Friday 6 March 2015

Bab 29







“Wah beli telefon bari nampak?” Ainina berkata saja melihat Irsyad mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya.
“Alah telefon murah je. Kita mana mampu beli telefon mahal-mahal. Nina ambiklah guna telefon ni. Banyak lagi kredit dalam tu. Abang bukan guna sangat pun.” Sememangnya Irsyad sebegitu dia tidak pernah berkira dengan Ainina. Dia tidak merasakan apa yang diberikan kepada Ainina satu kerugian malah dia gembira jika Ainina gembira. Semakin hari hubungan mereka semakin pulih. Seperti dahulunya ke mana sahaja ada Ainina di situ akan ada Irsyad. Jika tidak bersama Irsyad, Ainina tidak akan keluar walaupun teman-teman serumahnya mengajak dia keluar. Banyak masa mereka dihabiskan bersama.

            Sudah hampir setahun sejarah hitam itu berlalu. Tiada seorangpun di antara mereka yang akan mengungkit kisah hitam itu. Ainina sebolehnya mahu membuang segala kenangan pahit yang menyakitkan hatinya itu. Dia tidak mahu hubungannya bersama Irsyad terjejas sekiranya dia mengingati peristiwa itu. Namun begitu Ainina sentiasa menyatakan kepada Irsyad kepercayaannya tidak seperti dahulu lagi. Irsyad sedar itulah hukuman yang perlu diterima atasa segala perbuatannya kepada Ainina dahulu. Walau bagaimanapun, Irsyad sentiasa menyakinkan Ainina hatinya hanya milik Ainina. Ainina tahu kesungguhan Irsyad dalam mengambil hatinya cuma tidak mahu akan menjadi terlalu kecewa sekiranya dikhianati lagi.

“Cantik Sweater.” Ainina sebaik sahaja dia melihat Irsyad memakai baju sejuk yang baru.
“Cantik ke? Ibu belikan. Jomlah kita nak pergi mana ni?” ketika itu mereka mahu berjalan-jalan menghabiskan cuti hujung minggu.
“Cantik abang. Abang nak bawak sayang pergi mana?”
Malam itu Irsyad memberitahu Ainina dia mahu tidur awal. Mungkin kepenatan setelah seharian menghabiskan masa bersama Ainina. Ainina seperti biasa akan menghabiskan masa dengan menonton cerita korea kegemarannya bersama rakan-rakan serumahnya.
“Weh.. mengantuklah pulak aku rasa. Aku tidur dululah.” Ainina segera masuk ke dalam bilik yang dikongsi bersama Liyana dan Najihan. Sebelum dia memejamkan mata dia membuka telefon yang diberikan oleh Irsyad kepadanya. Sudah seminggu telefon tu berada ada padanya tetapi tidak pernah pula dia meneroka apa yang ada di dalam telefon itu. Segala yang ada di dalam telefon itu dibuka, senarai nombor telefon, panggilan yang diterima, panggilan yang dibuat,  mesej yang diterima, mesej yang dihantar semua dibuka Ainina semuanya kosong. Yang ada cuma dua mesej yang dihantar. Ainina terus membaca mesej yang dihantar oleh Irsyad.
‘Sayang kat mana tu? Abang dah depan pintu ni.’ Tiba-tiba Ainina terfikir ada ke Irsyad menghantar mesej sedemikian kepadanya. Ketika itu tidak mencurigai apa-apa lagi.
‘Kirim salam dekat mak ye.’ Apabila dia membaca mesej itu barulah dia mencurigai ada sesuatu yang tak kena pada mesej itu kerana Irsyad tidak memanggil mamanya dengan panggilan mak sebaliknya mama.
Ainina memeriksa detail mesej itu, tersirap darahnya apabila didapati nombor yang tertera adalah bukan miliknya. Ainina segera menghubungi nombor itu.
“Hello siapa ni?” suara yang menjawab panggilan tersebut bertanya. Serak suaranya mungkin kerana sedang tidur maklumlah ketika itu jam telah menunjuk pukul 2 pagi. Berderau darah Ainina apabila orang yang menjawab panggilan itu adalah seorang perempuan. Ainina mula mengesyaki perempuan itu adalah bekas teman wanita Irsyad.
“Ni Soffiya ke?” Ainina mula bertanya, dia telah mengetahui nama sebenar bekas teman wanita Irsyad. Dia tahu wanita itu jugalah yang pernah menghantar mesej kepadanya suatu ketika dahulu.
“Ye saya... siapa ni ye? Sorry tak cam suara.”
“Ishk tak akan tak kenal kita kot, Soffiya nak tanya ni Soffiya dengan Irsyad lagi ye sekarang?” Ainina berlagak seperti mengenali wanita itu. Dia malas berteka teki dengan wanita itu. Niatnya hanya satu untuk mengetahui keadaan sebenar Irsyad dengan bekas teman wanitanya.
“Ha,ah dengan dia lagi. Ini Angah ye?” Wanita itu cuba mengagak nama si pemanggil. Setelah mendengar kenyataan itu bagai ada suatu pisau yang sedang menghiris-hiris hatinya.
“Yelah angahlah ni. Wah lamanya korang ye, dah berapa tahun ye korang?” Ainina masih cuba untuk mengorek rahsia dari wanita itu.
“Hmm.. dah nak masuk empat tahun dah.” Jawab wanita itu sambil ketawa kecil.
“Sebenarnya Soffiya saya Ainina, bukan angah. Terima kasih sebab awak berterus terang. Saya bukan berniat nak menipu awak, saya cuma nak tahu keadaan sebenar awak dengan Irsyad. Sorry sekali lagi sebab saya dah ganggu tidur awak.” Setelah segala persoalan yang bermain dibenaknya telah terjawab Ainina segera berterus terang. Sebelum hatinya menjadi semakin parah baiklah dia berhenti.
“Eh awak Ainina. Saya dengan Irsyad dah tak ada apa-apa. Saya ingat awak angah.”
“Tadi baru je awak kata awak masih dengan dia. Sekarang awak menafikan pulak. Saya tak faham dengan awak. Saya cuma nak tahu apa status awak dengan dia. Saya tak nak lagi perkara yang sama berulang. Kalau awak masih lagi sayangkan dia, cintakan dia saya akan lepaskan dia untuk awak. Saya tak mahu jadi perampas cinta orang lain. Awak berhak ke atas dia.”
“Saya dengan dia memang dah tak ada apa-apa percayalah.” Bersungguh-sungguh wanita itu menjelaskannya.
Okeylah Soffiya sorry sebab ganggu awak tidur. Assalamualaikum.” Ainina terus meletakkan telefon itu dan segera menghubungi Irsyad. Ainina menghubungi Irsyad telefonnya dimatikan. Ainina cuba untuk menghubungi rakan serumah Irsyad.
“Hello assalamualaikum Azali. Dah tidur ke? Sorry ganggu nak tanya Irsyad dah tidur ke?”
“Waalaikummussalam. Tak apa saya belum tidur lagi. Irsyad? Sekejap ye tadi rasanya dia belum tidur lagi. Irsyad awek kau telefeon.”
“Ha? Kenapa dia telefon kau pulak?” Ainina terdengar pertanyaan Irsyad kepada Azali.
“Manalah aku tau. Nah ambik ni.”
“Hello sayang.”
“Abang bukan cakap nak tidur ke tadi? Ni pukul dua tak tidur lagi abang tipu ye? Mana telefon abang? Kenapa abang matikan telefon abang? Nina call tak dapat. Abang tipu Nina lagi ye?” Ainina cuba mengawal emosinya.
“Telefon abang, abang cas. Abang kalau cas memang abang matikan telefon abang. Kenapa ni mana ada abang tipu sayang.” Irsyad mula merasakan ada sesuatu yang tak kena pada Ainina kerana dia membahasa dirinya Nina bukan sayang seperti selalu.
“Betul abang tak ada tipu Nina? Kalau Nina tahu abang ada tipu Nina macam mana?”
“Betul abang tak tipu sayang. Kenapa ni?”
“Nina ada terbaca mesej dalam sent item abang ni, abang dengar ni baik-baik ye. ‘Sayang kat mana tu? Abang dah depan pintu ni’ dan satu lagi ‘Sayang kirim salam dekat mak ye?’ Abang hantar dekat siapa? Mak mana abang?” bertalu-talu soalan daripada Ainina
“Abang hantar dekat Soffiya.”
“Baguslah abang dah mengaku. So sekarang ni ada apa-apa lagi abang nak bagi penerangan pasal mesej tu atau abang nak terus Nina bagi keputusan Nina?”
“Sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Memang abang ada pergi jumpa dia masa cuti hari tu, dia mesej abang suruh abang datang rumah dia ambik hadiah hari jadi abang.”
“Jadi baju sejuk yang abang pakai hari tu dia yang bagi? Bukan ibu?”
“Ye sayang bukan abang tak nak bagitau. Abang takut sayang marah nanti.”
“Apa yang janji abang hari tu masa abang nak pujuk Nina dulu? Apa yang abang dah buat sekarang?”
“Sayang, abang tak tipu sayang abang jumpa dia sekali tu je untuk ambik hadiah tu, sebelum tu memang abang tak pernah jumpa dia.”
“Tu jumpa, mesej?”
“Adalah sekali dua.”
“Maknanya abang masih berhubungan dengan dia lagi?”
“Ye memang kami berhubung lagi. Sebagai kawan sayang tolonglah percaya.”
“Kawan? Panggil sayang abang tu kawan? Tak pernah Nina dengar kalu kita berkawan kena panggil sayang abang?”
“Dia nak abang panggil dia macam tu.”
“Patutlah dulu abang panggil Nina ‘ayang’ sekarang abang nak panggil Nina sayang supaya abang tak tukarlah ye? Kalau dulu abang panggil Nina ayang abang asyik terpanggil Nina sayang je dan abang akan asyik tersalah topik je bila abang jawab mesej Nina sebab nilah ye? Tapi masa tu Nina bodoh tak ada syak wasangka langsung dekat abang. Nina terima je semua alasan abang. Sekarang abang rasa Nina akan terima ke selepas semua ni terjadi?”
“Sayang abang memang dah putus dengan dia. Kalau sayang tak percaya sayang tanyalah ibu.”
“Abang jangan nak perdayakan Nina. Sekali Nina dah ditipu tak mungkin Nina akan ditipu lagikan? Abang kalau betul abang sayangkan dia lagi, abang pergilah dekat dia Nina terima kalau memang dah tertulis jodoh abang dengan dia. Sekarang Nina yang rampas abang dari dia. Dia berhak untuk mendapatkan abang semula.” Ainina terus meletakkan telefon. Airmatanya mengalir perlahan semakin lama semakin laju. Dia tidak mahu lagi mendengar kata-kata Irsyad yang menjelaskan segala penipuan yang disembunyikan selama ini. Dia rasakan dirinya bodoh kerana menerima lelaki itu. Tidak dia menyangka Irsyad setegar itu mengkhianati dirinya. Namun Ainina perlu akur dengan ketentuanNya mungkin ini balasaan yang harus diterima kerana mengkhianati perasaan Muhaimin suatu ketika dahulu ataupun mungkin juga balasan kepadanya kerana dia telah merampas kebahagiaan Irsyad dengan Soffiya. Ainina perlu bangkit dia perlu tabah menerima segalanya. Kesakitannya yang dirasakan kini tidak seteruk dulu kerana untuk kali ini dia lebih bersedia. Kerana setelah peristiwa dulu Ainina seolah-olah tidak memberi sepenuhnya hatinya kepada Irsyad. Namun kepercayaan buat Irsyad hanya diberikan 50% tidak seperti dulu. Ainina tidak mematikan telefon bimbitnya sebaliknya hanya menukar mode telefon nye kepada silent mode. Hatinya benar-benar terluka dengan sikap Irsyad saat ini. Selama ini dia cuba untuk pulihkan semula kepercayaan dia kepada Irsyad. Dia cuba untuk membina keyakinan terhadap hubungan mereka. Namun Ainina rasakan segala usahanya hancur begitu sahaja. Hatinya bagai dirobek-robek setelah mengetahui selama ini dia masih lagi ditipu hidup-hidup.

Ainina sedar di antara dia dan Irsyad ada insan lain. Dia perlu menerima hakikat di hati Irsyad ada insan lain. Ainina perlu pasrah untuk melepaskan Irsyad jika benar di hati lelaki itu ada insan lain. Ainina tidak akan memaksa lelaki itu untuk mencintainya lagi. Ainina sedar cinta itu tidak boleh dipaksa. Dia tidak mahu terlalu pentingkan dirinya sendiri, dia tidak mahu ada insan yang menderita disebalik kebahagiaannya. Dari mula Ainina berpesan kepada Irsyad jika benar Irsyad menyintainya dia tidak mahu ada insan lain, dia mahu Irsyad lepaskannya sekiranya lelaki itu menyintai orang lain dia tidak mahu berkongsi kasih kerana dia tahu dia tidak mampu. Kali ini Ainina perlu bertegas jika benar Irsyad mahukannya dan memilih dia tidak boleh ada hubungan langsung dengan perempuan itu atau mana-mana perempuan sekalipun dan jika Irsyad memilih perempuan itu, hubungan mereka harus ditamatkan serta merta.
Irsyad terus-terusan menghubungi Ainina. Jam telah menunjukkan pukul 5 pagi. Panggilan yang tidak dijawab daripada Irsyad hampir 50 panggilan. Ainina hanya memandang kosong ke arah telefonnya. Ainina nekad kali ini, dia tidak mahu dipermainkan lagi. Dia tidak mahu Irsyad mudah untuk memperkotak-katik hatinya. Ainina kembali tenang. Dia perlu tenang supaya dia boleh membuat secara waras dan tidak terburu-buru. Dia tidak mahu lagi fikirannya terganggu seperti sebelum ini. Berpuluh mesej diterima daripada Irsyad. Satupun tidak dibalas oleh Ainina. Semuanya hujah-hujah alasan Irsyad. Ainina bangun dan membasuh mukanya dia mendapatkan teman yang sentiasa ada dikala dia berada di dalam kesedihan. Lalu segalanya diluahkan di atas lembaran-lembaran muka surat temannya itu. Segala bait-bait kata-kata diukir laju menggambarkan hatinya saat itu.

21-08-2008
Abang apa lagi salah Nina? Kenapa abang  tidak jujur kepada Nina? Abang memang Nina akui Nina tidak boleh hidup tanpa abang, tapi kalau sudah tertulis kita memang tiada jodoh Nina redha abang. Abang terlalu berat untuk Nina tanggung semua ini. Betapa Nina menderita menanggung sakit dalam dada ini abang. Abang tak perlu Nina berselindung lagi semuanya cukup jelas. Hati Nina pada saat ini cukup... PARAH!!!!


Hatinya bagaikan dirobek-robek. Dadanya terasa perit. Ainina sangka tiada lagi duka yang akan melanda hubungan mereka, namun rupa-rupanya luka lama berdarah kembali. Di tidak tahu apa yang Irsyad mahukan sebenarnya. Siapa yang ada di hati lelaki itu. Jika benar dia yang diinginkan tetapi kenapa masih ada perempuan itu dalam hidupnya. Kejamkah dirinya kerana memisahkan dua hati itu hanya kerana untuk hatinya sendiri. Hakikatnya dia tidak mampu untuk menidakkan rasa hatinya buat lelaki itu. Berat hatinya bila membayangkan Irsyad masih belum dapat melupakan wanita itu. Hanya tuhan yang mengetahui betapa sakitnya hatinya saat itu. Ainina betul-betul keliru dengan Irsyad. Dia sendiri tidak tahu masihkah ada kepercayaan dia buat lelaki itu selepas ini. Ainina tersedu-sedan menahan tangis. Akhirnya dia terlena dalam sendunya.

No comments:

Post a Comment