Berdebar Ainina dikala
menanti kehadiran keluarga Irsyad. Tergopah-gapah dia dan mamanya menyaipkan
nasi ayam untuk dihidangkan kepada Irsyad sekeluarga. Dalam dia terkejar-kejar
di dapur, dia terkena percikan minyak panas ketika dia memasukkan ayam ke dalam
kuali untuk digoreng.
“Aduh mama, sakitnya! Tangan
achik kena minyak panas tu mama.” Jerit Ainina apabila tangannya terkena
percikan minyak tersebut.
“Itulah kan mama dah pesan
tadi, hati-hati jangan tergopoh-gapah sangat kan dah kena minyak. Pelan-pelan
sikit masukkan ayam tu. Dah pergi basuh tangan tu. Lepas tu letak ubat gigi
dekat tempat yang kena minyak tu.
“Baiklah mama.” Selesai
sahaja membasuh tangannya dia meletakkan ubat gigi seperti yang diarahkan oleh
mamanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa perlu diletakkan ubat gigi itu. Setelah
selesai dia meletakkan ubat gigi itu Ainina menyambung kerja-kerjanya untuk
menghidangkan makanan yang telah disiap dimasaknnya.
‘Abang
dah nak sampai ni, abang dah dekat simpang Masjid Padang Nenas ni.’ Tiba-tiba
Ainina menerima mesej daripada Irsyad.
“Mama, Irsyad dah nak sampai
tu mama. Dia dah dekat masjid mama.”beritahu Ainina kepada mamanya.
“Semuanya dah siapkan?
Bolehlah ketuk air batu tu achik.”
“Okey mama. Tapi achik tak
masukkan lagi ye? Takut nanti cair pulak air batunya. Jadi tawar pulak airnya.”
“Yelah nanti bila dia dah
sampai baru achik masukkan air batu tu dalam jug tu.’
“Papa mana mama?”
“Katanya tadi pergi kedai
belikan buah tembikai.”
“Oh...”
“Assalamualaikum.” Terdengar
ketukan kecil di pintu rumahnya.
“Mama, dah sampai agaknya.”
Ainina menjadi semakin berdebar.
“Pergilah achik buka pintu.”
“Malulah achik mamalah pergi
buka.”
“Yelah.” Puan Amnah mengerti
perasaan anak perempuannya itu.
“Waalaikummussalam.
Jemputlah masuk.” Pelawa Puan Amnah untuk tetamunya sambil menghulurkan
tangannya untuk bersalam dengan keluarga Irsyad. Ainina yang mengekori mamanya
turut melakukan perkara yang sama dengan mamanya.
“Sejuknya tangan kak
Ainina.” tegur Rina Adik Irsyad.
“Akak ketuk air batu tadi.”
Ainina menjawab.
“Ingatkan berdebar sampai
sejuk tangan-tangan” Encik Azlan pula menyakat apabila Ainina selesai bersalam
dengannya.
“Akak, nah ada sikit buah
tangan daripada kami.” Ibu Irsyad menghulurkan dua bakul yang dihias cantik
berisi buah-buahan dan kek yang dihias cantik.
“Buat apa susah-susah Imah.”
Puan Amnah yang sememangnya mengetahui nama Ibu Irsyad berkata perlahan.
“Tak ada apa-apalah akak,
kami datang pun bukan selalu.” Jawab Puan Rahimah mesra.
“Jemputlah duduk kita makan
dulu.” Pelawa Puan Amnah.
“Abang mana kak?” Tanya
Encik Azlan.
“Tadi katanya nak pergi
kedai, tapi tak sampai-sampai lagi ni. Jemputlah makan, tak tahu nak masak apa.
Nasi ayam je, Ainina kata Irsyad teringin sangat nak makan nasi ayam. Entah apa
rasanya anak dara tu yang buat.” Jelas Puan Amnah.
“Cukuplah kak, kami ni semua
kami makan kak.”
“Achik airnya mana?”
“Oh lupa.” Ainina bergegas
ke dapur untuk meletakkan air batu yang telah diketuk halus tadi dan membawanya
ke meja makan yang terletak di ruang tamu rumahnya.
“Nina, untuk ayah Nina
bawakkan air masak boleh?”
“Boleh ayah kejap ye Nina
ambilkan.” Ainina datang membawa satu lagi jug
air yang berisi air suam. Memang dia sedia maklum ayah Irsyad mengidap kencing
manis dan dia sememangnya mengawal pengambilan gula.
“Jemputlah makan ye jangan
malu-malu tambahlah nasi tu ye.” Pesan Puan Amnah.
“Assalamualaikum, tetamu
jauh dah sampai?” Encik Muhammad Dani pulang membawa sebiji buah tembikai dan
dihulurkan kepada Ainina. Ainina menyambut dan segera membawa buah tersebut
untuk dipotong dan dihidangkan kepada tetamunya. Encik Muhammad Dani bersalaman
dengan Encik Azlan dan Irsyad.
“Duduk makan sekali abang.”
“Baiklah.” Puan Amnah
menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya.
“Mama buat nasi ayam hari
ni?”
“Taklah anak dara tu yang
buatkan”
“Aik sejak bila suka memasak
ni?” Sakat Encik Muhammad Dani.
“Papa ni.” Ainina
memuncungkan mulutnya tanda protes kepada papanya.
“Papa dia ni memang macam
pun Imah kalau tak mengusik anak tak sah, nak jugak dengar suara anak tu.”
“Samalah dengan ayah Irsyad
ni akak. Kalau dengan anak dara itu ada saja yang nak disakatnya.” Tambah Puan
Rahimah.
Selesai sahaja menjamu selera, keluarga Ainina
dan keluarga Irsyad di ruang tamu rumah Ainina. Ainina bergegas ke ruang dapur
untuk membasuh pinggan mangkuk sambil dibantu oleh adik Irsyad. Setelah selesai
membasuh pinggan Ainina memotong buah epal yang dipotong rapi untuk dihidangkan
kepada tetamunya sebagai pencuci mulut.
“Akak, abang, alang-alang
kita dah jumpa ni saya nak bincanglah sikit pasal anak-anak kita ni akak abang.
“Apa dia Imah?” tanya Puan
Amnah sedikit hairan.
“Yelah akak, abang kita pun dah
tahu budak-budak ni dah berkawan lamakan? Harap-harap adalah jodoh mereka akak,
abang. Saya terus terang jelah ye akak, Irsyad ada bagitahu saya yang dia nak sambung
belajar buat ijazah lepas ni akak. Jadi kalau paling awal pun enam bulan atau
pun setahun dari sekarang kalau ada rezeki. Pengajiannya mungkin dalam dua
tahun setengah atau tiga tahun jadi dalam masa empat tahun lagilah Irsyad habis
buat ijazah kalau ada rezekilah kan? Jadi, lepas belajar barulah dia bekerja.
Jadi saya nak mintak Ainina tunggulah Irsyad dalam empat ke lima tahun lagi
macam tulah akak.”
“Tak apalah Imah, lagipun
diaorang pun muda lagi. Lagi empat ke lima tahun lagi tu sedang eloklah tu
untuk diorang fikir soal khawin Imah.” Ainina hanya tersenyum mendengar
perbincangan di antara ibu bapanya bersama ibu bapa Irsyad. Di dalam hatinya
berdoa dia dipertemukan jodoh dengan Irsyad.
“Akak, abang nampaknya sudah
lama kami dekat sini. Kami bergerak balik homestay
dululah akak. Terima kasih banyak-banyak akak, abang.” Ibu Irsyad meminta izin
untuk ke homestay setelah terasa
penat kerana perjalanan sejak daripada pagi.
“Yelah, nanti sebelum balik
KL singgah rumah akak dulu tau kita makan dekat sini dulu.” Mama Ainina
berpesan kepada ibu Irsyad.
“Akak, tak payah
susah-susahlah akak. Menyusahkan akak saja.”
“Tak adalah susahnya Imah.
Bukannya selalu datang sini.”
“Insyaallah akak. Ainina,
nak ikut ibu terus ke?” Puan Rahimah bertanya kepada Ainina.
“Tak lagi kot, nanti
malamlah abang datang ambik. Sebab Nina tak kemas barang-barang Nina lagi.”
Jelas Ainina.
“Tak apalah ibu, nanti abang
datang ambik. Bukan jauhpun homestay
tu dengan sini.” Irsyad sememangnya sedia maklum Ainina masih belum mengemas
pakaiannya kerana sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut keluarganya datang
ke rumah Ainina.
“Okeylah boleh Ainina kemas barang-barang dia dulu sementara abang
datang ambik malam ni. Kalau macam tu ibu gerak dulula ye?” kata Puan Rahimah
sambil bersalaman dengan Puan Amnah dan Ainina.
“Kami gerak dulu ye akak,
abang.” Ayah Irsyad pula meminta izin untuk berangkat ke homestay setelah bersalaman dengan Encik Muhammad Dani.
“Ni duduk dekat homestay mana?”
“Homestay Dara Inn dekat pantai Teluk Ketapang tu papa.” Jelas
Irsyad.
‘Kita
jumpa malam ni ye sayang?’ Ainina menerima mesej
daripada Irsyad walaupun Irsyad hanya berada di hadapannya sahaja.
‘Ye
abang kita jumpa malam ni.’ Balas Ainina.
“Ni ada orang datang merisik
ke mama?” tanya abang Ainina yang baru sahaja pulang daripada berjumpa kawannya
apabila dia terpandang bakul buah dan kek yang dihias cantik di atas meja ruang
dapur rumah mereka.
“Ye, keluarga Irsyad ada
datang tadi.”
“Lor kenapa tak cakap kat
abang. Kalau tahu abang balik awal sikit tadi.” Abang Ainina kelihatan kalut.
“Entah kitaorang pun tak
tahu dia datang nak merisik.”
“Bila nak bertunang pulak.”
“Katanya tadi lepas Irsyad
dapat kerja.” Puan Amnah mahu melihat reaksi anak terunanya itu tentang
perkhabaran tentang adiknya itu.
“Hai nampaknya adik dululah
kan ma? Abang dengan kakak pun tak tahu nak khawin bila lagi.”
“Tak ada maknanya. Bukan nak
bertunang ke nak khawinlah. Ibu dia mintak achik tunggu Irsyad habis belajar,
Irsyad nak sambung buat ijazah dulu.”
“Oh ingat nak bertunang dah
tadi. Habis tu bakul-bakul tu?” abang Irsyad masih belum berpuas hati dengan
jawapan Ainina.
“Itu keluarga dia bawak buah
tangan saja lah abang. Bimbang sangat takut achik langkah bendul.”
“Achik, sebenarnya ibu dan
ayah Irsyad datang merisik. Sebab tu dia
suruh achik tunggu Irsyad tadi.”
“Itu merisik ke ma?”
“Yelah achik.”
“Keluarga Irsyad sudah balik
ke KL ke?” tanya Irsyad.
“Belum lagi esok nak pergi
ke Pulau Redang. Achik pun pergi.”
Seperti yang dijanjikan oleh
Irsyad, pukul 8.30 malam dia telah tiba di hadapan rumah Ainina untuk menjemput
Ainina ke homestay kerana esok
sebelum pukul 7 pagi mereka perlu berada
di jeti Kuala Terengganu untuk menaiki feri menuju ke Pulau Redang.
Bukan Irsyad tidak mahu mengambil Ainina esok pagi cuma dia bimbang tidak
sempat sekiranya dia berpatah balik. Tambahan dia mahu masanya bersama dengan
Ainina menjadi semakin lama.
“Mama, papa kami pergi dulu
ye?” Irsyad meminta izin kepada Puan Amnah dan Encik Muhammad Dani untuk
membawa Ainina.
“Baiklah, hati-hati pandu
kereta tu Irsyad.” Pesan Puan Amnah.
“Okey mama.” Balas Irsyad, sambil bersalaman dengan papa dan mama
Irsyad dan seterusnya mengangkat beg pakaian Ainina dan memasukkan ke dalam
kereta.
“Kita nak pergi mana ni
sayang?” Tanya Irsayd.
“Entah, abang nak bawa
sayang ke mana?”
“Kita pergi lepak kat tepi
pantai nak?”
“Boleh je abang.”
“Sayang sudah makan?”
“Sudah abang. Abang?”
“Sudah. Tadi kitaorang makan
dekat kedai depan homestay tu
sayang.”
“Bestlah kawasan rumah sayang ni dekat dengan pantai.”
“Bolehlah tapi kami adik
beradik tak pernah mandi pantai pun. Sebab papa ngan mama memang tak bagi kami
mandi pantai bahaya katanya.”
“Memanglah, kalau abang pun
tak bagi jugak. Dekat rumahkan sudah ada air, mandi dekat rumah sudah. Tak
payahlah mandi dekat pantai.” Kata Irsyad yang lari setelah dilihat Ainina
seperti mahu mencubitnya.
“Abang ni macam-macam lah.”
Ainina berkata sambil satu cubitan singgah di peha Irsyad.
“Aduh! Sakitnya. Tangan
sayang ni macam ketamlah.”
“Padan muka suka sangat
main-main.”
“Abang gurau saja lah
sayang.” Irsyad berkata sambil tangan mencuit manja dagu Ainina.
Setelah hampir satu jam
mereka bersembang-sembang di tepi pantai sambil menikmati keindahan angin segar
daripada pantai itu. Akhirnya mereka bergerak pulang ke homestay Dara Inn yang terletak tidak kurang 1 kilo meter daripada
tempat mereka.
“Ni pergi mana sekarang baru
balik?” Puan Rahimah yang menyedari anak terunanya dan Ainina baru pulang ke homestay.
‘Kitaorang ‘lepak’ dekat
situ je ibu. Dekat orang ramai tu.” Kata Irsyad sambil menunjuk ke arah
sekumpulan orang ramai yang berada di tepi pantai.
“Nina sudah nak tidur? Kalau
Nina nak tidur pergilah dekat bilik Rina tu, Rina dah ada dekat bilik dia. Abang
tidur dekat bilik ni.” Puan Rahimah menunjukkan ke arah bilik yang diduduki
oleh Rina yang berada bersebelahan dengan bilik mereka.
“Kalau macam tu Nina pergi
dulu lah ibu, selamat malam.”
“Okey selamat malam.”
“Okey ibu abang pergi dulu tau.” Irsyad berlagak mengekori Ainina.
“Jangan nak mengada-ngada,
masuk bilik cepat.” Bulat mata Puan Rahimah dengan gelagat Ainina. Lantas
ibunya membuat gaya mahu menarik telinga Irsyad. Isyad segera mengelak sebelum
tangan ibunya sampai ke telinganya. Ainina hanya tergelak melihat gelagat dua
beranak itu.
“Abang pergi hantar Nina
dekat bilik sebelah sekejap je. Nanti abang baliklah ibu.” Irsyad lantas
berjalan mengekori Ainina menuju ke bilik adiknya yang berada di sebelah bilik
ibu dan ayahnya sambil menjinjing beg pakaian Ainina.
“Assalamualaikum Rina.”
Ainina memberi salam perlahan sambil mengetuk pintu bilik Rina.
“Waalaikummussalam. Masuklah
kak Nina.”
“Masuklah Nurul jangan
segan-segan tau, adik abang ni okey
je. Rina layan akak baik-baik tau, nama pun dah nak dekat sorang Nina, sorang
Rina pandai tak abang cari makwe?” Irsyad berkata sambil mengenyitkan matanya
kepada adiknya.
“Suka sangat kenyit mata
nanti jadi tabiat, mata terkenyit-kenyit tak nak berhenti baru tau.” Kata Ainina.
“Entah abang ni, macam-macam
lah abang ni.” Kata Rina sambil tergelak melihat gelagat abangnya.
“Okeylah abang balik bilik dulu tau. Nanti kalau ada apa-apa mesej
abang tau. Esok bangun awal-awal tau kita kena gerak awal sikit tau.”
“Okey abang. Good Night.”
“Good Night.” Irsyad berpaling sambil menoleh ke arah bilik ibunya.
Ibunya masih berada di hadapan biliknya. Terlintas di hatinya mahu mengusik
ibunya. Dia berpatah balik ke bilik Ainina sambil menutup pintu bilik itu.
Lantas dia mendengar laungan daripada ibunya memanggil namanya.
“Ibu ni orang gurau sajalah
itu pun nak menjerit. Cepat sangat menggelabah ibu ni.” Lantas dia keluar
daripada bilik itu sambil ketawa terbahak-bahak kerana dapat mengenakan ibunya.
Setelah dia sampai di hadapan ibunya lantas satu tamparan hinggap di bahunya.
Asrina mengangkat ibu jarinya ke arah abangnya.
“Padan muka. Abang tu memang
macam tu Kak Nina suka sangat dia mengusik ibu. Suka sangat dia dengar ibu
bising-bising.”
“Kak Nina tahu sangat pasal
perangai abang Rina. Akak pun, pantang ada peluang asyik menyakat saja
kerjanya.” Ainina berkata sambil menutup pintu bilik mereka.
“Jomlah akak kita tidur.
Rina penat sangat dari pagi tak berhenti rehat lagi.
“Lina tidurlah dulu, akak
nak cuci muka dulu lepas tu akak nak solat Isyak. Nanti akak tidur ye.”
“Okey akak. Selamat malam.” Asrina berkata ramah.
“Okey selamat malam.”