Wednesday 4 March 2015

Bab 7







Hubungan di antara Ainina dan Ilham semakin akrab sepanjang cuti pertengahan semester pertama itu. Sejak dari bermulanya cuti semester itu mereka saling berbalas sms. Sejak die berkawan dengan Ilham ingatannya kepada Muhaimin tidak lagi seperti selalu. Setiap hari ada sahaja perkara yang dibualkan oleh mereka. Ainina telah ada teman untuk membuatkan hari-harinya tidak lagi terasa bosan. Bukan niatnya untuk menduakan Muhaimin namun dia cuma inginkan kawan untuk berbicara. Sejak dia mengenali Ilham, dia sudah tidak kisah jika Muhaimin tidak menghubunginya. Malah sejak dari itu, Ainina pula seolah-olah tidak mengendahkan Muhaimin. Bukan dia mahu membalas apa yang Muhaimun telah lakukan kepadanya, cuma dia rasakan Muhaimin semakin tidak mempunyai masa untuknya seperti dahulu lagi. Kehadiran Ilham dalam hidupnya sedikit sebanyak mengubah hari-hari Ainina. Hubungannya dengan Muhaimin pula semakin renggang. Jika dahulu dia tidak betah jika tidak mendengar khabar Muhaimin namun kini, jika Muhaimin menghantar sms pasti dia pula akan menjawab sambil lewa sahaja. Hatinya terasa hambar setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh Muhaimin. Hatinya begitu terasa jauh dari Muhaimin. Mungkin hati mudanya memberontak. Mungkin juga dia cuba untuk menzahirkan rasa protes kepada Muhaimin yang sekian lama dipendamnya. Ainina mula sedar keadaan hambar itu sedikit sebanyak telah mengubah hatinya. Ainina sedar keadaan tidak lagi seceria  dulu. Ainina cuba menenangkan hatinya sendiri, memujuk diri. Mungkin selepas mereka tamat pengajian Muhaimin tidak lagi seperti ini. Dia cuba untuk menyakinkan dirinya bahawa pasti Muhaimin akan berubah kelak. Namun dia juga bimbang, takut dia tidak sabar untuk menunggu sehingga tamat pengajian memandangkan dia baru sahaja memulakan pengajian dia perlu menunggu sekurang-kurangnya lima tahun lagi untuk terus bersabar. Ainina berfikir mampukah dia bertahan? Ainina bimbang sekiranya tamat pengajian nanti keadaan dia dan Muhaimin takkan menjadi seperti dulu. Resah Ainina memikirkan perihal berikut walaupun begitu dia tetap sayangkan Muhaimin. Dari awal persahabatan dia dan Ilham dia telah memaklumkan bahawa dia telah mempunyai ‘buah hati’yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan.

            Sepanjang cuti semester itu, Ainina juga sibuk menyiapkan tugasan bagi subjek Ukur Kadaster yang masih lagi tidak dapat disiapkan kerana dia perlu ke Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) untuk membeli pelan. Dia telah meminta abangnya untuk membelikan pelan tersebut tapi pihak JUPEM tidak faham apa pelan yang abang Ainina hendak sebab di JUPEM terdapat banyak jenis pelan. Bukan itu sahaja, pembeli perlulah tahu nombor lot, Mukim, Daerah serta Negeri pelan tersebut. Lebih elok lagi jika pembeli telah mendapatkan nombor pelan tersebut. Buntu Ainina memikirkan macam mana untuknya menyelesaikan masalah tersebut. Tempoh cutinya semakin pendek, namun tugasannya masih belum selesai.  Memandangkan dia tidak faham apa pelan yang diminta oleh pensyarahnya dia cuba untuk menghubungi Ilham untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.
“Am sorry ganggu. Ai nak tanya Am dah siapkan tugasan Ukur Kadaster?” Tanpa memberikan salam Ainina terus bertanya kepada Ilham sebaik sahaja Ilham menjawab panggilannya.
“Assalamualaikum” Perli Ilham.
“Waalaikummussalam, alamak terlupa pulak Ai. Assalamualauikum Am” Ainina ketawa menutup malu diperli Ilham.
“Waalaikummussalam... baru betul. Ai tanya apa tadi?”
“Pasal tugasan Ukur Kadaster tu Am sudah buat?” Ainina mengulangi pertanyaannya.
“Belum lagi Ai, pagi esok baru Am nak pergi beli kenapa Ai?” Ilham cuba menahan debaran didadanya. Ini pertama kali dia mendengar suara lunak Ainina ditelefon. Dia sebenarnya terkejut Ainina dahulu yang menelefonnya. Sebelum ini sudah beberapa kali dia cuba mendail nombor telefon gadis itu namun disaat dia mencuba untuk menekan butang dail akhirnya pasti kesudahan dia padamkan semula nombor gadis itu. Tiada keberanian untuknya menghubungi gadis itu walaupun dihatinya terasa membuak-buak keinginan untuk mendengar suara gadis itu yang sejak kebelakangan ini sering berada di ingatannya.
“Ai tak fahamlah pelan apa yang Encik Madzin nak. Ai dah suruh abang Ai pergi JUPEM tapi staff JUPEM tu tak tahu nak bagi pelan apa sebab Ai tak ada detail pelan yang dia nak.” Ainina seolah-olah mengadu.
“Tak apalah nanti Am tolong belikan untuk Ai ye, jangan risau. Tapi dengan syarat sebagai upahnya Ai kena belanja Am nanti tau.” Ilham cuba meredakan kebimbangan gadis yang dipuja dalam diam itu.
“Betul ke ni Am? Terima kasih Am. Nanti Ai belanja Am jangan risau.” Lega Ainina kerana Ilham sudi membantunya.
“Sama-sama. Ai Sihat?” Ilham cuba untuk berbual dengan Ainina sedikit sebanyak hilang rasa rindu mendengar suara gadis yang kini menjadi peneman mimpinya indahnya sejak dia berkenalan dengan gadis itu.
“Am ni dari tadi kita bersembang baru sekarang nak tanya khabar Ai” Ainina menyedari Ilham mengambil berat akan dirinya.
“Oklah tu dari Ai telefon Am tak sempat nak bagi salam terus terjah terkejut Am.” Ilham cuba untuk menjadikan suasana menjadi semakin rancak.
Sorry Am. Ai Sihat. Am  sihat?” Ainina menjawab pertanya Ilham.
“Am tak berapa sihat semenjak balik hari tu Am demam?” ‘demam rindukan Ai’ ingin saja Ilham meluahkan namun dia tidak mahu Ainina menyalah ertikan persahabatan yang baru bermula. Dia sedia maklum Ainina sudah mempunyai teman istimewa, namun dia tidak boleh menerima perihal itu. Kerana sejak dari mula hatinya telah terpaut pada gadis itu. Hatinya buta untuk menilai status gadis itu.
“Am dah ke klinik?” risau Ainina mendengar khabar Ilham itu.
“Alah demam sikit je, nanti baiklah ni” ‘dengar suara Ai conform demam Am ni akan sembuh’ luahan tersebut hanya mampu bergema di dalam hatinya.
“Am okey lah Ai nak sambung buat kerja rumah sikit ni nanti mak Ai bising pulak. Nanti sambung lagi ye?”
Okey Ai... Jaga diri baik-baik ye? Assalamualaikum...” Akhiri Ilham.

“Waalaikummussalam... Baiklah Am.” Sedikit sebanyak kata-kata Ilham itu mencuit hatinya jaga diri baik-baik ye Ainina mengulangi ayat tersebut didalam hatinya. Dia perasan setiap kali dia bersms dengan Ilham pasti diakhir perbualan mereka pasti Ilham akan menyampaikan pesanan itu kepadanya. Hatinya terusik oleh perhatian Ilham kepadanya.

No comments:

Post a Comment