Wednesday 4 March 2015

Bab 3






Ainina semakin hari semakin sibuk dengan rutin hariannya. Setiap hari ada sahaja tugasan yang perlu diselesaikannya. Dalam kesibukannya itu, dia merasakan hubungannya dengan Muhaimin semakin renggang. Sejak Muhaimin berada di Maktab dia bagaikan terlupa ada seseorang yang sentiasa mengingatinya. Dalam kesibukan Ainina dia masih lagi sempat bertanya khabar buah hatinya itu. Jika dulu dia diamkan sahaja kerana memahami keadaan Muhaimin yang mungkin tidak mempunyai masa untuk berbual dengannya, melayaninya seperti selalu. Tapi semenjak Ainina juga bergelar pelajar institusi, walau sesibuk manapun dia pasti akan mencuri masa untuk bertanya khabar Muhaimin. Bukannya dia tidak suarakan ketidakpuashatinya kepada Muhaimin, tapi dia merasakan kata-katanya tidak ubah seperti angin lalu. Muhaimin tak pernah berubah, daripada dulu lagi sikapnya memang begitu. Jika tidak kerana Ainina merajuk pasti dia tidak akan mempedulikan Ainina. Pernah juga Ainina merajuk sehingga hampir tiga hari, tapi Muhaimin tidak sedar akan rajuk Ainina kerana menyangka Ainina sedang sibuk dengan tugasan sebab itu dia tidak menghubunginya.

            Begitulah sikap Muhaimin, setiap hari kalau tidak Ainina yang memulakan dulu pasti Muhaimin tidak akan menghubungi Ainina. Kerap kali Ainina berkecil hati dengan sikap Muhaimin namun dia tenangkan hatinya kerana dia amat faham akan
sikap Muhaimin memang begitu sejak dari dia mengenalinya dulu. Namun begitu, lelaki yang dikenalinya hampir empat tahun itu terlalu baik hati. Selama dia mengenali lelaki itu tidak pernah dia bercakap kasar dengannya. Memandangkan hubungan mereka diketahui oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak, kelakuan Muhaimin yang menghormati orang tua membuatkan dia disenangi oleh keluarga Ainina. Muhaimin yang sentiasa tenang itu membuatkan Ainina membuatkan Ainina selesa berdamping dengannya walaupun seringkali Ainina berkecil hati dengan sikap Muhaimin yang tidak mengambil peduli tentang hubungan mereka. Ainina sentiasa mencemburui rakan sebiliknya yang sentiasa bersembang dengan teman lelaki mereka dikala ada waktu yang lapang. Ainina sentiasa membandingkan mereka dengan Muhaimin. Kalau tidak kerana rajuknya Muhaimin pasti tidak akan menghubunginya. Satu sikap Muhaimin yang tidak digemari Ainina sejak dari dahulu, sikap sambil lewanya.

            Jika dulu Muhaimin mempunyai sikap yang sangat pemalu tapi kini setelah dia selesa dengan hubungan mereka, sikap tidak ambil peduli pula yang membuatkan Ainina seringkali berkecil hati. Semakin lama semakin hambar terasa hubungannya dan Muhaimin. Mungkin kerana faktor jarak yang membuatkan Ainina terasa terbiar. Seringkali Ainina menyatakan kepada Muhaimin tapi tiada perubahan yang Muhaimin lakukan dia  masih juga seperti itu. Jarang sekali mereka berbual di telefon, kalau berbalas sms pun hanya pada pukul 11 malam di kala Ainina telah pun terlena barulah Muhaimin menghantar sms. Sikap yang sebegitulah membuatkan Ainina menjadi semakin jemu dengan Muhaimin. Muhaimin tidak pernah untuk mengambil hatinya. Tiada langsung perkara yang dilakukannya untuk menjaga hati Ainina. Rindu yang dirasakan Ainina terbiar sepi. Walaupun di awal perkenalan mereka dahulu Muhaimin yang sebegitu bersungguh mahu berkawan dengannya. Untuk tidak menghampakan niat suci Muhaimin itu, Ainina cuba untuk menerima Muhaimin dengan harapan dapat belajar mengenalinya dengan lebih dekat.
“Ainina, ada orang nak berkenalan dengan kau.” teringat suatu ketika dahulu teman sekolahnya Tasnim yang menjadi orang tengah di antara dia dan Muhaimin.
“Siapa?” Tanya Ainina pelik. Setahunya dia tidak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki dan tak ada lelaki pun yang cuba mendekatinya untuk berkenalan.
“Adalah... budak tu satu kelas dengan kau.” Jawab Tasnim yang merupakan rakan sekelasnya ketika di sekolah rendah dahulu. Namun setelah mereka di sekolah menengah mereka ditempatkan di kelas yang berbeza.
“Oh ye ke? Ok lah kirim salam saja lah dekat dia.” Ainina terus berlalu meneruskan perjalanannya untuk ke perpustakaan tidak berminat untuk berkenalan dengan sesiapa memandangkan dia masih bersekolah pada ketika itu.
‘Boleh tak kalau saya nak berkenalan dengan awak?’ Aininina menjadi pelik siapa yang meletakkan nota itu di bawah mejanya. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Tasnim yang menyatakan ada seseorang yang mahu berkenalan dengannya. Tapi yang menjadi tanda tanya kepada Ainina kenapa orang itu tidak memberitahu siapa namanya.
‘Apalah budak ni macam mana aku nak bagitahu boleh ke tak dia tak ada bagitahu pun dia siapa’  Ainina bermonolog sendirian. Selang dua hari daripada kejadian dia menerima nota itu, Ainina menerima surat daripada penulis nota tersebut. Barulah dia  tahu rupa-rupanya Muhaiminlah orangnya.
‘Patutlah tersengih-sengih je bila nampak aku’ kata Ainina setelah dia membaca surat daripada Muhaimin itu.

            Selepas kejadian itu, Muhaimin menjadi malu-malu dengannya. Ainina tenang melihat Muhaimin yang menggelabah apabila berjumpa dengannya mungkin kerana Ainina hanya membiarkan surat yang dihantar sepi tanpa balasan. Setelah hampir setahun kejadian itu, Muhaimin masih tidak berputus asa walaupun mereka tidak lagi sekelas. Ada sahaja cara yang dilakukan oleh Muhaimin untuk menambat hati Ainina. Kadangkala dia meletakkan nota kata-kata semangat dikala ujian atau peperiksaan berlangsung. Ainina sedikit pun tidak melatah dengan sikap Muhaimin. Namun dia hanya membiarkan tanpa membalasnya malah Ainina menyimpan semua nota-nota yang diberikan untuk melihat sebanyak mana nota-nota yang diberikan. Bukan setakat nota, adakalanya Muhaimin meletakkan gula-gula Ainina turut menyimpan kulit gula-gula tersebut. Sedikit sebanyak kelakuan Muhaimin mencuit hati Ainina namun dia sengaja mahu menjual mahal. Tapi yang memelikkan Ainina, Muhaimin pasti akan menggelabah dikala berselisih dengan Ainina. Setelah Ainina melihat kesungguhan Muhaimin, Ainina akhirnya membuat keputusan untuk berkawan dengan Muhaimin. Namun di awal perkenalannya dengan Muhaimin, Ainina telah berpesan supaya Muhaimin tidak menganggapnya lebih daripada seorang kawan. Namun sepanjang perkenalan mereka yang sudah hampir dua tahun itu, Ainina merasakan sikap Muhaimin tetap juga seperti dahulu pendiam, dia juga agak pemalu. Ainina cukup hairan dengan sikap Muhaimin padahal sudah lama mereka bersahabat namun dia tetap juga malu dengannya sedangkan dia yang bersungguh-sungguh mahu berkenalan dengannya. Jarang dia mendengar suara Muhaimin dikala mereka berselisih. Hanya panggilan telefon yang menghubungkan mereka. Pelik Ainina dengan sikap Muhaimin apabila di telefon bukan main lagi dia bercerita tapi apabila mereka bersua dia diam seribu bahasa. Ainina faham sikap pemalu Muhaimin, malah dia tidak kisah asalkan Muhaimin ikhlas mahu berkawan dengannya.  Lama-kelamaan sikap pemalu Muhaimin berjaya dihakis itupun selepas tiga tahun mereka berkenalan dan hubungan mereka menjadi semakin mesra. Ainina kembali menyingkap kenangan lalu, teringat waktu ketika dia dan Muhaimin mula berkawan. Segala suka duka dikongsi bersama sehinggalah mereka menamatkan persekolahan. Sejak mereka tamat sekolah Muhaimin sering bertandang ke rumah Ainina sikap Muhaimin membuatkan keluarga Ainina menyenangi hubungan mereka. Malah ibubapa Ainina merestui jika Muhaimin jodoh Ainina. Mamanya sentiasa berpesan bukan senang mahu berjumpa dengan lelaki yang menghormati orang tua seperti Muhaimin. Namun ibubapanya berpesan supaya jangan terlalu fokus dengan hubungan mereka tapi fokus kepada pelajaran terdahulu, barulah pikirkan soal masa depan hubungan mereka.


No comments:

Post a Comment