Friday 6 March 2015

Bab 32







Sedih Ainina apabila dia terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya. Bagaikan baru semalam mereka berkenalan. Dalam suasana sepi Fazlin datang menghampiri Ainina. Didakap temannya itu seeratnya. Setelah dia telah memutuskan hubungannya dengan Suffian dia seperti menyesali segala perilakunya terhadap Ainina selama ini. Dia akui terlalu tinggi dia menyulam angan-angan bersama Suffian namun apabila Suffian pergi meninggalkannya, dia jatuh daripada dunia khayalannya yang membuatkan sakit yang dirasakannya tidak dapat digambarkan. Pada hari kejatuhannya itu, rakan yang selama ini dimusuhinya menyambutnya. Dia teman sejati, Ainina sentiasa ada bersamanya apabila dia susah. Apabila dia senang dilupakan Ainina begitu sahaja betapa kejamnya dirinya selama ini terhadap temannya itu.
“Ainina, aku banyak berdosa pada kau. Maafkan aku Ainina, jika selama ini aku banyak susahkan hati kau. Aku banyak sakitkan hati kau. Aku sayangkan kau Ainina. Kau kawan yang baik. Aku selalu sakitkan hatikan kau maafkan aku Ainina.” Tutur Fazlin sambil memeluk erat Ainina. Air matanya berjuraian mengenangkan segala kenangan mereka bersama.
“Lin aku pun nak mintak maaf kalau aku banyak sakitkan hati kau. aku sayang kau jugak. Kau jaga diri ye? Aku akan rindukan kau. Halalkan makan minum aku.”
“Ainina kau tak pernah sakitkan hati aku. Tapi aku yang selalu sakikan hati kau. Maafkan aku Ainina, aku akan rindukan kau jugak Ainina. Kau halalkan makan minum aku ye?” Setelah bersalaman dengan Fazlin Ainina mendapatkan Liyana yang sedang mengemas barang-barangnya di dalam bilik. Matanya merah kesan menangis sejak dari tadi.
“Weh kau tengah bersiap lagi ke?”
“Ha,ah family aku datang petang ni.” Liyana bercakap tanpa menoleh ke arah Ainina. Dia tidak mampu melihat sahabatnya itu pergi. Terasa seperti semalam mereka ketawa menangis bersama.
“Yana kenapa kau tak nak tengok aku?” Ainina terus sebak. Dia melihat Liyana hanya mendiamkan diri sedari pagi tadi. Dia tahu sahabatnya itu memendam rasa.
“Tak ada apa-apa Ainina.” Liyana berkata sambil mengesat air matanya. Perlahan-lahan Ainina mendakap perlahan bahu sahabatnya daripada belakang. Mereka menangis semahunya.
“Ainina, kau jangan lupakan aku ye? Aku sayangkan kau sangat-sangat. Aku harap kau berbahagia sehingga ke akhir hayat kau.”
“Yana terima kasih banyak-banyak kau selalu ada di saat aku jatuh kau tak pernah pergi meninggalkan aku. Mana mungkin aku lupakan kau. Kau sahabat aku dunia akhirat.” Liyana berpaling ke arah Ainina dipeluknya sahabatnya seeratnya seperti tidak mahu melepaskan sahabatnya pergi.
“Ainina, aku tak tahu bila lagi kita akan berjumpa. Aku pasti rindukan kau Ainina.”
“Insyaalah Liyana ada rezeki kita jumpa lagi.” Sedang mereka masih lagi dalam pelukan Najihan datang dan turut memeluk mereka. Lama mereka berada di dalam keadaan begitu. Akhirnya pelukan mereka terlerai.
“Jihan, aku nak mintak maaf banyak dengan kau. Aku dah banyak susahkan kau. Kau banyak tenangkan aku bila aku dalam kesedihan. Kau pun tak pernah tinggalkan aku. Kau orang berdua terlalu baik dengan aku. Hanya tuhan yang mampu membalas segala budi baik korang untuk aku. Maafkan aku kalau aku ada salah silap dengan korang. Halalkan makan minum aku ye.?”
“Aku pun sama Ainina aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan kau. Halalkan makan minum aku ye Ainina.”
“Ye sahabat-sahabatku. Aku pergi dulu family aku dah lama tunggu kat bawah. Nanti kita jumpa masa ‘konvo’ ye?”
“Ye Ainina kau wajib datang tau.” Kata Liyana.
“Ye aku tau, korang tu jangan lupa datang.” Sebelum Ainina melangkah pergi sekali lagi mereka berdakapan seeratnya. Masing-masing basah dalam tangisan di atas perpisahan yang bakal berlaku ini. Ainina bersalam dan bermaafan dengan teman serumahnya yang lain sebelum turun mendapatkan keluarganya yang datang menjemputnya. Irsyad sejak daripada pagi tadi membantunya mengangkat barang-barangnya.
“Banyak betul barang. Penuh satu kereta ni ha. Tu kalau tak muat achik duduk atas bumbunglah. Papanya mengusik Ainina.”
“Ala papa ni. Nasib baik achik dah bawak balik separuh hari tu tau. Kalau tak banyak lagi barang achik tau.
“Macam manalah achik ni macam dah pindah rumah dah barang-barang banyak sangat.”
“Kan papa? Irsyad yang dari tadi mengangkut barang-barang pun jenuh turun naik mengangkat barang-barang Ainina ni.”
“Oh tak ikhlas ye?” Ainina menepuk perlahan bahu Irsyad.
“Oklah Irsyad kami gerak dulu. Esok jadikan datang rumah?”
“Jadi, Insyallah. Dalam pukul 9 kami gerak dari sini.” Ainina dan papanya terus bergerak pulang ke Terengganu. Memang Ainina berpesan kepada mamanya biar papanya datang sendirian kerana dia bimbang jika tidak mencukupi ruang untuk dia mengisi barang-barangnya. Ainina sendiri hairan rasanya barangnya tidaklah terlalu banyak, tapi apabila di susun di dalam kereta hanya tinggal ruang tempat duduk untuk pemandu dan penumpang sebelah pemandu sahaja. Ruang yang lain penuh diisi dengan barangnya.
Family Irsyad dah sampai Kuantan ke?” Papa Ainina bertanyakan kepada Irsyad. Encik Mohammad Dani bertanyakan perihal ibu bapa Irsyad. Ainina telah memperkenalkan Irsyad kepada sejak dari mula perkenalan mereka. Dia memang sering ke Kuantan untuk menjenguk anaknya itu. Kadangkala jika dia ada urusan di Kuala Lumpur, dia akan singgah singgah sebentar untuk berjumpa Ainina.
“Belum lagi, tadi ibu cakap baru dekat Temerloh tapi mungkin dah nak sampai kot ni papa.” Kata Irsyad ramah.
Okeylah kami gerak dahulu. Kirim salam dekat ibu dan ayah kamu ye Irsyad?”
“Baiklah papa.”
“Kita jumpa esok ye sayang?” Kata Irsyad perlahan apabila menghampiri Ainina.
“Ya. Esok kita jumpa ya.” Ainina yang sedang mendongak ke atas melihat teman-temannya yang memenuhi tingkap rumah sewa mereka dan melambai ke arah mereka.
Bye-bye semua. Nanti kita jumpa masa konvo ye!” Ainina melaung ke arah mereka.
“Bye!!” kata mereka serentak.
Apabila bergerak sahaja kereta yang dipandu papa Ainina. Ainina melambaikan tangannya ke arah kawan-kawannya dan terakhirnya buat Irsyad. Air matanya mengalir tidak mahu berhenti.
“Aik, tadi dah okey ni sambung balik dah?”
“Sedihlah papa, tiga tahun kami ketawa bersama. Sekarang dah berpisah sedih sangat.”
“Dah adatlah tu achik, bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi dihati tidak lupa. Berdoalah kita agar kita aman dan sentosa. Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.” Encik Mohamad Dani menyanyi untuk menghilangkan rasa duka anaknya itu.
“Papa ni orang tengah sedih boleh pulak dia menyanyi.”
“Yelah tak mahulah sedih-sedih. Tu kan lumrah dunia achik.”
“Yelah papa.” Ainina cuma memejamkan matanya membayangkan saat suka duka dia bersama rakan-rakannya. Dia membayangkannya kenangan susah senang mereka menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kenangan mereka yang terpaksa berhujan dan berpanas untuk menyiapkan tugasan untuk subjek amali ukur. Semuanya bermain-main di matanya bagaikan baru semalam semuanya berlalu. ‘selamat tinggal kenangan’ monolog Ainina di dalam hati.




No comments:

Post a Comment