Wednesday 4 March 2015

Bab 18







Hari ini Muhaimin akan sampai ke Kuantan. Ainina mengotakan janjinya kepada Muhaimin untuk menjemputnya di Terminal Makmur. Ainina mengajak Liyana dan Najihan untuk menemaninya untuk berjumpa Muhaimin. Ainina sebenarnya takut hatinya akan bersimpati dengan Muhaimin sekiranya dia berjumpa dengan Muhaimin.
“Ina nak pergi mana lepas ni?” Setibanya Muhaimin ke Kuantan. Berkaca mata Muhaimin sebaik sahaja dia melihat Ainina betapa dia merindui gadis di hadapannya. Sudah lama dia tidak mendengar gelak tawa gadis ini. Gadis ini terlalu jauh dengannya kini.
“Tak tahulah Mean, Mean nak duduk kat hotel mana ni?”
“Ina tunggu sekajap ye, Mean nak tanya hotel tu ada kosong tak.” Muhaimin segera meninggalkan Ainina bersama sahabatnya untuk bertanya jika hotel itu masih ada kosong.
“Ainina, aku rasa kita berpecahlah mesti korang ada banyak benda nak bincangkan kan? Nanti bila dah selesai semua kau mesej aku, aku terus datang sini. Aku nak pergi Megamall kejap tau. Nak pergi cuci mata kejap.”
“Ha? Kau nak tinggalkan aku? Aku takutlah.”
“Kau nak takut apa Ainina?” Najihan pelik dengan perangai Ainina.
“Aku tengok dia macam tak selesa bila kitorang ada. Aku tak nak ganggu korang. Korang bincanglah baik-baik ye?” Pesan Liyana.
“Tapi tak ada benda yang aku nak bincangkan dah Yana.” Ainina buntu dia sendiri tidak tahu kenapa dia masih perlu untuk berjumpa lelaki itu.
Okeylah Ainina tu dia dah datang kitorang gerak dulu ye?” celah Najihan.
Okeylah.”
“Kawan-kawan Ina pergi mana tu?” Muhaimin bertanya sebaik sahaja sampai di hadapan Ainina.
“Dorang cakap nak pergi Megamall. Ada tak bilik kosong?”
“Nasib baik ada satu agaknya memang rezeki Mean. Kita makan dulu nak Ina?”
“Hmmm... okey.” Ainina tidak tahu apa yang dibualkan dengan Muhaimin dia seolah-olah buntu untuk berfikir.”
“Ina, kenapa senyap je?” Muhaimin menyedari perubahan Ainina. Jika tidak ada saja yang dibualkan Ainina sehingga dia sendiri penat menjawab persoalan Ainina.
“Tak ada apa yang Ina nak cakap.”
“Ina dah lain sekarang.” Muhaimin berkata sayu.
“Apa yang lainnya?” Ainina bertanya.
“Tak ada apalah jomlah kita makan. Kedai makan mana yang sedap Ina?”
“Entahlah Mean, Nina bukannya biasa sangat makan dekat kawasan ni.” Aina berjalan seiringan dengan Muhaimin. Muhaimin cuba untuk menggenggam tangan Ainina. Diharapkan gadis itu masih memberinya satu lagi peluang. Namun Ainina cuba untuk melepaskan tangannya. Ainina pelik dengan Muhaimin, sebelum ini dia sangat menjaga tingkah lakunya terutama apabila mereka berada di khalayak ramai.
“Mean, lepaslah nanti kalau kawan-kawan Ina tengok macam mana? Ina malulah Mean.”
“Ina biarlah mereka tengok biar dorang tahu Ina kekasih hati Mean.”
“Mean, kita dah tak ada apa-apa Mean sekarang.”
“Ina berikan Mean satu lagi peluang Ina, please Mean janji Mean akan berubah.”
“Tak Mean, Ina dah puas berikan Mean peluang dan segalanya telah muktamad.”
“Ina, Mean tak boleh hidup tanpa Ina please.
“Dah terlambat, Ina dah nekad. Bila Ina dah nekad macam ni baru Mean nak berubah? Kalau ini tak buat keputusan ni, Ina rasa Mean tak akan datang sini pun kan? Dah hampir setahun Mean abaikan Ina baru sekarang Mean nak berubah? Dah terlalu terlambat Mean.”
“Ina jangan buat Mean macam ni.”
“Mean, kalau ada jodoh kita adalah. Buat masa sekarang Ina tak nak ada apa-apa komitmen dengan Mean.”
“Ina kenapa Ina jadi macam ni? Ina dah ada pengganti Mean ke?”
“Mean, Ina tak ada siapa-siapa. Ina nak bersendirian.” Mereka akhirnya tiba di suatu kedai makan.
“Ina nak makan ape?”
“Tak nak Ina dah kenyang.”
“Minum?”
“Tak nak jugak.”
“Bagi saya satu nasi goreng ayam dan dua  air laici” Muhaimin memang mengetahui Nasi goreng ayam dan air laici memang kegemaran Ainina.
“Ina, kenapa Ina tak pandang pun muka Mean dari tadi? Ina dah benci Mean?” Semenjak dari Muhaimin tiba, Ainina mengelak untuk memandang ke mata Muhaimin kerana dia bimbang air matanya akan mengalir. Di dadanya sendiri sedang menahan sebak apabila Muhaimin cuba untuk memujuknya. Namun di dalam hatinya sentiasa berpesan supaya tidak termakan dengan rayuan Muhaimin. Ainina sedar dia telah memungkiri janji yang telah diberikan kepada Muhaimin suatu ketika dahulu. Bukan dipinta ini semua terjadi, tapi dia tidak boleh memaksa hatinya lagi.
“Taklah. Mana ada.” Ainina cukup tidak selesa pada ketika itu. Dia bimbang jika dia akan terserempak dengan rakan sekelasnya yang lain. Bukan dia malu untuk mengakui Muhaimin teman lelakinya cuma dia tidak mahu rakan sekelasnya berfikiran negatif tentangnya. Muhaimin pula sedari tadi cuba untuk memegang tangan. Ainina merasa terlalu rimas dengan perbuatan Muhaimin seolah-olah memaksanya.
“Ina, Mean dah tak tahu nak buat macam mana Ina.”
“Mean tak perlu buat apa-apa.”
“Ina betul nekad dengan keputusan ni?” Ainina mengangguk. Makanan yang dipesan telah sampai. Muhaimin cuba untuk menyuap nasi goreng tersebut kepada Ainina namun segera Ainina menggeleng.
“Sampai hati Ina untuk kali terakhir please..” Dalam keterpaksaan Ainina terima juga nasi di dalam mulutnya yang terasa seperti pasir. Jiwanya cukup bercelaru ketika ini.
“Ina minumlah.” Muhaimin seperti putus harapan. Dia tidak tahu apa yang perlu diperbuatnya lagi untuk memiliki semula hati gadis di hadapannya. Betapa dia menyesali dengan apa yang telah dilakukan terhadap gadis itu. Dia tidak menyangka Ainina senekad itu.
“Kenapa tak habiskan nasi itu?” Ainina bertanyakan kepada Muhaimin apabila dia melihat nasi di dalam pinggan hanya luak sedikit.
“Mean tak ada selera.”
“Bungkuslah Mean ye? Nanti bila Mean dah berselera makanlah. Adik sekejap.” Ainina terus memanggil pelayan kedai makan untuk membungkuskan nasi tersebut tanpa menunggu jawapan Muhaimin. Niatnya untuk segera beredar daripada kedai makan itu. Dia sudah tidak boleh bertahan dengan keadaan serba salahnya itu lagi.  Jika dia terus-terusan bersama Muhaimin di kedai itu dengan lebih lama lagi dia bimbang hatinya akan akan mengalah dengan keputusannya. Setelah pelayan itu membungkuskan makanan tersebut dan Muhaimin membuat bayaran terus mereka beredar dari kedai itu.
‘Yana jomlah kita balik.’ Ainina menghantar mesej kepada Liyana. Liyana dan Najihan sebenarnya sejak dari tadi memerhatikan mereka apabila mereka ternampak Ainina dan Muhaimin di kedai makan tadi.
‘kau jangan tengok lagi tau, aku kat belakang kau.’
‘Okey.’ Ainina menarik nafas lega. Dengan selamba Muhaimin mencapai tangan Ainina nak menggenggamnya seeratnya seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Dengan tidak sengaja mereka terserempak dengan Filzam rakan sekelasnya. Filzam hanya tersenyum nakal ke arah Ainina.
“Mean, lepaslah budak kelas Ina tu. Seganlah Ina.”
“Biarlah Ina, Mean tak kisah Ina biar dorang tahu Ina dah ada kekasih.” Ainina hanya mendiamkan dia rasa Muhaimin terlalu memaksanya.
“Mean sakit tangan Ina, please lepas.” Lantas terus Muhaimin melepaskan bimbang Ainina akan membencinya pula.
“Ina dah nak balik ke? Mean belum puas jumpa dengan Ina.”
“Mean dah nak pukul enam ni. Bahaya kalau perempuan balik lewat malamkan? Lagipun Ina nak kemas barang-barang untuk balik kampung esok Ina tak kemas lagi.” Ainina bagaikan mahu berlari untuk cepat sampai ke hotel Muhaimin yang terletak di sebelah Terminal Makmur itu. Ainina tidak betah untuk terus bersama Muhaimin.
“Oklah Mean Ina dah kena pergi ni. Kita jumpa esok pulak ye?”
“Kalau Mean cakap tak boleh pun Ina tetap nak pergikan? Mean tak nak paksa Ina. Jalan elok-elok Ina i love you Ina.” Buat pertama kalinya kalimah itu terucap dibibir Muhaimin apabila berhadapan dengannya. Namun segalanya telah terlambat baginya. Ainina sedar Muhaimin tiada lagi di hatinya. Dia sendiri berasa tidak selesa apabila berdepan dengan Muhaimin.
Bye Mean.” Ainina terus melangkah pergi tanpa berpaling ke arah Muhaimin air matanya mengalir laju. Betapa kejamnya dirinya terhadap lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya sedingin itu. Dia cukup mengerti perasaan Muhaimin tapi dia tidak mahu mengambil risiko untuk terus bercinta dengan Muhaimin. Telah sekian lama dia menanti Muhaimin berubah sehingga akhirnya dia telah berputus asa. Muhaimin berubah di saat hatinya telah tertutup. Ainina reda dengan ketentuanNya. Jika jodohnya suatu hari nanti dengan Muhaimin dia terima. Ainina pasrah dengan takdirnya.
“Sabarlah Ainina” Liyana memeluk bahu sahabatnya itu. Ainina kaku tanpa reaksi. Ainina sebolehnya tidak mahu menunjukkan kepada Muhaimin bahawa dia sedang menangis. Dia tidak mahu Muhaimin tahu hatinya sedang di rundum pilu.
“Yana dia ada kat situ lagi?”
“Ada Ainina.”
“Yana lepaskan bahu aku, aku tak mahu dia tahu aku menangis.”
Setelah jauh mereka berjalan akhirnya Muhaimin telah berganjak daripada tempat dia memerhatikam Ainina. Ainina bersembunyi di bawah pokok dan dilepaskan tangisnya tersedu-sedu. Najihan dan Liyana memeluk Ainina bersimpati dengan Ainina.
“Sabarlah Ainina luahkan apa yang bersarang dalam hati kau.” Setelah tangisannya reda, Ainina meraut wajahnya perlahan-lahan.
“Ainina, kau okey? Van along dah sampai tu, tadi aku dah telefon along suruh datang ambik kita. kalau kau tak okey lagi, aku suruh along ambik orang lain dulu.” Liyana bertanyakan kepada Ainina.
“Aku dah okey... jomlah kita balik.” Mereka terus berlari mendapatkan along.
“Ainina kenapa mata merah?” along yang sememangnya agak rapat dengan mereka menyedari perubahan Ainina.
“Tak ada apalah along mata masuk habuk.” Ainina hanya tersenyum kepada Along.
“Yelah tu, dengan bengkak matanya macamlah kita tak tahu.”  Along masih lagi meneka.
“Tak syoklah along tengok Ainina macam ni cuba ceria sikit muka barulah cantik sikit.” Along cuba berjenaka dengan Ainina supaya gadis itu tersenyum.
“Along baik Along jangan tanya lagi karang terburai lagi.” Liyana berpesan kepada Along.
“Saya okeylah Along jangan risau okey.

            Muhaimin termenung memikirkan reaksi Ainina sebentar tadi. Air matanya tidak semena-mena mengalir. Di akui gadis itu telah berubah, dia tidak lagi semesra dulu. Tiada lagi senda tawa Ainina, tiada lagi gurauan Ainina yang sering mengusiknya. Namun di hatinya menganggap ini cuma ujian dariNya, selagi Ainina masih belum menjumpai penggantinya dia akan terus berusaha untuk mengembalikan gadis itu ke dalam hidupnya lagi dia tak akan berputus asa. Namun dia bimbang Ainina tak akan kembali kepadanya, dia bimbang Ainina bukan lagi menjadi impiannya namun hanya kenangannya. Muhaimin bagaikan menyedari hakikat sebenarnya yang dia telah kehilangan gadis itu.

‘Hai ayang abang tengah buat apa tu?’ Irsyad menghantar mesej kepada Ainina. Ainina rasakan bagaikan mahu mengadu kepada Irsyad perihal Muhaimin. Namun dia rasa biarlah dulu tunggu masa yang sesuai. Dia tidak mahu untuk terburu-buru lagipun walaupun Irsyad melayan seperti kekasih tapi Ainina masih belum membuat sebarang keputusan tentang hubungan mereka.
‘Hai Nina baru balik dari bandar sambut kawan dari KL esok balik dengan dia.’
‘Oh, ayang abang dah makan ke?’
‘Belum jap lagi lah kot.’
‘Nak abang temankan ayang makan?’
‘Tak apalah nanti Nina makan dengan budak-budak ni.’
‘Makan tau, nanti perut masuk angin. Kalau sakit nanti abang susah hati. Abang balik esok tengahari tau ayang tadi abang pergi beli tiket.’
‘Bila abang pergi beli tiket? Bukan abang pergi main bola ke tadi?’
‘Baru je lepas beli tiket ni ayang, tadi lepas balik main bola terus abang pergi?’
‘Dalam pukul berapa abang pergi?’ Bimbang Ainina jika Irsyad melihat dia berjumpa dengan Muhaimin tadi. Bukan niatnya untuk membohongi Irsyad namun dia bimbang Iryad akan menyatakan dia mempermainkannya selama ini.
‘Dalam pukul 6.30 tadi kenapa ayang?’
‘Tak ada apalah... saja Nina tanya.’




No comments:

Post a Comment