Wednesday 4 March 2015

Bab 9







Ainina nekad dengan keputusannya kali ini untuk memberitahu Muhaimin akan hasratnya untuk menamatkan hubungan mereka. Dia sudah tidak mahu membiarkan masalah di antara mereka berlanjutan semakin lama. Dia juga tidak mahu lagi meneruskan hubungannya dengan Muhaimin. Bukan dia tidak lagi menyayangi lelaki itu, tetapi dia sudah tidak boleh bertahan dengan keadaan mereka lagi begini. Ainina tidak mahu lagi membuatkan Muhaimin mengharapkan apa-apa lagi daripada perhubungan mereka. Hatinya betul-betul kecewa dengan sikap Muhaimin yang tidak pernah memahaminya sejak dari dulu. Ainina sudah penat untuk semua ini, sejak dari dulu hanya dia yang berusaha untuk menceriakan hubungan mereka. Namun  Muhaimin tidak pernah menyedarinya. Air jernih mula membasahi pipi gebu Ainina. Air matanya cukup murah untuk Muhaimin. Harapan Ainina itu merupakan airmata terakhir untuk perhubungan yang telah terjalin hampir empat tahun itu. Lalu ditabahkan hati untuk menulis bait-bait ayat untuk Muhaimin.
           
‘Mean, Ina tak tahu kenapa Ina jadi macam ni. Ina rasa kita dah semakin jauh. Mungkin Ina perlu memberi ruang untuk Mean menentukan arah tuju hidup Mean. Ina tak akan ganggu Mean lagi. Mean, Ina tak terniat untuk melukakan hati Mean. Ina sudah penat Mean dengan keadaan kita. Sudah berapa kali Ina cuba untuk memberi peluang kepada Mean. Tapi Mean tak pernah mahu berubah. Selama Mean di sana, keadaan Ina cukup tertekan. Ina merasakan Mean terlalu jauh dari Ina. Keadaan ini membuatkan Ina jadi begini. Kadangkala Ina rasa Ina hanya menyusahkan hidup Mean. Maafkan Ina, Ina tahu Ina telah banyak melukakan hati Mean. Mungkin selepas ini hidup Mean akan menjadi lebih tenang. Tiada orang akan mengganggu hidup lagi. Dari jauh Ina doakan kebahagiaan Mean.... Ina masih sayangkan Mean, cuma Ina cukup rasa terasing dari hidup Mean kini. ‘Jangan ada benci di antara kita.’ Tabahkan hati Mean untuk menghadapi semua ini tanpa Ina di sisi Mean. Ina bukan insan yang sempurna. Mungkin Mean akan berjumpa dengan insan yang jauh lebih sempurna daripada Ina. Buat sementara waktu ini biarlah hanya kita yang mengetahui hal ini. ‘hidup baik-baik....’ jika Mean perlukan apa-apa bantuan daripada Ina, Ina sentiasa di sini. Tapi anggaplah kita hanya kawan. Sahabat sampai ke akhir hayat.’
 
Muhaimin hanya diam membaca mesej Ainina. Dia telah menjangkakan Ainina akan membuat keputusan yang mengejutkan ini. Keputusan yang akan membuat jiwanya kacau. Dia perlukan  Ainina cuma dia tidak punya masa untuk Ainina. Dia faham perasaan Ainina. Dia tahu Ainina terlalu berkecil hati kerana sikapnya tidak mengambil peduli tentang gadis itu. Dia faham gadis itu memerlukan perhatian darinya. Tetapi dia tidak tahu perkara tersebut terlalu sukar untuk dia lakukan. Dia sememangnya sibuk dengan rutin hariannya. Apabila dia sudah punya masa tetapi dia hanya menghabiskan masa dengan merehatkan diri. Dia cuba menghubungi Ainina. Tetapi panggilannya tidak di jawab. Muhaimin menganggap Ainina hanya ingin menduganya. Gadis itu tidak akan tegar meninggalkannya. Dia kenal gadis itu. Perkenalan mereka telah mencecah empat tahun pasti gadis itu tak akan meninggalkannya begitu sahaja tanpa menyedari bahawa gadis itu sudah tekad dengan keputusannya.

            Muhaimin buntu untuk mencari Ainina. Lantas dia menghubungi mama Ainina. Kepada mama Ainina diceritakan segalanya. Muhaimin cuba mengorek rahsia daripada mama Ainina sekiranya wanita itu tahu penyebab anak gadisnya berbuat sedemikian.
“Mama, kenapa Ainina buat macam ni mama?” Muhaimin bertanya resah.
“Dia tengah marah tu, nanti-nanti okeylah dia tu.”
“Tapi mama masuk hari ni sudah dua hari Ainina mendiamkan Mean risaulah mama.” Muhaimin sememangnya memanggil Puan Amnah dengan panggilan ‘mama’ atas permintaan Ainina.
“Mama rasa Ainina dah ada pengganti Mean ke mama?” Muhaimin membuat andaian. Mungkin Ainina telah mempunyai pengganti dirinya.
“Ishk...! taklah hari tu masa dia balik cuti lama tu tak adalah dia cerita apa-apa dekat mama. Biasanya kalau ada apa-apa pasti dia cerita dekat mama Mean. Mean pun tahu perangai Ainina tu kan?” Puan Amnah cuba mengingati kembali peristiwa Ainina pulang ke kampung. Tiada apa-apa yang mencurigakan yang dilakukan oleh anak gadisnya itu.
Okeylah mama harap-harap Ainina okeylah nanti.”
“Mean nak mama tanya Ainina ke Mean?”
“Tak perlulah mama, sebab Ainina dah pesan jangan bagitahu dekat sesiapa pasal kami mama. Mean takut nanti dia makin sakit hati dengan Mean.”

            Lama Puan Amnah duduk termenung memikirkan masalah anak gadisnya itu. Dia memang cukup berkenan dengan Muhaimin kerana peribadi lelaki itu. Hatinya terdetik seperti ada sesuatu yang tidak enak terjadi.
“Assalamualaikum Achik.” Puan Amnah segera menghubungi Ainina.
“Waalaikummussalam mama.” Jawab Ainina sopan.
“Achik tengah buat apa tu?”
“Tengah siapkan tugasan mama. Kenapa mama?”
“Saja mama telefon tak boleh?”
“Eh siapa kata tak boleh. Boleh cuma Achik pelik tiba-tiba mama telefon mesti ada apa-apa ni.” Teka Ainana. Ainina yakin, pasti Muhaimin telah menghubungi mamanya untuk menceritakan perihal mereka kepada mamanya. Ainina tahu Muhaimin sangat rapat dengan mamanya.
“Achik dah habis fikir?”
“Hmm mesti berita ni dah sampai dekat mama ni. Mean ni tak boleh simpan rahsia betul lah.”
“Achik jawab dulu soalan mama.”
“Mama pergilah tanya dia apa yang dia dah buat kat Achik. Dia langsung tak ambil tahu pasal Achik. Biarlah ma, dia budak pandai Achik tak naklah sebab Achik pelajaran dia terganggu plak.”
“Ada ke dia Mean cakap kat Achik yang Achik ni mengganggu dia?
“Memanglah tak ada. Tapi Achik faham-faham sendirilah Mama.”
“Achik jangan terlalu ikutkan perasaan tu.”
“Ma, Achik dah malas nak fikir pasal dia Ma. Biarlah dia Ma.”
“Achik bincanglah dulu dengan dia Achik, jangan menyesal dikemudian hari plak.”
“Ma, Achik dah habis fikir Achik memang nak putus je ngan dia Ma.”
“Achik ingat keluarga dia baik dengan Achik. Achik kenalah faham Mean tukan student jadi dia kena tumpukan perhatian dia dekat pelajaran.”
“Ma, Achik dengan dia tetap kawan. Dengan keluarga dia pun Achik tak akan putuskan silaturahim yang memang dah terjalin Ma. Ma jangan risau okey tahu lah Achik nak uruskan nanti.”
“Yelah Achik. Kalau itu yang Achik dah putuskan” Puan Amnah telah masak dengan perangai Ainina jika itu yang dimahukannya dia tidak boleh menghalangnya lagi. Dia faham benar dengan sikap anak muda zaman sekarang yang suka membuat keputusan mengikut kata hati.

            Ainina termenung sendirian. Teringat kata-kata ibunya yang menyatakan kesan daripada itu, hubungan dia dengan keluarga Muhaimin akan terjejas. Dia tahu dia tidak mampu bertahan lagi untuk menggembira semua orang sedangkan hatinya parah sendirian. Muhaimin masih menghantar mesej kepadanya. Ainina membalas seperti biasa tetapi tidak seperti dahulu dia telah berjanji pada dirinya antara dia Muhaimin hanya setakat kawan dia tidak mahu masalah lama berulang kembali. Untuk ketika itu Ainina memberi ruang kepada Muhaimin untuk menilai semula apa yang telah berlaku sebelum ini. Walaupun mereka masih muda, tetapi Ainina tidak suka cara Muhaimin yang tidak memberi komitmen kepada hubungan mereka.

            Muhaimin hanya pasrah kepada takdir yang menentukan segalanya. Jika telah tercipta Ainina memang jodoh dia pasti Ainina akan tetap akan menjadi miliknya. Namun dia tak sanggup memikirkan jika  Ainina bukan miliknya bagaimana harus dia menghadapinya dia sendiri tidak tahu. Dia tidak boleh salahkan Ainina kerana segala berpunca darinya. Memang dia tidak memberi komitmen seperti yang dimahukan Ainina. Sangkanya Ainina akan memahaminya namun sebaliknya. Ainina mahu berkawan dengannya itu sudah cukup baik daripada gadis itu terus lenyap dari hidupnya. Tetapi Muhaimin tahu keadaan kini sudah tidak seperti sedia kala. Namun dihati kecil berdoa supaya Ainina kembali kepadanya.


No comments:

Post a Comment