Friday 6 March 2015

Bab 31







Beberapa minit sahaja lagi peperiksaan akhir bagi tahun akhir pengajian akan berakhir maka tamatlah juga pengajian  Ainina dan rakan-rakannya selama tiga tahun. Berat hati Ainina meninggalkan politeknik yang telah memberikan 1001 kenangan tidak kira suka mahupun duka. Ainina pasti akan merindui tempat yang cukup bersejarah buatnya. Tempat dia mengenal erti cinta sebenar. andai kata dia selangkah sahaja kakinya pulang ke kampung segalanya telah menjadi sejarah buatnya. Kawan-kawan yang selama ini menjadi penghibur hatinya entah bila akan berjumpa lagi. Selesai sahaja peperiksaan semua pelajar meluru keluar daripada dewan peperiksaan. Ada yang melompat kegirangan, ada menjerit keseronokan riuh perkarangan dewan dengan pelbagai aksi daripada pelajar tahun akhir itu semua.

Ainina bersyukur selama tiga tahun pengajiannya, dia tidak pernah gagal dalam keseluruhan subjek yang diambilnya. Walaulaupun pernah terjadi kepadanya semasa di semester ke lima dia dan kesemua kawan-kawan yang berada satu rumah dengannya terkena demam denggi ketika peperiksaan sedang berlangsung. Ainina bernasib baik kerana dia tidak gagal walaupun pointernya turun secara mendadak. Selesai sahaja keluar dari kelas, Ainina mendapatkan rakan-rakan sekelasnya untuk bertemu untuk yang terakhir kalinya. Walaupun mereka akan berjumpa pada hari konvokesyen mereka yang dijangka akan diadakan dalam pertengahan tahun hadapan. Ainina tetap juga merasa itu merupakan pertemuan terakhirnya kerana dia bimbang jika pada hari konvokesyen berkenaan dia tidak dapat menghadirkan diri. Ada yang mereka berpelukan sambil menangis, seperti tidak merelakan perpisahan itu berlaku. Itulah adat hidup manusia biasa bertemu dan akhirnya terpisah itu sudah menjadi lumrah.
“Amy, aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah sepanjang kita kenal ye Amy.” Ainina mendapatkan rakan sekelasnya yang berasal dari kelantan.
“Samalah kita, halalkan makan minum aku ye.”
“Ye aku pun sama ye halalkan makan minum aku.” Seterusnya Ainina mendapatkan Emma, Sri, Haiza, Yoon dan semua rakan perempuan sekelasnya. Air matanya bagaikan tidak mahu berhenti meratapi perpisahan yang bakal terjadi ini.
“Sayang sudahlah tu. Adatlah manusia bertemu dan berpisah tu adat manusia biasa sayang. Ada rezeki kita berjumpa lagi ye sayangku. Sudahlah tu jangan nangis lagi ye sayang. Sayang malam ni kita jumpa ye?” Irsyad menarik Ainina ke suatu sudut apabila dia melihat Ainina semakin emosi. Dia tidak mahu melihat air mata gadis itu walaupun tangisan itu buka kerananya. Hatinya terasa perit setiap kali melihat air mata gadis itu. Dia tahu Ainina mempunyai hati yang sangat sensitif.
“Abang nak ajak sayang pergi mana?” Ainina mengesat sisa air mata yang bersisa di tabir matanya.
“Kita pergi makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur nak?” cadang Irsyad dia tahu Ainina cukup menggemari ikan bakar dekat tanjung lumpur itu.
“Yea... abang belanjakan?” jawab Ainina keriangan sambil menepuk-nepuk tangannya.
“Yela abanglah belanja. Dah jangan menangis tau.” Pinta Irsyad.
“Ok abang kita jumpa malam ni.”
“Ok sayang.” Irsyad melambaikan tangan ke arah Ainina dan berlalu mendapatkan rakan-rakan serumahnya untuk pulang ke rumah.

Malam itu seperti yang dijanjikan oleh Irsyad, mereka keluar untuk makan dan berjalan-jalan sambil menikmati keindahan malam di bandar Kuantan itu. Malam itu terasa terlalu suram tidak seperti selalu. Riak resah jelas kelihatan di raut wajah Ainina. Sejak mereka kenal mereka tidak pernah berpisah jauh kecuali pada semester empat di mana mereka di kampung halaman masing-masing untuk menjalani latihan Industri. Namun sebulan sekali pasti mereka akan ke Kuantan untuk berjumpa. Ainina tidak betah hidup tanpa Irsyad. Hidupnya terasa kosong. Dia pasti akan merindui lelaki itu. Dia pasti akan merindui gelak tawa lelaki itu. Dia pasti akan merindui segalanya tentang lelaki itu. Belum pun perpisahan itu terjadi, tetapi hatinya telah pun dirutun pilu. Ditenung lama mata Irsyad matanya seperti berkata-kata tidak sanggup untuk berpisah dengan Irsyad. Dia sangat bimbang Irsyad berada jauh daripadanya. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang. Adakah Irsyad tetap menjadi miliknya. Adakah mereka akan bersama juga akhirnya. Ainina menarik nafas perlahan. Satu keluhan kecil kedengaran daripada mulut Ainina. Walaupun kepercayaan Ainina terhadap Irsyad pernah musnah dulu, namun perlahan-lahan Ainina memaafkan lelaki itu dan membina semula kepercayaan kepada lelaki itu. Dia tahu dia tidak boleh hidup tanpa Irsyad. Perubahan Irsyad jelas ketara selepas kejadian dulu. Jika dulu Irsyad agak berahsia dengannya tapi setelah kejadian itu tidak lagi dia sentiasa berkongsi apa sahaja. Malah jika Soffiya menghubunginya juga dikhabarkan kepada Ainina. Bukan dia mahu membangkit rasa sakit hati kepada Ainina tetapi dia sekadar mahu berlaku jujur kepada Ainina. Pada mulanya Ainina akan marah jika Irsyad membangkit isu Soffiya, namun dia mula memahami Irsyad hanya mahu jujur kepada kerana hanya Soffiya yang menghantar mesej kepada sampailah suatu hari mereka bersetuju untuk menukarkan nombor telefon mereka bagi mengelakkan Soffiya menghubunginya.
“Kenapa sayang senyap je?”
“Hmm saja melayan perasaan. Entah bilalah sayang akan jumpa abang lagikan? Boleh ke sayang hidup tanpa abang disisi sayang? Sayang takut nanti bila abang terjumpa yang cantik abang akan tinggalkan sayang.” Ainina menyuarakan kebimbangannya.
“Abang lagi takut sayang abang ni akan jumpa dengan orang lain dan terus tinggalkan abang.”
“Hmmm... siapalah nak kan sayang ni abang. Dahlah tak cantik.”
“Siapa kata tak cantik? Sayang sangat canti di mata abang tau.”
“Yelah tu, sajalah tu nak ambik hati sayang ye?”
“Sayang jangan risau nanti sebulan sekali kita jumpa ye? Kita turun ke Kuantan macam kita Latihan Industri dulu ye?”
Okey abang. Nanti mesti sayang akan rindukan abang.”
“Abang pun sama sayang. Mesti abang akan rindukan sayang abang ni.” Irsyad berkata sambil mencubit perlahan dagu runcing Ainina.
“Ye ke ni?”
“Ye sayang itu sudah pasti, sayang apa kata saya pergi Kuala Lumpur nak?”
“Ishk tak nak lah sayang dah lama sayang tinggalkan mama. Kalau sayang pergi ke Kuala Lumpur nanti mesti sayang kena tinggalkan mama. Sayang belum bersedia. Nanti kalau kita dah kahwin mesti sayang kene pergi ke Kuala Lumpurkan? Jadi sementara kita tak kahwin lagi, biarlah sayang tinggal dengan mama dulu.”
“Yelah sayang tapi kalau ada apa-apa terjadi nanti abang akan bawa sayang datang ke Kuala Lumpur juga nanti tau?”
“Eleh cakap sayang, takut abang yang buat hal nanti macam mana? Bayangan sayang pun tak nampak dah.”
“Sayang, abang dah pernah rasa kehilangan sayang, kehilangan cinta sayang. Abang tak akan biarkan perkara itu berlaku lagi. Itu janji abang dekat sayang, abang akan pertahankan cinta kita selagi kita tak kahwin. Selagi kita tak bersama selamaya, Abang janji sayang.” Irsyad berkata dengan bersungguh-sungguh. Tangan Ainina digapai dan kucupnya perlahan. Ada air jernih yang mengalir di matanya.
“Abang, janji dengan sayang abang tak akan sia-siakan hubungan ini. Abang sayang sangat berharap hubungan kita kekal selamanya. Abang andaikata suatu hari nanti kalau abang berubah hati bagitahu sayang tau. Jangan tipu sayang sayang tak suka.”
“Sayang itu tak akan terjadi abang janji sayang.”
“Abang jangan terlalu berjanji, sayang takut kalau abang mungkiri sayang yang akan derita nanti abang.”
“Sayang, kita tak tahu apa yang akan bakal terjadi. Mungkin tuhan uji kita dengan palingkan hati abang. Mungkin juga tuhan uji dengan palingkan hati sayang. Tapi andaikata itu terjadi kepada abang, abang harap sayang tak putus harapan untuk berusaha kembali hubungan kita. Sama juga dengan abang. Kalau sayang yang berubah hati abang tak akan lepaskan sayang begitu sahaja sayang. Abang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sayang semula.” Bersungguh-sungguh Irsyad melafaskan janjinya.
“Sayang tak akan berubah abang. Hati sayang akan menjadi milik abang selamanya.’
“Sayang abang harap tuhan akan satukan hati kita selamanya.”
“Insyaallah abang.”
“Sayang, tak pergi ke majlis malam esokkan?”
“Tak pergi kot diorang semua tak nak pergi takkan sayang sorang perempuan yang nak pergi. Lagipun mama suruh sayang balik awal untuk kemas-kemas rumah. Jadikan family abang pergi ke Terengganu?”
“Jadilah sayangku. So sayang nak ikut tak family abang pergi ke Pulau Redang?”
“Mestilah nak pergi abang.” Balas Ainina yang semakin teruja menanti hari untuk pergi ke Pulau Redang.
“Sayang pernah pergi sana?”
“Sayang ni nama je orang Terengganu, tapi semua pulau dekat Terengganu satu pun sayng tak jejak lagi abang.” Jawab Ainina jujur.
“Nanti kita pergi ye sayang. Nanti kalau ada jodoh kita, abang sudah bekerja kita pergi semua pulau-pulau tu ye sayang?”
“Insyaallah. Bila abang gerak pergi ke Terengganu?”
“Lepas majlis makan malam tu, family abang datang ambik abang. Family abang tidur dekat Kuantan dulu semalaman. Esok tu teruslah abang gerak pergi ke Terengganu.”
“Sayang sebenarnya teringin sangat nak pergi ke majlis perpisahan tu. Ialah bukan dapat rasa dah. Semester ni pun dah yang terakhir. Awal-awal lagi sayang dah beli baju untuk majlis tu abang. Tapi nak buat macam mana semua orang tak pergi. Nanti abang sampaikan salam  dekat semua kawan-kawan kita ye?”
“Ok sayangku. Jomlah kita balik. Hari pun dah lewat ni. Karang dorang cari sayang susah pulak abang.”
“Jom abang.”

Malam itu berlalu terlalu cepat bagi Ainina. Hari ini merupakan hari terakhir untuk Ainina dan Irsyad di Bandar Kuantan itu. Entah bila agaknya mereka akan ke sini lagi. Berat hatinya untuk melepaskan segalanya menjadi kenangan. Dia tahu perpisahan dengan Irsyad kali ini adalah perpisahan yang lama. Dia tidak tahu berapa lama di akan menanti Irsyad. Dia tidak pasti jodohnya dengan Irsyad atau dengan siapa. Di hatinya dia memanjatkan doa agar sekiranya Irsyad jodohnya dia mohon kepada tuhan agar ditetapkan hatinya dan ditambahkan lagi rasa sayangnya untuk lelaki itu. Dalam diam air matanya mengalir perlahan mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi. Dia sendiri tidak pasti mampukah dia bertahan menahan rindu buat lelaki itu. Setelah esok menjelma segalanya akan menjadi kenangan. ‘Selamat tinggal Kuantan.... akan ku simpan segalanya menjadi kenangan hatiku.’ Ainina bermonolog di dalam hati sambil menahan sendu. 

No comments:

Post a Comment