Friday 6 March 2015

Bab 27







Malam itu merupakan malam minggu. Ainina tidak dapat melelapkan matanya. Ainina menghidupkan kembali sim kad yang telah lama tidak digunakan setelah Irsyad meninggalkannya. Bertalu-talu deringan isyarat menandakan dia menerima mesej. Kesemuanya daripada Irsyad. Satu-satu dibaca. Setiap hari Irsyad menghantar mesej kepadanya. Lelaki itu merinduinya sebagaimana dia merindui lelaki itu. Sudah hampir sebulan hubungan mereka terpisah. Namun perasaan Ainina untuk lelaki itu tetap teguh. Air mata Ainina mula mengalir di pipinya. Ainina tidak mampu menipu dirinya lagi. Selama ini dia berlagak membenci lelaki itu sedangkan hatinya teramat merindui lelaki itu. Biarpun hatinya retak seribu. Nafas Ainina teresak-esak menahan sendu. Dia menutup muka dengan bantal, lalu dilepaskan semua tangisnya semahu-mahunya.

“Kenapa ni Ainina?” Najihan tersedar dari tidurnya dia terdengar ada suara tangisan di ruang tamu rumahnya. Dia melihat Ainina sedang menangis. Dia sedar selama ini Ainina terseksa, dia berlagak ceria. Apabila dia bersendirian matanya akan membengkak. Najihan sedar cuma dia tidak mahu menegurnya kerana bimbang akan menambahkan luka di hati sahabatnya itu. Ainina sering termenung, Najihan tahu hati temannya terluka. Tapi dia tidak memberitahu kepada sesiapa tentang apa yang dirasanya.
“Jihan, hati aku sakit sangat. Aku tak boleh nak bencinya dia. Makin aku cuba untuk benci dia, makin aku rindukan dia. Jihan aku tak boleh terima dia ada orang lain selain daripada aku. Tapi aku jugak tak boleh terima dia tinggalkan aku untuk bersama perempuan tu. Aku tahu di sini akulah yang dikira merampas Irsyad sebab dia yang terlebih dahulu hadir dalam hidup Irsyad. Kalaulah aku tahu dia masih dengan Irsyad aku tak akan mengambil risiko ni Jihan. Aku rasa tertipu, aku rasa dilukai. Sampai hati Irsyad buat aku macam ni, aku sayang sangat dekat dia. Aku cuba untuk benci dia, aku cuba untuk lupakan dia tapi aku tak mampu.” Ainina meluahkan apa yang dirasakan selama ini di bahu Najihan. Mujur ada Najihan di saat dia memerlukan bahu seseorang untuk berkongsi rasa sedih itu.
“Ainina, aku rasa kau bincanglah baik-baik dengan Irsyad. Aku rasa kau perlu tahu apa yang sebenarnya terjadi. Dia masih sayang kan kau. Sebenarnya Ainina aku mintak maaf sebab aku tak pernah bagitahu kau. Hari-hari Irsyad tanya tentang kau. Dia cakap kat aku dia masih sayangkan kau, dan aku tahu kau pun sama. Anggap ini satu dugaan untuk korang. Sabarlah Ainina. Sudahlah Ainina, jangan fikir sangat. Makin kau fikir, makin kau akan jadi sedih.”
“Baiklah Jihan. Sorry aku dah kacau kau tidur.” Ainina melepaskan bahu Najihan. Ainina merasa sedikit lega apabila dia sudah meluahkan segalanya kepada Najihan. Ainina bangkit dan dia masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk. Ainina melakukan solat sunat taubat dan seterusnya solat hajat semoga diberi ketenangan. Selesai bersolat Ainina mencapai diarinya yang disimpan di dalam almari pakaiannya. Lalu dibuka lembaran baru dan satu-satu diluahkan di dalam buku yang selama ini menjadi peneman hidupnya sejak dari mula dia menggemari menulis diari.


19-09-2007
            Assalamualaikum... dengan lafas bismillah aku memulakan penulisan kali ini... dengan sinar harapan agar aku mendapat kembalikan ketenangan jiwa setelah apa yang telah menimpa hidupku kini. Aku merasakan hidup ini sedang mengalami kepincangan. Apa yang aku rasakan, apa yang ada dalam hati aku kini amat sukar untuk aku tafsirkan. Marah? Sedih? Benci? Sayang? Rindu? Cinta? Semuanya bercampur membuatkan aku hilang arah untuk ku tuju. Sedih bila mengenangkan nasib yang menimpa diriku. Kepada siapa harus kuluahkan? Siapa yang akan mengerti perasaan hati ini? Ku sangka kebahagiaan yang aku kecapi selama ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya. Namun, segala musnah hancur berkecai. Kasih yang aku berikan rupanya tak bererti di matamu. Apa maknanya semua ini? Sungguh perasaan aku tak tertanggung. Pedihnya hati ini tidak dapatku gambarkan dengan perkataan. Semuanya telah hancur berderai, musnah semuanya. Abang sampai hati abang buat Nina macam ni. Nina betul-betul sayangkan abang, Nina betul-betul percayakan abang, Nina betul-betul cintakan abang selama ini. Tapi ini balasan yang telah abang berikan kepada Nina? Begitu mudah abang mempermainkan perasaan Nina. Terlalu sukar untuk Nina lepaskan semuanya dari hati Nina. Bayangan abang sentiasa bermain di mata Nina. Gurau senda abang sentiasa terngiang-ngiang di telinga Nina. Bagaimana harus Nina lupakan ini semua abang? Semuanya sudah sebati di hati Nina. Tersemat kukuh hati Nina. Bagaimana Nina harus hadapi semua tanpa abang di sisi Nina? Kenapa abang tega membuang Nina? Abang sesungguhnya hingga  ke saat ini Nina masih mengharapkan ada sinar kebahagiaan untuk kita kembali seperti dulu. Walaupun Nina tahu ini bukanlah sesuatu yang mudah. Abang Nina terlalu sayangkan abang. TERLALU!!! Walau sesaatpun Nina tak dapat lupakan abang. Nina tidak dapat untuk membenci abang walaupun hati Nina terlalu terluka saat ini. Walaupun kini Nina terasa amat sakit, pedih, pilu, duka, sengsara, merana, terseksa, menderita tapi perasaan benci itu tidak hadir kenapa? Kerana rasa cinta Nina untuk abang selama ini melebihi daripada segalanya. Kerana Nina telah membiarkan hati Nina leka menyayangi abang dengan sepenuhnya. Abang ketahui olehmu sayang, bahawa kehadiran Nina selama ini dalam hidup abang adalah untuk mengenal rasa bahagia, mengenal rasa cinta, mengenal rasa sayang dan bukan rasa luka dan derita.... Waalaikummussalam...
Ay1303... Hidup baik-baik~

Setelah segalanya diluahkan di dalam diari itu, barulah Ainina boleh melelapkan matanya. Mujurlah hari itu merupakan hujung minggu. Jika tidak, pasti akan menjadi masalah kepada Ainina untuk menghadiri kelas dengan matanya yang bengkak begitu.

            Keesokkan harinya, sedang Ainina sedang termenung sendirian dia menerima panggilan telefon daripada Irsyad. Barulah dia perasan bahawa dia terlupa untuk mematikan kembali telefonnya. Ainina hanya membiarkan telefon itu tidak terjawab dan menukar mode kepada mode silent.
‘Nina sayang, tolong jawab telefon abang.’ Irsyad tahu telefon Ainina telah aktif apabila dia melihat report mesej daripadanya buat Ainina semuanya telah dibaca. Ainina hanya membaca mesej Irsyad tanpa membalas mesej-mesej Irsyad.
‘Tak mengapa kalau Nina tak mahu menjawab panggilan abang. Tapi abang harap Nina baca apa yang abang tulis ni. Memang abang menduakan dia selama ini. Tapi semuanya tanpa abang sedar. Abang sangkakan dia telah nekad untuk tinggalkan abang. Memang abang tidak pernah memberi kata putus kepada dia. Dia mendiamkan diri selama ini sudah hampir setahun. Abang ingatkan dia menganggap bahawa hubungan kami telah putus. Tapi sebaliknya, dia masih menunggu abang. Bukan abang yang meninggalkan dia, tapi dia yang meninggalkan abang. Nina jujur abang katakan memang abang akui abang salah bila abang buat keputusan untuk memutuskan hubungan kita. Abang serba salah kepada kedua-duanya. Abang putuskan hubungan kita bukan untuk abang pergi kepada dia, tapi sebaliknya abang memutuskan hubungan abang dengan dia juga. Selepas itu abang cuba nilai perasaan abang, ternyata abang rindukan Nina. Abang lebih perlukan Nina daripada dia. Nina, sakit sangat hati abang sebab abang hanya mampu memandang Nina dari jauh. Nina abang akui kesalahan abang, tapi bagilah abang tebus segala kesalahan abang kepada Nina. Berilah peluang sekali lagi kepada abang untuk abang perbaiki segala kesalahan abang yang lalu. Nina abang sangat merayu kepada Nina. Terimalah abang kembali dalam hidup Nina. Abang masih sayangkan Nina malah terlalu sayangkan Nina. Kembalilah pada abang sayangku...please sayang... please...’ Entah kenapa setelah membaca mesej Irsyad itu menjadikan jiwa Ainina tenang.  Mungkin  apabila dia mengetahui hati lelaki masih miliknya. Airmatanya mengalir lagi, kali ini bukan kerana sedih tetapi kerana lega kerana Irsyad memutuskan hubungan mereka bukan untuk pergi ke perempuan itu.

Ainina tidak tahu kenapa setiap kali Irsyad memujuknya hatinya yang selama ini beku seperti salju menjadi cair. Hatinya mudah sekali menerima kata-kata Irsyad. Namun Ainina meragui kejujuran Irsyad. Ainina tahu selama ini Irsyad seringkali mengingatkan dia agar sentiasa jujur. Jika tiada kejujuran maka tiadalah keikhlasan dalam sesuatu hubungan. Ainina perlu mengambil masa untuk menilai hatinya kini untuk kembali kepada Irsyad atau terus menjauhkan diri daripada Irsyad. Namun jika difikirkan kembali dia tidak sanggup untuk menanggung rindunya lagi buat lelaki itu. Ainina mahu lebih berhati-hati. Pengalaman yang lepas banyak mengajarnya. Dia perlu lebih berhati-hati kali ini supaya hatinya tidak dilukai lagi. Ainina teramat merindui lelaki itu, namun Ainina masih mahu menduga sejauhmana kesungguhan lelaki itu untuk mendapatkannya kembali.
‘Maafkan Nina, Nina dah tak boleh terima semua ini. Apa yang terjadi sedikit sebanyak telah mengubah Nina. Keadaan sudah tidak seperti dulu, banyak yang telah berubah. Nina betul-betul terluka... lupakan Nina.’ Ainina hanya mahu menduga lelaki itu, namun dia sendiri yang terduga dengan kata-katanya sendiri.  Air matanya mengalir setelah dia menulis kata-kata itu.
‘Abang tak boleh lupakan Nina, abang sayang Nina sangat-sangat. Abang tak boleh hidup tanpa Nina. Please Nina kembali kepada abang. Kita mulakan yang baru sayang. Please abang rayu sangat-sangat dekat Nina.’
‘Abang rasa senang untuk Nina terima semua ini? Hati Nina sudah hancur, betul-betul hancur abang tahu tak? Abang buat Nina bahagia tapi lepas tu abang buat Nina derita. Semua ni cukup mendera hati Nina, menyeksakan hati ni. Nina sakit abang tahu?’ Nafas Ainina mula turun naik menahan sendu. Tangisannya mula kedengaran. Dia mahu meluahkan segala sakit di hatinya.
‘Sayang abang janji abang akan buat kita bahagia macam dulu lagi. Tapi bagi abang peluang sekali lagi sayang untuk abang perbaiki kesalahan abang. Abang janji abang akan jaga hubungan ini, abang tak akan sia-siakan Nina lagi please sayang. Nina percayalah dengan janji abang ni. Abang akan tunaikan semuanya Nina abang janji. Abang sedar hanya Nina yang ada di dalam hati abang percayalah sayang.’ Irsyad mesih belum berputus asa untuk merayu kepada Ainina. Dia terlalu mahukan Ainina kembali dalam hidupnya. Dia tidak sanggup lagi melihat Ainina bersama orang lain.
‘Abang, simpanlah sayang kasih sayang abang  untuk orang lain, abangkan dah ada DIA? Pergilah dekat dia, Nina tak akan ganggu hubungan abang dengan dia.’ Ainina masih mahu menguji Irsyad. Sejak peristiwa yang memeritkan itu, inilah kali pertama Ainina meluahkan apa yang dirasakan selama ini. Dia mahu menunjukkan betapa terlukanya dia dengan perbuatan Irsyad. Namun Ainina sedikit pun tidak menyimpan dendam untuk lelaki itu. Kerana sejak daripada pengenalan mereka, hanya kasih yang sentiasa diberikan buat lelaki itu. Tiada sedikitpun curiga  untuk lelaki itu. Sepenuh hatinya diberikan kepada lelaki itu.
‘Abang hanya mahukan Nina, hati abang hanya untuk Nina. Nina kita jumpa ye sayang? Abang datang umah Nina sekarang. Please abang terlalu rindukan Nina sekarang. Abang betul-betul merayu ni sayang. Maafkan segala kesalahan abang.’
‘Tak perlu datang saya tak nak jumpa dengan awak’ Putus Ainina.



No comments:

Post a Comment