Friday 6 March 2015

Bab 26







Sudah dua minggu Ainina menjauhkan diri daripada Irsyad. Dia terlalu kecewa dengan apa yang telah dilakukan Irsyad terhadap dirinya. Semua rakan-rakan dalam kelasnya mengetahui masalah yang dihadapi oleh Ainina dan Irsyad. Ainina bagaikan mahu membalas dendam kepada Irsyad kerana telah mempermainkan perasaannya. Hidup Ainina menjadi terumbang ambing. Dia bagaikan hilang arah. Jika ada yang mahu berkawan dengan Ainina, Ainina pasti bersetuju. Pernah sekali Ainina keluar untuk menonton wayang dan berkaraoke dengan dua orang lelaki kelasnya. Ainina sudah lari dari kehidupannya yang sebelum ini yang terlalu menjaga batas pergaulannya. Hatinya terlalu terluka dengan perbuatan Irsyad.

            Sejak seminggu lalu Ilham kembali berbaik dengan Ainina. Hubungan mereka menjadi rapat seperti dahulu. Setiap masa pasti Ilham akan menghubunginya. Walaupun Ilham datang dalam hidupnya kini, namun perasaannya terhadap Irsyad masih belum dapat dia lupakan. Dia hanya mahu membalas dendam terhadap Irsyad. Dia tahu Irsyad pasti sakit hati jika mengetahui hubungan dia dan Ilham kembali Intim seperti dahulu. Airmata Ainina pasti mengalir sekiranya dia mengingati Irsyad. Dia tidak menyangka Irsyad memperlakukan seperti itu kepadanya setelah dia memberi sepenuh hatinya kepada lelaki itu. Cintanya buat lelaki itu cukup utuh, sehingga kehadiran Ilham dalam hidupnya pun tidak memberikan kesan kepada hatinya. Tidak sedikit pun berganjak cintanya untuk Irsyad di hatinya. Cintanya untuk Irsyad tetap teguh di situ. Ainina cuba untuk berlagak tenang jika berada di depan Irsyad. Jika dia terpandang akan kelibat Irsyad, segera  dia akan memalingkan mukanya ke arah lain.
“Nina....” Irsyad memanggil Ainina apabila dia terserempak dengan Ainina ketika mereka berada di makmal untuk mengambil peralatan ukur bagi subjek Ukur Kadaster. Namun Ainina hanya memekakkan telinganya. Dia tidak mahu mendengar apa-apa daripada Irsyad.

            Nombor telefonnya telahpun ditukar kepada nombor baru. Ainina menyuruh Ilham membelikan nombor telefon yang baru untuknya supaya Irsyad tidak lagi menghubunginya. Hatinya terlalu keras kini. Dia mahu Irsyad tahu betapa dia terluka dengan apa yang telah dilakukan kepadanya. Ainina sebolehnya cuba untuk mengelakkan diri daripada Irsyad. Ainina tahu Irsyad cuba untuk menerangkan perkara yang sebenar kepadanya. Namun dia belum bersedia untuk mendengar apa-apa penjelasan daripada Irsyad. Dia belum bersedia.
“Ai, Am ada sesuatu yang  Am nak cakap dekat Ai.” Ilham mendapatkan yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke kafe.
“Apa dia?”
“Am nak mintak maaf atas apa yang telah terjadi kepada kita dulu. Boleh kita bersahabat macam dulu?”
“Am benda tu dah lama berlalu. Ai sudah lama maafkan Am.” Hubungan Ainina dan Ilham kembali seperti sedia kala cuma perasaan Ainina terhadap Ilham tidak seperti dulu. Walaupun Ilham telah kembali dalam hidup Ainina tetapi di dalam hatinya Irsyad masih bertakhta. Perasaan Ainina sedikit pun tidak dapat menghakis rasa cintanya kepada Irsyad. Ainina tidak mampu untuk melupakan Irsyad. Walaupun Ilham setiap saat akan menghubunginya, namun itupun belum mampu untuk menghakis rasa cintanya buat Irsyad. Betapa kukuhnya cintanya buat lelaki itu.
“Ai, sebenarnya Am pelik sangat macam mana Ai boleh bercinta dengan Irsyad tu.”
“Kenapa Am cakap macam tu?”
“Yelah Am pelik macam mana orang yang macam Ai boleh bercinta dengan lelaki macam Irsyad tu.”
“Maksud Am?”
“Macam ni tau, dulu masa semester pertama dulu kitaorang memang selalu keluar ke bandar masa kita duduk asrama dulukan. Kitakan dulu tak ada motor, so kitaorang keluar naik baslah macam biasa. Pastu dia duduklah sebelah ada seorang budak perempuan ni, dia sembang punya sembang sekali dia mintak je nombor telefon terus dapat. Senang betul dia ayat perempuan tu. Memang dia pandai lah meng’ayat’ perempuan ni. Am ni tak pandai macam dia. Dulu masa Am nak nombor Ai pun Am tak berani nak mintak nombor Ai. Tu pun nasib baik Am minta dengan Haiza, kalau tak sampai ke sudahlah Am tak tahu nombor Am.” Ilham cuba memburukkan Irsyad. Ainina terkenangkan saat pertama kali dia mengenali Irsyad. Memang lelaki itu cukup berani.
“Am, apa kena mengena cerita Am tadi dengan Ai pulak?”
“Yelah Am jadi peliklah macam mana Ai boleh bercinta dengan lelaki yang playboy macam tu. Tiba-tiba saja Am dengar Ai bercinta dengan dia. Am memang terkejut pada mulanya.” Kata Ilham. Namun kata-kata Ilham tu semakin menghiris-hiris hatinya. Di hatinya menafikan segala kata-kata Ilham. Dia rasakan bagai mahu menutup telinga tidak sanggup untuk mendengar tohmahan kepada Irsyad kerana hatinya sangat mencintai lelaki itu. Dia sendiri tidak faham dengan hatinya walaupun Irsyad telah melukai hatinya namun perasaan benci tidak hadir. Malah hatinya semakin merindui lelaki itu.
“Dah nasib Ai agaknya.”
Ainina mahu bersendirian. Ainina tahu Ilham cuba menarik perhatiannya daripada mengingati Irsyad. Dadanya terasa sebak. Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Ilham bagaikan semakin membakar hatinya. Ainina cuba untuk bertahan. Dia tidak mahu menitiskan airmatanya di hadapan Ilham.
“Tapi sejak dia mengenali Ai, Am nampak perubahan Irsyad. Dia dah tak macam dulu. Dia tak pernah bercerita tentang mana-mana perempuan melainkan Ai. Masa tu Am berdoakan supaya dia tidak mensia-siakan insan seperti Ai”
“Sudahlah Am. Tak payahlah kita bercerita pasal dia lagi. Ai nak balik dulu, kita jumpa esok”
 “Ai tak nak makan dulu?”
“Ai tak lapar Am.”
“Bukan Ai cakap Ai nak makan tadi?”
“Tadi Ai lapar, sekarang Ai sudah tak ada selera.” Ainina segera sedikit berlari mengejar van along yang kebetulan berhenti di perhentian bas di hadapan fakulti perdagangan.
Bye Ai. Hati-hati.” Ilham tahu Ainina masih belum dapat melupakan Irsyad. Ilham sedaya upaya cuba untuk mendapatkan kembali hati Ainina dia tidak mahu peluang yang ada ini disia-siakan. Ainina pasti akan jadi miliknya kelak. Wanita itu terlalu istimewa di matanya. Selama ini jiwanya amat terseksa. Dia tidak sanggup melihat wanita idamannya dikhianati oleh lelaki lain.

            Ainina sedar apa yang terjadi dalam hidupnya kini ada hikmahnya. Salah satunya hubungan dia dan Ilham kembali seperti sedia kala. Jika tidak kerana peristiwa itu, pasti hubungan mereka tidak akan pulih seperti sedia kala.
“Ilham aku tahu hubungan kau dengan Ainina sudah rapat macam dulu. Tapi aku mintak sangat dengan kau, jangan rampas dia dari aku. Aku masih cintakan dia.”
“Kalau kau cintakan dia, kenapa kau buat dia macam tu?”
“Aku tahu aku salah, aku nak memperbaiki segala kesalahan aku. Ilham kau tolong aku please.” Irsyad merayu kepada Ilham.
“Irsyad kau sendiri yang cari masalh, pandai-pandailah kau selesaikan masalah kau.”
“Ilham aku nak nombor Ainina, aku tahu kau ada nombor diakan?”
“Aku tak boleh bagi, aku dah janji dengan Ainina tak akan bagi nombor ni dekat kau atau sesiapa pun.”
“Tapi aku betul-betil terdesak sekarang. Aku nak jelaskan dekat dia apa sebenarnya yang terjadi. Tolonglah aku Ilham, ataupun kau tolong sampaikan pesan aku dekat dia. Mintak dia bukak nombor lama dia.”
“Maaf Irsyad aku tak mahu khianati kawan aku. Aku tak boleh bagi nombor dia. Tapi pesanan kau aku akan cuba sampaikan.
“Ilham kau tolong bagitau dia aku masih sayangkan dia Ilham. Tolong Ilham, aku harap kau faham perasaan aku.” Matanya Irsyad sudah berkaca, dia tidak malu menyatakan perasaannya kepada Ilham supaya Ilhan tahu betapa dia menyayangi perempuan itu. Ilham tahu Ainina masih belum dapat melupakan Irsyad. Ilham juda tahu Irsyad masih menyayangi Ainina. Jika tidak, dia tidak akan datang merayu seperti itu kepadanya. Mungkin ada sesuatu yang telah terjadi kepada Irsyad yang membuatkan lelaki itu bertindak untuk memutuskan hubungannya dengan Ainina. Walaupun Ilham menyukai Ainina, namun dia tahu hati Ainina bukan miliknya. Dia tidak boleh mendesak gadis itu menyukainya.
“Ai, Am ada sesuatu nak cakap dengan Ai.”
“Apa dia?”
“Tadi Irsyad datang rumah Am.”
“Kenapa dia datang rumah Am?”
“Dia nak mintak nombor Ai daripada Am.”
“Am bagi?”
‘Tak, Am kan dah janji dengan Ai tak akan bagi nombor Ai dekat sesiapa.”
“Ai, Am rasa baik Ai bagi dia peluang untuk terangkan apa yang terjadi. Cuba bagi dia peluang dulu Ai. Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu dekat Ai. Am rasa dia masih sayangkan Ai. Am tahu dia terseksa dengan keputusan yang telah dibuat.”
“Am bagi Ai, semuanya dah jelas, dia tak perlu jelaskan apa-apa lagi.”
“Ai, bincanglah dengan dia baik-baik. Dia ada pesan dekat Am suruah Ai bukak nombor lama Ai.” Airmata Ainina mengalir perlahan, dia merindui lelaki itu. Bila dia tahu Irsyad berusaha untuk mencari jalaj mendekatinya semula Ainina terasa makin sebak. Dia terlalu rindukan lelaki itu. Ainina tak dapat menerima Irsyad meninggalkannya di saat rasa cintanya terhadap lelaki itu menggunung. Lelaki itu meninggalkannya dia saat dia sedang menikmati bahagia. Peristiwa itu berlalu begitu cepat sebelum dia sempat membuat sebarang persiapan.
“Ai, Am tahu Ai masih cintakan dia. Pada pandangan Am, tak salah kalau Ai bagi dia peluang.” Luluh hati Ilham menuturkan kata-kata itu. Walaupun pada ketika itu dia sedang merobekkan hatinya sendiri. Dia tahu dia perlu melepaskan gadis di hadapannya kini dari hatinya. Kerana cinta gadis itu bukan miliknya.


No comments:

Post a Comment