Wednesday 4 March 2015

Bab 16







Dua hari lagi Ainina akan pulang ke kampung bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Malam itu Ainina mengajak Liyana dan Najihan keluar makan di warung kegemaran mereka yang terletak di laluan masuk ke pangsapuri mereka. Sedang mereka asyik menikmati makanan mereka tiba-tiba Najihan terlihat kelibat pelajar lelaki kelas mereka.
“Ainina cuba kau tengok dekat meja hujung tu, bukan ke budak-budak kelas kita tu?
“Yelah... tu macam Irsyad je.” Ainina menjawab.
“Siapa ye budak yang pakai baju merah tu?” Liyana pula bertanya.
“Entahlah aku kenal Irsyad je yang lain tu aku tak tahu nama. Aku ni sudah habis satu semester ni pun sekarang ni pun dah semester dua nama budak-budak kelas kita aku tak tahu. Yang aku kenal pun yang mana yang satu kumpulan dengan aku je semester lepas.” Celah Ainina.
“Kau ada tak nombor budak-budak tu?” Najihan bertanya.
“Jap aku tengok kalau tak salah aku semester lepas aku ada ambik nombor Irsyad sebab diakan ketua kumpulan aku subjek Ukur Kadaster ingat tak.”
“Aku memang tak ada ambik.” Tambah Liyana.
“Kau nak ke Najihan?”
“Tak payah lah bagi aku, cuba kau kacau Si Irsyad tu Ainina.” Najihan memberi idea.
“Syok jugak kalau kacau Irsyad tu, dia kan kecoh je.” Celah Liyana pula.
‘Hai Irsyad sedapnya makan tak toleh kiri kanan. Makan tak ajak pun.’ Ainina menghantar mesej kepada Irsyad seraya dengan itu mereka bertiga mengintip dari jauh reaksi Irsyad.
“Weh, Irsyad dah baca mesej aku. Tunduk karang dia perasan kita.” Mereka tergelak-gelak melihat gelagat Irsyad yang mencari gerangan orang yang memberi mesej kepadanya.
Irsyad dilihat memberikan telefon kepada kawan-kawan yang lain. Mungkin bertanya jika mereka mengetahui nombor si pengirim mesej berkenaan.
‘Hai, siapa ni?’ 
‘Adalah awak pun duduk dekat semambu ke?’ Ainina bertanya. Irsyad menoleh kanan dan kiri untuk mencari orang yang dikenalinya. Sementara itu Ainina, Najihan dan Liyana bergegas meninggalkan kawasan kedai makan itu.
‘Saya tak duduk kat sini, saya duduk dekat perumahan Datuk Rashid. Saya datang makan je kat sini. Siapa ni?’ Irsyad masih bertanya lagi. Ainina hanya membiarkan mesej Irsyad.
“Wei Irsyad mesej lagilah aku tanya siapa nak jawab ke tak ni?” Ainina segan bimbang jika Irsyad mengatakan dia gatal kerana mengganggunya.
“Cakap jela kau siapa.” Tambah Liyana.
“Karang dia cakap aku gatal plak.” Ainina berterus terang.
“Biar jelah mesej tu kalau macam tu.” Cadang Liyana
“Fuh nasib baik. Kredit aku habis.” Keesokan harinya Ainina duduk di kerusi sambil bersembang-sembang dengan Liyana dan Najihan sementara menunggu pensyarah membuka makmal untuk subjek amali ukur kejuruteraan. Tiba-tiba telefonnya berdering untuk seketika dan kemudian berhenti Ainina terlupa untuk mengubah setting telefonnye ke mode silent. Tidak lama kemudian berbunyi lagi.
“Oh awak rupanya Ainina yang mesej saya semalam ye?” Tiba-tiba timbul suara dari belakang Ainina. Irsyad menghampiri mereka. Ainina hanya tersenyum
“Oh saya ingatkan siapalah yang nak ngurat saya. Terkejut saya tau.”
“Tu idea si Liyana tu.” Ainina menunjukkan jarinya ke arah Liyana. Liyana hanya tersenyum.
“Pastu tak cakap-cakap siapa bimbang jugak kalau-kalau ada orang datang culik maklumlah orang hensem.” Irsyad seperti biasa bergurau. Mereka ketawa mendengar celoteh Irsyad yang kelakar itu.
“Perasannya. Nak cakap tiba-tiba kredit habis pulak itu yang tak boleh nak jawab tu.”
“Oh patutlah pun. Korang duduk kat semambu ke?” Tanya Irsyad.
“Ha,ah senang nak pergi kelas.” Ainina menjawab. Tidak lama selepas itu pensyarah yang mengajar mereka datang.
‘Boleh Irsyad simpan nombor Nina?’ Bunyi isyarat mesej telefon Ainina kedengaran. Mesej daripada Irsyad. Ainina memandang ke arah Irsyad sambil mengangkat ibu jarinya.
‘Lupa tak ada kredit ye?’ Seraya dengan itu, Irsyad menghampiri Ainina.
“Bolehlah ye?”
“Lor buat ape tanya saya terpulanglah kalau nak simpan, simpan. Kalau tak nak buang aje.”
“Ishk mane boleh buang awek ngurat saya tu semalam.” Ainina tergelak dengan kenyataan Irsyad itu. Dia tahu Irsyad hanya bergurau. Semua pelajar kelasnya mengetaui Irsyad memang kuat bergurau.
“Jahatlah Irsyad ni. Liyana tu suruh saya mesej awak. Segan saya tau.” Merah padam muka Ainina.
“Gurau sajalah. Sampai  merah muka dia.”
“Jangan bagi kat orang lain tau. Tak ada orang tahu nombor saya yang tu tau. Saya baru saja tukar nombor” Ainina mengingatkan Irsyad. Setelah dia nekad untuk tidak lagi rapat Ilham, Ainina telah menukar nombor telefonnya agar Ilham tidak lagi menghubunginya. Dikejauhan Ilham hanya memerhati pergerakan Ainina dan Irsyad yang berbual mesra sambil beriringan memasuki makmal tersebut.
“Boleh tak kalau Irsyad nak duduk dekat sini Nina?” Irsyad segera mengambil tempat di sebelah Ainina setelah gadis itu mengangguk tanda setuju.
“Tak tidur Irsyad semalam fikir siapa yang bagi mesej dekat Irsyad tau.” Sambung Irsyad.
“Takkanlah sampai tak tidur.” Bulat mata Ainina mendengar kenyataan Irsyad.
“Betul... kalau tak pukul 10 Irsyad dah tidur dah ni fikir sampai pukul 11 malam baru Irsyad tidur tau.” Bersungguh-sungguh gaya Irsyad.
“Awalnya tidur, tak bujang lah tidur awal-awal Liyana yang sedari mendengar perbualan mereka mencelah.”
“Yelah aku fikir siapa yang hantar mesej kat aku. Kalau aku tahu Ainina dah mimpi dah aku. Kau tak tahu Yana” Ainina terkejut apabila Irsyad terus menukarkan bahasa ‘aku’ ‘kau’ apabila bertutur dengan Liyana tetapi apabila dengannya Irsyad membahasakan ‘Irsyad’ dan dia ‘Ainina’.

Sesi kelas bermula dan semua pelajar menumpukan perhatian kepada pensyarah yang mengajar. Ilham sekali sekala mengerling ke arah Ainina dan Irsyad yang kadangkala bersembang sambil tersenyum mesra di antara satu sama lain. Sesi pembelajaran akhirnya berakhir pelajar bersurai setelah kelas tamat.
“Nina dah nak balik ke? Tak nak pergi minum dulu?” Irsyad bertanya kepada Ainina.
“Tak nak lah Irsyad lain kalilah ye?” Ainina menolak perlahan pelawaan Irsyad. Ilham sengaja melintasi hadapan Ainina dan Irsyad yang berhenti untuk bersembang seketika. Ainina menyedari perbuatan Ilham berlagak seperti dia tidak menyedari kehadiran lelaki itu. Setelah meminta diri untuk pulang daripada Irsyad Ainina terus mendapatkan Najihan dan Liyana yang agak jauh meninggalkannya.
“Hmm... nampak gayanya Irsyad macam sukakan kau je Ainina.”
“Banyaklah kau. Dia kan memang macam tu dengan semua orang dia macam tukan? Dia memang suka buat lawak kan?” Ainina menafikannya.
“Ainina kau tak perasan ke dengan kau bukan main lagi ‘Irsyad ‘Nina’ bila aku mencelah je terus dia ‘aku’ ‘kau’ dengan aku.” Kata Liyana.
“Alah kau ni janganlah salah anggap wei. Dia dah ada aweklah. Semester lepas aku pernah ternampak dia letak gambar awek dia dekat wallpaper telefon dia.” Ainina segera teringat kepada insiden dia dan Fazlin pernah melihat telefon Irsyad pada suatu ketika dahulu.
“Ainina kau tak tahu Ilham tengok kau macam nak guling mata dia tau.” Liyana yang sememangnya mengetahui cerita disebalik persahabatan Ainina dan Ilham dulu terperasan dengan reaksi lelaki yang pernah bersahabat baik dengan temannya itu.
“Lantak dialah Liyana, aku malas nak ambik tahu pasal dia.”
“Nampak sangat dia macam jeles kau dengan Irsyad. Dalam hati aku cakap padan muka dia.” Najihan pula menambah.
“Kau pun tengok ke muka si Ilham tu Jihan?” Liyana bertanya kepada Najihan.
“Tadi masa aku cuit kau tu, aku nak suh kau tengok tulah. Sekali aku tengok kau dah tengok dekat mamat poyo tu.” Tambah Najihan.
“Pandailah korang ni, aku tak perasan pun.” Kata Ainina
“Kau mana nak perasan asyik tergelak melayan si Irsyad tu.”
“Irsyad tu kelakar, En. Zikri cakap sikit ada saja diolah manalah aku tak tahan nak tergelak. Aku rasakan awek dia kan mestilah asyik tergelak je bila dengan diakan.”
“Kalau dia nak dekat kau, kau terima tak Ainina?” Soal Liyana.
“Habis awek dia kau nak campak kat mana?” Cantas Ainina.
“Kalau dia tak ada aweklah?”
“Aku tak kisah asalkan dia ikhlas dengan aku dan tak main-mainkan perasaan aku. Aku terima saja tapi kalau boleh kalau ada siapa-siapa nak kenal dengan aku, aku nak berkawan dengan dia dulu barulah aku buat keputusan. Aku tak nak terburu-buru buat keputusan lagi.” Jelas Ainina.
“Wei Fazlin tadi kenapa? Aku tengok dia macam angin semacam je.” Najihan teringatkan peristiwa Fazlin menjeling ke arahnya.
“Entahlah agaknya dia marahkan kita rapat dengan Ainina kot.” Liyana mencelah.
“Biarlah Yana, Jihan. Aku dah malas nak gaduh-gaduh dengan orang. Dia dah ada cara hidup dia. Biarkanlah dia, kalau kita tegurkan nanti kata kita jeles plak.” Ainina turut menyedari reaksi Fazlin pagi tadi yang masam mencuka. Memang sengaja Ainina tidak menegurnya kerana Ainina berkecil pada Fazlin yang sering memarahinya tanpa mengetahui apa salahnya kepada gadis itu.
“Yana, Jihan terima kasih sebab kau sudi kawan dengan aku. Aku kalau korang pun tak nak kawan dengan aku, aku rasa aku berhenti je kot.”
“Ishk kau ni Abang Syadkan ade kawanlah dengan dia.” Liyana berseloroh.
“Abang Syad tu siapa?”
“Alah kau ni Irsyadlah siapa lagi. Pakwe baru kau tu.”
“Banyaklah kau dengar budak-budak kelas kita mampus aku.” Ainina menepuk bahu Liyana.
“Tapi aku serius la Irsyad tu memang suka kat kau Ainina”

“Ah malas aku nak dengar tu van along kau dah sampai tu Yana.” Ainina segera mempercepatkan langkahnya mengejar van yang sering mereka naik untuk pulang ke rumah. Ainina sememangnya rapat dengan pemandu van berkenaan kerana selain daripada memandu van dia juga merupakan orang tengah di antara dia dan tuan rumah sewanya. Dia akan membayar duit rumah sewanya kepada along dan along akan memberi duit tersebut kepada tuan rumah. Along juga turut menjaga dari segi penyelenggaraan rumah yang mereka sewa kini.

No comments:

Post a Comment