sebelum mengenali Ilham lagi dia memang mahu memutuskan hubungan dengan Muhaimin cuma dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk melakukannya.

            Airmata Ainina tidak semena-mena mengalir apabila mengenangkan Ilham. Pelik Ainina memikirkan dirinya kerana apabila dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Muhaimin dulu tidak ada pula dia menangis sebegini walaupun telah empat tahun dia mengenali lelaki itu. Persahabatan di antara dia Ilham yang hanya beberapa bulan ini membuatkan dia menangis sebegini rupa. Dia sebenarnya terkilan apabila persahabatan di antara dia dan Ilham terputus begitu sahaja. Pelbagai andaian bermain di benak Ainina.
‘Aku rasa Ilham ni dah ada awek ni sebab tula dia tiba-tiba je diamkan diri. Kalau betul dia ada awek pun cakap jelah kat aku, aku tak kisahlah ni dia tiba-tiba diam je macam ni ataupun aku ada buat salah ke dekat dia. Ishhh peninglah aku.’ Ainina bermonolog sendirian apabila memikirkan Ilham.

            Hari berganti hari kini semester pertama hampir tamat. Ainina sentiasa menanti Ilham kembali bersahabat dengannya seperti dahulu. Ainina sedih apabila setiap kali dia memandang Ilham, pasti Ilham akan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Seolah-olah benci untuk melihat Ainina, puas Ainina berfikir kenapa Ilham berubah begitu cepat. Hubungan Ainina dan Ilham membeku begitu sahaja. Walaupun terkadang terasa sunyi bila keseorangan tanpa teman. Ainina akhirnya pasrah dengan kehendak takdir siapa dirinya untuk memaksa Ilham bersahabat dengannya seperti dahulu. Ainina sudah malas mengharapkan apa-apa lagi biarlah Ilham dengan caranya. Hubungan Ainina dan Muhaimin pula masih seperti biasa tiada apa-apa perubahan. Muhaimin pula tidak lagi memujuk atau merayu supaya Ainina pulang kepadanya. Mungkin dia telah dapat menerima hubungan mereka kini hanya sebagai sahabat. Ainina sudah tidak lagi mahu memikirkan apa-apa lagi yang perlu difikirkan sekarang adalah peperiksaan akhir bagi semester satu semakin hampir dia perlu mengulangkaji pelajarannya dengan sebaik mungkin. Dia mahu kosongkan fikirannya saat itu. Dia tidak lagi mahu memikirkan soal Muhaimin, soal Ilham atau soal sesiapapun.

            Cuma tinggal beberapa hari lagi peperiksaan akhir akan bermula. Senarai nama bagi pelajar-pelajar yang berjaya tinggal di asrama untuk semester depan telah dipaparkan di papan kenyataan. Ainina sudah menjangkakan dia tidak akan tersenarai di dalam senarai itu kerana dia bukan seorang pelajar yang aktif untuk aktiviti yang diadakan di asrama. Dari awal kemasukannya ke asrama, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) asrama telah mengingatkan supaya mana-mana pelajar yang mahu terus tinggal di asrama semester hadapan perlulah mengaktifkan diri dalam semua aktiviti yang diadakan oleh pihak asrama. Di antara rakan-rakan sebiliknya hanya Shikin yang berjaya tinggal di asrama untuk semester hadapan. Ainina serta teman-teman sebiliknya Ziera, Nad dan Rina keluar pada hujung minggu untuk mencari rumah untuk sewa bagi semester hadapan. Setelah seharian mencari akhirnya mereka menjumpai rumah untuk disewa yang terletak di kawasan apartment Semambu, Kuantan. Memandangkan sewa rumah yang agak mahal Ainina mengajak rakan sekelasnya Fazlin, Liyana dan Najihah untuk menyewa sekali supaya senang untuk mereka pergi ke kelas untuk semester hadapan selain daripada mudah untuk mereka melakukan tugasan secara berkumpulan. Sehari sebelum mereka pulang ke kampung untuk bercuti semester, mereka memindahkan barang-barang dari asrama ke rumah berkenaan terlebih dahulu bagi memudahkan mereka nanti.

            Ainina tidak sabar untuk pulang ke kampungnya. Ainina bersama Nad dan Ziera menghabiskan masa berjalan-jalan sekitar bandar Kuantan sebelum menaiki bas pulang ke kampungnya. Semasa Ainina berjalan-jalan dia seolah-olah terlihat kelibat orang sedang mengekorinya. Ainina cuba untuk menoleh tetapi orang itu cuba menyembunyikan darinya. Daripada pemerhatian Ainina dia seperti mengenali susuk tubuh orang itu. ‘Ilham’ Ainina bermonolog sendirian di dalam hati. Ainina berlagak seperti tidak menyedari tingkah laku Ilham.
“Hoi Nina, kau ni dah kenapa? Dari tadi aku tengok kau duk tengok-tengok belakang ada apa?” tanya Ziera apabila menyedari Ainina seolah-olah sedang berada dalam keadaan gelisah.

“Wei, jom singgah kedai tu kejap minum dulu. Penat lah berjalan je dari tadi.” Ainina menunjukkan warung yang berada di tepi jalan itu. Selepas itu Ainina tidak lagi dapat mengesan jejak Ilham. 

No comments:

Post a Comment