Wednesday 4 March 2015

Bab 8







Cuti pertengahan semester telahpun berakhir. Para pelajar telah kembali untuk mengikuti kelas seperti biasa. Pelbagai riaksi boleh dilihat dari pelajar kelas DUT 1B. Kelas tersebut riuh dengan suara pelajar-pelajar ada sedang rancak bercerita akan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan sewaktu cuti, ada yang sedang membincangkan perihal tugasan yang diberikan dan ada juga yang tekun mengulangkaji sebelum pensyarah memulakan sesi kuliah. Sejak bermula sesi kuliah ini, hubungan Ilham dan Ainina dilihat semakin akrab sehingga ke mana sahaja mereka pergi pasti akan bersama. Malah untuk pulang ke asrama pun pasti mereka akan beriringan pulang bersama. Ainina menyedari keadaan itu namun dia berlagak tenang supaya tidak jelas kelihatan. Bimbang juga sekiranya dia terlalu menunjukkan reaksi kepada Ilham akan memudaratkan persahabatan dia dan Ilham kerana dia telah mengingati dirinya walaupun Muhaimin tidak mempedulikannya, mereka masih berhubungan. Ainina sentiasa mengingati hatinya bahawa hubungan dia dan Ilham hanya perlu dibatasi dengan persahabatan sahaja jangan lebih dari itu. Di kelas pula telah keluar berita perihal hubungan mereka yang semakin intim bersama walaupun Ainina berkali-kali cuba menafikan kepada rakan kelasnya. Ilham melihat Ainina bersungguh menafikan kepada rakan-rakan kelas mereka bahawa mereka hanya bersahabat turun serta menegakkan perihal tersebut. Dia cuba berpesan pada hatinya Ainina sudah berpunya mungkin dia tidak mahu mengkhianati hubungan perasaan buah hatinya. Mungkin Ainina betul-betul menganggapnya sebagai sahabat. Ilham mencari-cari sinar di dalam mata Ainina. Sinaran matanya seolah-olah memberitahu bahawa hati mereka seirama namun Ilham  tidak mahu terlalu cepat untuk membuat spekulasi.
           
            Walaupun hubungan Ainina dan Ilham semakin akrab namun tidak pernah Ainina menceritakan masalah dia dan Muhaimin. Muhaimin pula seperti biasa dengan rutin hariannya, sedikitpun tidak menyedari perubahan Ainina. Malah jika dikenang kembali sejak dia mengenali Ilham, Muhaimin seperti tidak menyedari akan perubahan dirinya yang tiada lagi rajuknya buat Muhaimin. Muhaimin pula semakin jarang menghubungi. Ainina buka inbox message telefonnya tiada mesej daripada Muhaimin untuknya hari itu yang ada hanya dua hari lepas itupun hanya mesej selamat malam yang dihantar kepadanya dikala dirinya telah lama terlena. Bukan Ainina tidak mahu menceritakan perihal masalah dia dan Muhaimin cuma Ainina tidak mahu jika diceritakan masalahnya kepada Ilham, Ilham akan menganggap bahawa dirinya merupakan penyebab masalah hubungannya dan Muhaimin.

“Assalamualakum Ina” Tiba-tiba Ainina menerima panggilan telefon daripada Muhaimin. Mungkin Muhaimin dapat merasakan bahawa dirinya sedang memikirkan tentang lelaki itu.
“Waalaikummussalam” Entah kenapa pada ketika itu tiada sedikit pun rasa rindu buat lelaki  itu. Malah jika sebelum ini dia akan menjadi terlalu teruja jika Muhaimin menghubunginya. Sejak dia mengenali Ilham ini baru ini pertama kali Muhaimin menghubunginya. Terasa janggal pula dia mendengar suara Muhaimin. Ainina menjadi kelu. Jika sebelum ini dia akan bertanya itu ini kepada Muhaimin tetapi tidak pada kali ini. Otaknya berputar-putar memikirkan soalan yang hendak ditanyakan
kepada Muhaimin. Entah kenapa dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku kepadanya.
“Ina Sihat?”
“Sihat. Mean?”
“Sihat. Ina tengah buat apa tu?”
“Tak ada buat apa duduk-duduk je.”
“Ina dah makan?”
“Dah.” Suasana sepi seketika.
“Ina?”
“Yup...”
“Kenapa Ina diam je? Ina ada masalah?”
“Tak adalah.”
“Ina..”
“Yup..”
“Kenapa dengan Ina ni biasanya Ina asyik bercakap je ni tak pun.” Muhaimin seolah-olah terkesan oleh perubahan Ainina. Mungkin gadis ini sedang merajuk dengannya.
“Tak ada apa-apalah.”
“Ina merajuk ke?”
“Perlu ke Ina merajuk?”
“Mean minta maaf Ina. Mean sibuk sangat.”
“Ok. Tak apa dah biasa” Ainina hanya menjawab endah tidak endah.
“Ina, tak naklah macam ni...”
“Habis Mean nak Ina macam mana?”
“Mean nak Ina Mean yang ceria macam selalu tu”
“Selalu? Selalu tu bila?”
“Macam yang sebelum-sebelum ni.’
“Bila kali terakhir kita bercakap ye? Ina dah lupa dah.”
“Ina, taknaklah macam ni?”
“Oh lupa Mean sibuk, sampai nak mesej Ina pun tak sempatkan?”
“Maafkan Mean Ina.”
Okeylah Mean Ina tak nak ambil masa Mean. Meankan sibukkan?”
“Mean rindu Ina.”
“Baru sekarang ke Mean rasa rindu kat Ina? Semalam? Minggu lepas? Mean tak rindu?”
“Rindu Ina.”
“Rindu? Kalau rindu kenapa tak mesej pun nak telefon apatah lagi.” Entah kenapa dia seperti merasakan marah yang amat sangat buat Muhaimin. Dia rasa seperti tak mahu lagi mendengar butir bicara lelaki itu. Kata-katanya kedengaran sinis.
“Ina janganlah macam ni.”
“Itu je yang Mean nak cakap? Mean nak Ina sentiasa gembira walaupun kekasih Ina tak hubungi Ina dua minggu? Mean kita ni dah lama tak mesej-mesej bila Ina mesej Mean ada Mean jawab? Tak adakan? Mean nak Ina buat macam mana lagi? Mean, kalau Mean dah tak nak dekat Ina cakap je Mean. Ina boleh terima. Tak payahlah Ina nak seksa diri tunggu orang yang tak bersungguh-sungguh mahukan Ina.”
“Ina bukan macam tu.”
“Habis tu? Mean sibukkan? Okey Mean Ina nak tidur. Bye.” Dada Ainina berombak menahan marah. Dia terasa terlalu diabaikan. Muhaimin tidak pernah memikirkan perasaannya. Muhaimin menghubungi berkali-kali namun dia tidak mengendahkan panggilan daripada Muhaimin. Biarlah Muhaimin pula merasai perasaannya yang selama ini terabai.
‘Ina angkatlah Ina telefon tu’ Muhaimin menghantar mesej kepada Ainina.
‘Buat apa Mean telefon Ina lagi? Ina sibuk.’ Ainina terlalu emosi ketika ini.
Ainina betul-betul memberontak. Jiwa mudanya tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Muhaimin. Mungkin selama ini dia terlalu rindukan Muhaimin dia mengharapkan Muhaimin sentiasa  menghubunginya. Namun apa yang diharapkan tidak dipedulikan. Lama-kelamaan rasa rindu itu bertukar menjadi sakit hati.
‘Sorry kalau Mean mengganggu ya?’ Muhaimin cuba memujuk Ainina.
Ainina hanya membiarkan mesej yang dihantar oleh Muhaimin terbiar sepi.
‘Oklah Ina. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum.’ Muhaimin sedar dia tidak pandai memujuk. Dia tahu Ainina sedang beremosi. Dia kenal buah hatinya itu jika dia sedang beremosi tidak perlu dipujuk nanti apabila dia  sudah tenang Ainina akan menghubungi.
‘I love u Ina’ Ainina hanya memandang kosong mesej Muhaimin sedikit pun hatinya tidak tersentuh malah hatinya bertambah sakit. Entah kenapa hatinya menjadi beku sebeku-bekunya. Pedih terasa hatinya menahan marah.

            Ainina faham Muhaimin merinduinya ketika itu. Dia sangat memahami Muhaimin jika lelaki itu merinduinya pasti dia akan mencarinya. Airmata Ainina mula mengalir. Dia mahu Muhaimin rasakan apa yang dia rasa di saat dia merindu. Ainina dapat rasakan hatinya sedikit pun tidak terkesan dengan pujukan Muhaimin. Adakah hatinya telah berubah? Dia sendiri pun tidak tahu apa dia rasakan saat itu, yang pasti Muhaimin tidak akan menjadi seperti apa yang diinginkan. Dia masih remaja, jiwa remajanya inginkan perhatian yang lebih dari buah hatinya seperti orang yang bercinta yang lain. Tapi kalau sering diabaikan sebegini seolah-olah hubungan yang mereka bina tidak bererti dimata Muhaimin.

            Sejak peristiwa itu, Ainina hanya mendiamkan diri entah kenapa hatinya terus membeku. Jika sebelum ini setelah dia melepaskan semua marahnya dia akan kembali tenang dan meminta maaf kepada Muhaimin kerana terlalu beremosi. Muhaimin telah masak dengan perangai Ainina yang sedemikian. Kini Ainina hanya membatu tiada mesej, tiada panggilan telefon kepada Muhaimin.
‘Salam Ina senyap je’ Muhaimin seolah-olah menganggap tiada apa yang berlaku antara dia dan Ainina. Dia tahu Ainina sedang memendam rasa terhadapnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia kesibukan dia membuatkan dia terlupa akan buah hatinya itu.
‘Kenapa ni Ina?’ Muhaimin menghantar lagi mesej kepada Ainina setelah beberapa ketika Ainina tidak membalas mesej darinya.
‘Ina sibuk.’ Ringkas jawapannya. Ainina sebenarnya sedang memberi alasan supaya Muhaimin tidak lagi melanjutkan perbualannya.
‘Sorry Ina kalau Mean mengganggu Ina ye?’ balas Muhaimin tenang.
Ketenangan Muhaimin itulah yang sering sahaja menggoncang hati Ainina dia tidak sanggup melukai hati lelaki itu. Namun kesabarannya telah sampai ke penghujungnya dia sudah tidak mampu untuk menahan sakit dihatinya lagi.
‘Ok’ Balas Ainina.
‘I LOVE YOU AININA’ Ainina hanya membiarkan mesej Muhaimin terbiar sepi. Ainina pasti Muhaimin merinduinya saat ini.
‘hidup baik-baik’ Muhaimin cuba memancing Ainina kerana dia tahu Ainina seringkali menggunakan ayat itu kepadanya setiap kali dia mesej kepada Muhaimin kerana terikut-ikut novel yang kesukaaannya. Ainina boleh merasakan Muhaimin tiada lagi dihatinya. Hatinya terasa kosong. Tiada lagi bayangan Muhaimin. Mungkin telah tiba masanya untuk dia perlahan-lahan untuk melepaskan Muhaimin daripada dia terus terluka begini dia tidak mahu berterusan begini Muhaimin tidak pernah mahu berubah.

            Ainina sendiri tidak tahu sejak kebelakangan ini semakin kerap pula Muhaimin menghubungi dan dia pula sentiasa memberi alasan untuk mengelakkan diri daripada Muhaimin pernah juga dia membiarkan panggilan telefon daripada Muhaimin. Mungkin Muhaimin menyedari sikap dingin buah hatinya itu yang seakan-akan berjauh hati dengannya. Ainina sendiri tidak tahu kenapa dia sedingin itu. Mungkin dia terlalu berkecil hati dengan lelaki itu.

            Ainina sudah tidak tahan menahan emosinya yang semakin tertekan. Kepada Ilham diluahkan segala-galanya. Dia menganggap Ilham seperti kawan baiknya. Dia tidak sembunyikan masalahnya dengan Muhaimin lagi. Mujur ada Ilham, dia banyak memberi kata-kata nasihat untuk Ainina berbincang dari hati ke hati dengan Muhaimin. Ainina menyatakan bukan sekali tapi telah banyak kali Muhaimin seperti ini. Dia tidak pernah mahu berubah. Hatinya telah tawar. Perasaannya terasa hambar terhadap Muhaimin. Kini setelah perasaannya telah berubah barulah Muhaimin menyedarinya tetapi ternyata telah terlambat untuknya. Jauh disudut hati Ainina berdetik hubungan dia dan Muhaimin harus ditamatkan. Tiada ertinya lagi jika dia terus-terusan memberi peluang kepada Muhaimin kerana Muhaimin tidak pernah menghargai peluang yang diberikan kepadanya. Dia perlu menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku antara dia dan Muhaimin. Ainina banyak memaksa dirinya dari dahulu lagi. Walaupun banyak kekurangan dalam hubungan dia dan Muhaimin, namun dia cuba untuk memberikan yang terbaik dalam hubungan mereka. Dia perlu kuat untuk menyatakannya. Muhaimin mungkin akan sedih pada permulaannya lama-kelamaan dia pasti akan dapat menerimanya. Mungkin jodohnya tidak dengan Muhaimin. Perjalanan hidupnya masih panjang. Kalau masih ada jodoh mereka nanti tidak ke mana. Namun untuk waktu ini Ainina nekad kali ini dia perlu tamatkan semuanya. Kesabarannya telah sampai dipenghujungnya.




No comments:

Post a Comment