Wednesday 4 March 2015

Bab 1









“Sabarlah bukan rezeki Ina lagi ni. Nanti adalah rezeki Ina.”
“Mean tak apalah, Mean dah dapat banyak tawaran Ina ni habuk pun tak ada.”
Pilu terasa dihati Ainina dikala menerima khabar bahawa Muhaimin berjaya untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Matrikulasi. Hatinya bertambah pilu kerana bukan sahaja  sedih akan berjauhan dengan Muhaimin malah juga kerana sehingga kini tiada satu pun permohonannya untuk melanjutkan pelajaran berjaya. Tatkala dia masih lagi menanti tawaran melanjutkan pelajarannya, Muhaimin sekali lagi mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan. Muhaimin berjaya untuk melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur dalam jurusan Pendidikan Jasmani meskipun pada ketika itu dia telahpun  melaporkan diri ke Matrikulasi Tangkak, Johor. Bertambah pilu rasa hati Ainina tambahan pula itulah satu-satunya impiannya selama ini, untuk menjadi seorang pendidik. Tapi apakan daya rezeki tidak menyebelahinya. Walaupun telah dua mingggu Muhaimin berada di Matrikulasi, dia telah membuat keputusan untuk pergi ke Maktab kerana memikirkan peluang kerjaya yang lebih cerah jika dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan. Ainina masih lagi menanti kalau-kalau ada tawaran daripada mana-mana institusi.

“Achik, mana achik letak surat temuduga itu?”
“Oh ada dekat dalam bilik Achik kenapa pa?”
“Bila temuduga tu?”
“Dua hari lagi kenapa pa?”
“Sijil-sijil semua achik dah fotostat?”
“Tak payahlah Achik bukan minat pun nak jadi nurse ni pa.”
“Pergilah papa teringin nak tengok anak papa jadi nurse.”
“Achik tak minatlah pa. Ni mesti papa yang buat permohonan nikan?” Ainina pelik kenapa tiba-tiba dia mendapat tawaran tersebut sedangkan dia tidak membuat permohonan tersebut.
“Betul lah tu. Memang papa yang buat permohonan tu sebab papa nak Achik pergi. Papa mahukan anak papa jadi nurse. Achik, papa bukan apa nanti bila papa dah tua sekurang-kurangnya Achik boleh jaga papa ngan mama.” Wajah papa Ainina mendung penuh mengharap.


Dalam berat hati Ainina menghadiri juga temuduga itu untuk pengajian kejururawatan peringkat diploma yang diadakan di Universiti Darul Iman (UDM) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Sebulan telah berlalu keputusan temuduga tersebut masih belum dikeluarkan. Namun Ainina tidak menyimpan harapan untuk ke sana kerana dia tidak berminat untuk mendalami ilmu perubatan. Ketika ditemuduga banyak soalan yang dikemukakan oleh penemuduga dia tidak berjaya untuk menjawab. Memang Ainina akui, sebelum dia menghadiri temuduga itu dia tidak membuat sebarang persiapan pun. Walaupun bukan minatnya dalam bidang itu, namun dia terpaksa juga menghadiri temuduga tersebut bagi menjaga hati papanya yang mahu melihat dia menjadi seorang jururawat. Setelah  dua bulan menanti akhirnya penantiannya berakhir juga. Dia akhirnya mendapat tawaran untuk meneruskan pelajaran peringkat diploma di sebuah Politeknik di Kuantan, Pahang iaitu Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dalam jurusan Diploma Ukur Tanah. Setelah mendapat tawaran itu, Ainina segera membuat pembayaran yuran pendaftaran. Dua hari selepas dia membuat pembayaran yuran itu, Ainina sekali lagi mendapat  tawaran untuk pangajian Kejururawatan. Memandangkan segala yuran untuk ke politeknik telah dilunaskan, Ainina membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut dan meneruskan pengajian ke Politeknik walaupun pada peringkat awalnya papanya meminta dia berfikir terlebih dahulu namun Ainina tekad dengan keputusan kerana dia tidak mahu membuat sesuatu yang bukan diminatinya. 

No comments:

Post a Comment