Wednesday 4 March 2015

Bab 2





Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba, Ainina mendaftarkan diri di Politeknik. Penat perjalanan dari Terengganu masih belum hilang, kini dia terpaksa mendaki jalan yang agak berbukit untuk membuat pendaftaran asrama yang diadakan di dalam kawasan asrama. Walaupun perkhidmatan bas ada disediakan untuk memudahkan para pelajar dan keluarga masing-masing ke asrama untuk membuat pendaftaran asrama, dia tidak mahu untuk berebut menaiki bas kerana masa yang diambil untuk menunggu giliran menaiki bas itu menjadi semakin lama. Daripada dia membuang masa dengan menunggu, baik dia berjalan terus ke asrama walaupun keletihan tapi masanya dapat dijimatkan.

Setelah selesai proses pendaftaran asrama, Ainina mendapatkan AJK yang bertugas untuk mengambil kunci biliknya. Setibanya Ainina di biliknya, Ainina bagaikan mahu menjerit setelah mendapati dia hanya disediakan katil sahaja. Memandangkan dia orang yang kelima semasa membuat pendaftaran, dia tidak disediakan almari pakaian dan juga meja tulis kerana di dalam setiap bilik di asrama itu hanya terdapat empat almari, lima katil dan empat meja tulis. Dia tidak kisah jika dia tidak diberikan meja tulis, ini almari pakaian. Ramai ahli keluarga yang tidak berpuas hati dengan pengurusan asrama kerana berlaku tidak adil kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapat kemudahan yang lengkap. Tambahan pula kebanyakkan yang menjadi pelajar yang kelima adalah mereka yang datang dari jauh. Pening Ainina memikirkan di mana dia mahu mencampakkan pakaiannya yang satu beg besar itu buku-bukunya lagi. Ainina sebolehnya tidak mahu susahkan keluarganya yang mungkin telah bertolak pulang ke Kuala Terengganu. Hendak tidak hendak Ainina keluar dari biliknya lantas menghubungi mamanya mengadu perihalnya. Mamanya menyuruh Ainina menumpang almari teman sekamarnya buat sementara waktu.

“Awak, boleh saya tumpang almari awak?” Ainina cuba bertanya kepada teman sebiliknya.
“Almari saya dah penuhlah awak” bagaikan mahu menitis air matanya tapi Ainina tabahkan hatinya. Kenapa mereka semua pentingkan diri sendiri. Mungkin mereka tidak percaya akan orang yang baru mereka kenali. Sejam kemudian mamanya menelefon Ainina.
“Achik turun sekejap mama ada dekat bawah ni”, Ainina dipanggil Achik dalam keluarganya. Ainina sangat beruntung kerana bagi dirinya lengkap kerana dia mempunyai kakak, abang, adik lelaki dan adik perempuan.
“Aik bukan mama dah balik Terengganu ke?
“Belum lagilah… mama pergi ke Bandar sekejap tadi.”
“Ok. Mama tunggu sekejap ye achik turun sekarang.” Jawab Ainina lantas dia turun mendapatkan keluarganya di ruang lobi asrama. Ainina sangka ada sesuatu yang ingin mamanya sampaikan rupa-rupanya mamanya membelikannya satu almari pakaian dan juga ‘drawer plastic’. Ainina terasa seolah-olah semua bebannya hilang. Selesai sudah masalah yang dihadapinya sebentar tadi.
            Seminggu telah berlalu Ainina menjalani minggu suaikenal untuk pelajar yang menginap di asrama. Hubungan  Ainina dengan rakan sebiliknya menjadi semakin akrab. Minggu suaikenal itu hanya dikendali oleh warden dan AJK yang ditugaskan untuk minggu suaikenal itu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan menjadikan semua pelajar tidak cukup tanah mengejar waktu. Untuk tempoh seminggu itu, suaikenal hanya dijalankan untuk pelajar asrama itu tidak termasuk lagi untuk pengajian.


Setelah seminggu berlalu, minggu suaikenal untuk pengajian pula dijalankan tetapi hanya untuk tiga hari sahaja. Ainina terasa begitu terasing kerana tiada sesiapapun yang dikenali pada ketika itu, memandangkan rakan sebiliknya semua mengambil jurusan yang berbeza. Dia terasa sangat bosan sepanjang minggu suaikenal itu berlalu. Setelah selesai taklimat pengajian, pelajar-pelajar diagihkan mengikut angka giliran. Setelah menyemak senarai nama, pelajar-pelajar mula beredar mencari kelas masing-masing mengikut angka giliran yang telah diberikan kepada mereka ketika mereka membuat pendaftaran untuk pengajian. Ainina berada di dalam kelas Diploma ukur Tanah B . Melilau-lilau Ainina mencari kelasnya akhirnya dia berjaya menjumpai kelas yang dicari setelah dia melihat dipapan kenyataan sebentar tadi. Di dalam kelas itu, suasana riuh sekali kerana ada di antara mereka yang telah mengenali antara satu sama lain. Ada juga yang baru berkenalan, dan pelbagai gelagat rakan-rakannya yang dapat dilihatnya. Ainina berasa selesa sekali kerana raka-rakan sekelasnya amat ramah sekali. Tetapi apa yang Ainina jangkakan ternyata benar, pelajar lelaki lebih ramai daripada pelajar perempuan. Ainina sedikit mengeluh apabila mengenangkan pelajar lelaki di dalam kelasnya seramai hampir 40 orang manakala pelajar perempuan pula hanya 13 orang sahaja. Ainina berkenalan dengan Fazlin yang kebetulan dia berasal dari negeri yang sama dengan Ainina. Ainina sekarang berasa selesa dengan keadaan sekelilingnya. Begitulah sikap Ainina yang amat sukar dihakis sejak dari dahulu dia tidak betah keseorangan. Dia tidak selesa ke mana-mana jika tiada teman di sisinya. 

No comments:

Post a Comment