Friday 6 March 2015

Bab 30







Keesokan harinya sedang Ainina sedang mengemas biliknya Ainina menerima panggilan daripada ibu Irsyad.
“Assalamualaikum Nina.”
“Waalaikummussalam ibu. Ibu sihat.” Air mata Ainina mengalir perlahan. Dihatinya berdetik, ibu, anak ibu sudah melukakan hati Nina lagi. Ibu mungkin Nina bukan bakal menantu ibu. Menantu ibu perempuan itu. Ainina tahu ibu Irsyad sentiasa memberi restu hubungan mereka.
“Nina, apa yang berlaku sebenarnya? Pagi tadi abang telefon ibu sampai menangis-nangis.” Lembut kedengaran suara ibu Irsyad.
“Ibu, Nina tak tahu nak cakap mana. Mungkin Nina kejam selama ni sebab terlalu pentingkan diri Nina sedangkan ada orang yang menderita di atas kebahgiaan Nina. Nina rampas abang daripada dia ibu. Kalau abang mahukan dia Nina redha ibu.”
“Nina abang terlalu sayangkan Nina sebenarnya. Ibu faham anak ibu tu dia tidak tahu macam mana nak jauhkan dirinya daripada Soffiya. Memang abang ada cakap pada ibu dia masih berkawan dengan Soffiya. Ibu sudah nasihatkan abang banyak kali, kalau abang dah putus dengan Soffiya tu buat cara dah putus. Tak payah nak berhubung lagi dah. Abang tu macam ibu Nina dia tu jenis yang lembut hati. Dia tak tahu macam mana nak jauhkan diri daripada budak perempuan tu Nina. Ibu tahu dia tak mahu lukakan hati perempuan itu” Jelas ibu Irsyad.
“Ibu pasti diaorang sudah putuskan hubungan mereka? Tapi ibu, bila Nina baca mesej diorang duk panggil ‘sayang’ ‘abang’ Nina rasa diorang belum putus lagi ibu. Kalau dah putus takkan macam tu ibu?” Ainina meluahkan rasa hatinya.
“Hari tu masa abang cakap budak tu telefon dia mintak abang hantarkan dia ke klinik ibu dah cakap dah kat abang. Kalau nak putuskan hubungan dengan Soffiya putuskan betul-betul tak payahlah nak kawan-kawan lagi. Tadi ibu tanya abang Nina, ibu nak pastikan perasaan anak ibu tu. Ibu tanya dia, dia sayang siapa. Bersungguh-sungguh dia kata dia sayangkan Nina. Nina bagilah abang peluang ibu akan nasihatkan dia nanti. Ibu yakin jodoh Nina dengan abang.”
“Ibu, Nina tak nak paksa abang. Kalau dia sukakan perempuan itu, pergilah dekat perempuan itu Nina tak ada daya nak menghalang. Nina tak mahu Nina terus-terusan dibayangi perempuan itu Ibu.”
“Nina ibu yakin abang sayangkan Nina lebih dari dia sayangkan perempuan itu. Cuma ibu tahu dia tak tahu macammana nak tolak perempuan itu. Ibu tak tahu bila masa dia pergi jumpa perempuan itu, kalau ibu tahu ibu tak akan benarkan dia pergi. Melampau betul perempuan itu. Dulu beriya-iya mintak abang putuskan hubungan mereka sebab dia nak dekat sepupu dia. Tapi lepas tu asyik telefon abang, itu yang ibu tak fahamlah dengan dia Ainina.”
“Ibu Nina nak mintak maaf kalau Nina dah susahkan ibu dengan masalah kami. Nina tidak tahu macam mana nak buat lagi ibu. Nina nak tenangkan fikiran Nina dulu ibu. Nina serahkan segalanya kepada takdir. Jika jodoh Nina dengan abang, Nina terima. Tapi kalu bukan jodoh Nina dengan abang Nina redha ibu.” Air matanya makin laju setelah dia menuturkan kata-kata itu.
“Nina semuanya telah tertulis di ‘loh mahfus’. Ibu yakin jodoh abang dengan Nina. Insyaallah ibu sentiasa mendoakan jodoh untuk anak ibu dan Nina. Cuma ibu harap Nina bincanglah dengan abang baik-baik ye sayang. Ibu tahu hati anak ibu, kalau dia tak sayangkan Nina dia takkan telefon ibu cerita semuanya dekat ibu. Dia sayangkan Nina percayalah Nina.”
“Insyaallah ibu.”
Okeylah Nina jangan nangis lagi ye Nina. Ibu nak pergi masak ni takut budak-budak tu balik sekolah pulak.” Memang Ainina sedia maklum ibu Irsyad menjadi pengasuh anak-anak jirannya. Memang itu rutin harian yang dilakukan oleh ibu Irsyad setiap hari apabila ada kanak-kanak asuhannya berada di rumahnya.
“Baiklah ibu. Terima kasih banyak-banyak ibu. Assalamualaikum.”
“Walaikummussalam.” Ainina mengesat sisa air mata di pipinya. Hatinya kembali tenang apabila bercakap dengan ibu Irsyad. Dia tahu Irsyad sangat rapat dengan ibunya. Segalanya dikongsikan bersama ibunya. Ainina dapat rasakan sedikit sebanyak kata-kata ibu Irsyad terkesan di hatinya. Dia dalam dilema mahu pergi ataupun masih perlu memberi peluang kepada Irsyad membuktikan kasih sayangnya kepada Ainina. Tidak mungkin ibu Irsyad membohonginya. Ainina melihat telefon bimbitnya. Banyak mesej yang diterimanya pada ketika itu.
‘Sayang keluar sekejap abang ada dekat luar rumah sayang ni.’ Ainina hanya memandang kosong mesej daripada Irsyad itu. Dia tidak tahu mahu keluar atau hanya membiarkan Irsyad menunggunya di luar. Dia terkaku untuk seketika. Ainina teringat dia masih belum menunaikan solat zohor Ainina memasuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat tanpa menghiraukan Irsyad yang sedang menunggunya di luar rumahnya. Setelah selesai solat Ainina seakan terlupa Irsyad masih di luar.
“Ainina Irsyad ada dekat luar kau tahu tak?” tanya Najihan yang pada ketika itu masuk ke dalam rumah setelah pulang dari membeli makanan.”
“Hmm... biarkan dia dekat situ. Dia sudah tak ada kerja lain nak buat, dia nak jadi jaga rumah kita ni.” Ainina bersuara agak kuat supaya Irsyad dapat mendengarnya.
“Tak baik tau. Mesti ada apa-apa ni pergilah kesian aku tengok dia.” Seraya dengan itu bertalu-talu ketukan kedengaran di pintu rumah mereka. Ainina segera berlari masuk ke dalam bilik. Namun ketukan menjadi semakin kuat. Bimbang dimarahi jiran akhirnya Ainina mencapai tudung dan mengalah keluar juga mendapatkan Irsyad.
“Hmm nak apa?” Ainina lantas bersuara apabila dia melihat Irsyad.
“Sayang, abang mintak maaf sangat-sangat abang janji abang tak akan buat lagi. Abang janji sayang. Abang tak sanggup kehilangan sayang. Tolonglah sayang, jangan seksa abang macam ni.” Ada linangan air mata di mata lelaki itu.
“Senang sajakan bila buat salah mintak maaf, salah mintak maaf. Hati ni ada abang ambik peduli? Berapa kali abang nak janji? Berapa kali abang buat salah atas sebab yang sama dan berapa kali Nina perlu mengalah? Abang ingat hati Nina batu ke? Abang rasa Nina tak ada perasaan ke?” bertalu-talu pertanyaan keluar dari bibir mungil Ainina.
“Sayang selama ni memang abang tak pernah berhubung dengan dia, dia mesej abang masa hari lahir abang hari tu je sayang. Abang tak tipu sayang percayalah. Abang tak menduakan sayang.”
“Pelik lah abang ni tak berhubungan dengan dia tapi duk panggi ‘sayang’ ‘abang’ pula?” Airmatanya kembali mengalir hatinya terguris kerana perkara itu. Perkataan itulah yang membuatkan dia merasa seperti dikhianati. Ainina tidak tahu apa status hubungan Irsyad dengan perempuan itu. Jika ditanya kebenarannya sekalinya jika benar mereka masih berhubungan sudah tentu Irsyad akan menafikannya. Jika benar selama ini mereka masih berhubungan ternyata memang licik Irsyad membohongi sehingga sedikit pun dia tidak dapat menghidu hubungan mereka.
“Dia nak abang panggil dia macam tu sayang.”
“Abang boleh saja nak tolakkan? Abang pun suka sebab tu abang rela kan? Kalau masa tu abang fikirkan perasan Nina tentu abang tak akan bersetuju. Tapi abang fikir Nina tak akan tahukan? Tuhan tu maha berkuasa abang. Abang kalau abang tak mahukan Nina jangan mainkan perasaan Nina macam ni.” Irsyad hanya mendiamkan diri tanpa menjawab persoalan Nina. Dia tahu Ainina cukup terluka saat ini. Dia bimbang jika dia tersilap bicara pasti akan menambahkan lagi luka di hati Ainina.
“Nina dah tak ada apa nak cakap, Nina masuk dulu.” Ainina segera berpusing untuk masuk ke rumahnya namun tangannya disambar oleh Irsyad.
“Lepaslah abang. Pergi abang dari sini Nina tak nak tengok muka abang lagi!” Sedaya upaya Ainina cuba untuk melepaskan genggaman tangan Irsyad. Namun genggaman tangan Irsyad terlalu kuat membuatkan Ainina tidak berjaya melepaskan tangannya.
“Abang tak akan pergi selagi sayang tak maafkan abang.”
“Sakitlah tangan Nina abang. Nina tak fahamlah dengan abang ni tau. Baik abang lepas, kalau tak Nina menjerit biar semua orang keluar“
“Sayang tolonglah maafkan abang. Abang tak tahu macammana lagi abang perlu buat supaya sayang maafkan abang. Ada tak dia telefon sayang terangkan semuanya?”
“Abang cakap abang dah tak berhubung dengan dia, tu abang berhubung lagi untuk apa? Semuanya dah jelas dekat sini abang. Abang dan dia memang saling mencintai, Nina tak mahu menjadi penghalang  hubungan abang dengan dia. Nina redha.” Air matanya mula membasahi pipinya. Sakit hati Ainina apabila membayangkan jika benar Irsyad masih menyayangi wanita itu. Namun dia harus pasrah cinta Irsyad bukan miliknya. Dia tidak mahu memaksa Irsyad lagi sebab dia tahu cinta tidak boleh dipaksa. Ainina tidak boleh memaksa Irsyad untuk melupakan wanita itu jika wanita itu masih di hatinya.
“Abang tak cintakan dia, abang cintakan sayang. Please sayang.”
“Abang setelah dua kali Nina kena tipu abang rasa patut ke Nina bagi peluang ke tiga untuk abang?” Ainina masih bertegas.
“Sayang abang cuma sayangkan sayang, abang cuma cintakan sayang. Sayang tanyalah ibu kalau sayang tak percaya. Ibu tahu segalanya tentang perasaan abang. Ibu tahu betapa abang sayangkan sayang.” Perlahan-lahan Irsyad melepaskan pergelangan tangan Ainina yang digenggam sejak dari tadi. Ainina teringat kata-kata ibu Irsyad sebentar tadi. Terngiang-ngiang setiap tutur bicara ibu Irsyad.
“Abang bagi Nina masa untuk menilai hati Nina  sendiri. Nina keliru dengan cinta abang untuk siapa sebenarnya. Tapi Nina rasa cinta abang bukan untuk Nina sebab itu abang sukar untuk melepaskan dia. Kalau ada untuk Nina mungkin cuma sedikit, mungkin cinta abang untuk dia melebihi cinta abang untuk Nina. Nina tak mahu berlumba untuk mandapatkan cinta abang, biarlah Nina mengalah.” Ainina menyedari tangannya telah dilepaskan oleh Irsyad selangkah demi selangkah dia cuba untuk menjarakkan dirinya daripada Irsyad. Menyedari Ainina semakin jauh Irsyad sekali lagi mencuba untuk mendapatkan tangan Ainina, namun tanpa disengajakan cincin yang dipakai Ainina terkena pada bibirnya dan membuatkan banyak darah mengalir dari bibirnya. Ainina segera masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan kain tuala yang bersih untuk mengelap darah tersebut. Sekelip mata hilang segala amarahnya tadi tanpa disedari tindakannya itu sebenarnya menggambarkan perasaan hatinya ketika itu. Irsyad menangis semahunya. Dia menangis bukan kerana luka di bibirnya tetapi menangis kerana menyesali tindakannnya yang telah melukakan hati gadis yang ikhlas menyayangi dirinya sepenuh hatinya.
“Abang tahu sayang, sayangkan abang. Cuma selama ni abang yang bodoh sebab tak tahu nak menghargai kasih sayang yang telah sayang berikan pada abang. Abang tak menjaga hati sayang sebaiknya. Abang sering lukakan hati sayang. Maafkan abang sayang, abang akui memang abang yang salah. Abang tak sepatutnya menghubungi dia lagi. Abang sepatutnya bertegas dengan dia. Sayang jujur abang katakan abang sangat sayangkan sayang. Abang cintakan sayang sangat-sangat, cuma abang tak mahu bermusuhan dengan dia. Sayang abang janji selepas ni abang tak akan hubungi dia lagi abang janji sayang.”Irsyad terharu dengan tindakan Ainina. Ainina masih lagi basah dalam tangisannya. Betapa kejamnya dirinya membuatkan hati gadis yang tulus mencintai dirinya terguris lagi. Dia nekad kali ini hubungannya dengan Soffiya perlu ditamatkan serta merta. Dia tidak lagi berhubungan dengan perempuan itu walaupun hanya sekadar kawan. Dia tidak mahu melukai hati Ainina. Ainina hanya diam sambil mengelap darah yang  mengalir di bibir Irsyad. Air matanya tidak mahu berhenti mengalir. Dia hanya mahu Irsyad bahagia. Kalau dirinya tidak mampu membuatkan Irsyad bahagia, dia rela mengundurkan diri demi melihat Irsyad bahagia.
“Abang, Nina sanggup berundur kalau abang tak bahagia dengan Nina. Nina cuma nak tengok abang bahagia.” Ainina berkata perlahan. Air matanya terus-terusan mengalir. Air matanya cukup murah untuk lelaki itu. Walau bagaimana disakiti sekalipun cinta buat lelaki itu sentiasa ada.
“Sayang, abang hanya akan bahagia kalau dengan sayang. Percayalah sayangku, abang tak akan biarkan sayang menangis lagi kerana abang.” Mukanya merah menahan tangis, dia menyesali dengan apa yang telah dilakukan kepada Ainina. Namun dihatinya menanam azam Ainina akan menjadi miliknya suatu hari nanti tidak kira apa yang terjadi sekalipun. Dia akan mempertahankan cinta mereka selagi mereka tidak bersama selamanya. Dia tidak mahu melukai hati wanita itu lagi. Irsyad tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan ini kepadanya. Jika dia tidak berhati-hati mungkin ini peluang yang terakhir untuknya.


No comments:

Post a Comment